Kasih Juju: food
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

April 9, 2018

TSUJIRI @ Austin JB

2:30 PM 15
TSUJIRI @ Austin JB

Hai korang, kali ni Team JDTBlogger telah diberi peluang untuk mencuba keenakan dan kelazatan maknan dan minuman yang ada si sini. Kafe ini menyediakan pelbagai jenis hidangan yang berasaskan matcha atau nama lainnya teh hijau.

Jom kita tengok menu yang ada dekat kafe ni:




Hampir keseluruhan menu di sini menggunakan teh hijau sebagai bahan utama. Tak kiralah samada dalam minuman ataupun makanan. Tapi kalau korang tak suka teh hijau pun ade juga pilihan menu lain dekat sini. Jadi tak perlu risau ye.

Haritu kami telah disajikan dengan pelbagai minuman dan kek yang sangat-sangat menyelerakan. Jom kita terjah satu-satu.

O-Matcha Cappuccino dan Signature O-Matcha 

Gambar yang belah kiri tu O-Matcha Cappuccino dan yang sebelah kanan tu Signature O-Matcha. Kalau korang dah biasa minum teh pahit mesti boleh habiskan yang belah kanan tu. Serius pahit sangat-sangat. Bahan-bahan dia cuma serbuk matcha dan air panas. Dikacau menggunakan wooden whisk sehingga sebati. Juju minum sikit je. Sebab tak tahan pahit sangat. Tapi yang bestnya teh ni pahit yang tak kelat.

Tapi kalau korang tak boleh habiskan yang pahit tu oleh pilih O-Matcha Cappuccino. Yang ni dah ditambah krimer. jadi rasa dia taklah sepahit air yang sebelah dia.

Float Selection O-Matcha Milk
Kalau korang tak nak yang ada float ni boleh pilih dekat ice blended selection. Base dia semua sama. Cuma yang berbeza ice-cream tu. Boleh pilih samada nak aiskrim O-Matcha ataupun aiskrim Houjicha.

Dak Firash suka sangat air ni. Dia boleh hadap air ni sorang-sorang. Tak jeling-jeling sebelah pun. Huh! Mak dia amik sikit pun dia marah. Sabar ajelah.

TSUJIRI Parfait
Yang ni pula TSUJIRI Parfait. yang membezakan dia dengan float tadi tu ialah dia ada kacang merah dan cornflakes. Pilihan aiskrim pula ada dua, antara O-Matcha ataupun Houjicha.

Yang ni pulak dak Naura punya. Senyap dia bila dapat makan aiskrim ni. Sebelum tu dia dah nak meragam dah. Hehe. Untuk TSUJIRI Parfait ni, kami diberi aiskrim Houjicha.

O-Matcha Rollcake
Dark chocolate chiffon cake
Warabimochi
Warabimochi dan dark chocolate chiffon cake tu adalah menu baru dekat sini. Pada yang belum pernah cuba warabimochi, Juju nak sarankan korang cubalah dekat outlet TSUJIRI. Sedap tau. Dia macam jelly tapi bukan jelly. Lembut sangat. Tak tau nak gambarkan macam mana. Korang kena cuba tau.

O-Matcha rollcake tu serius sedap. Kek dia manis, gabung dengan krim yang dekat tengah tu memang perfect sangat. Aduh, terbayang-bayang pula keenakan kek tu. Dak Firash pun suka tau.

Shaved ice - Uji Sunset
Untuk shaved ice ni. Dia ada dua pilihan. Sunrise dan sunset. First time dengar macam sweet je kan. Kalau dibahasa melayukan matahari terbit dan matahari terbenam. Beza dia dekat topping. Satu ada brown sugar, satu lagi krimer. Dalam shaved ice ni ada kacang merah dan juga mochi. Jenuh nak habiskan semangkuk besar ni.

Kalau korang nak tau, maksud Houjicha tu ialah matcha yang dipanggang sehingga keperangan. Sebab tulah warna houjicha ni sedikit coklat kalau nak dibandingkan dengan matcha tu sendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai TSUJIRI ni korang boleh terjah:

Facebook rasmi: tsujiri.my
Instagram rasmi: @tsujiri_my
Alamat: 29, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru.
Masa operasi: 1.00pm - 11.00pm.

Last but not least, kafe ni ada sijil halal tau. Jangan korang tanya pula teh tu halal ke tak. Muehehehe. Meh Juju belanja gambar sijil halal kafe ni.









March 11, 2018

D.N.D Vendor Boutique & Cafe, Kota Tinggi

10:10 AM 11
D.N.D Vendor Boutique & Cafe, Kota Tinggi
D.N.D Vendor Boutique & Cafe I Assalamualaikum semua. Harini Juju nak share satu kedai makan yang unik sikit konsepnya dekat Kota Tinggi ni. Nak tau kenapa Juju cakap cafe ni unik? Ha korang kena baca entri Juju ni sampai habis ye.

Mula-mula Juju dan kawan-kawan datang ke cafe ni kami tak dapat tempat duduk dan tak dapat nak order makanan langsung. Mungkin sebab cafe ni baru buka dan tak cukup kakitangan. Masa tu rasa kecewa sangat. Dah sampai kedai tapi tak dapat nak makan.

Dan setelah beberapa bulan selepas tu kami kembali ke cafe ni dengan harapan cerita yang dulu tu tak berulang kembali. kali ni Juju dah order siap-siap dan booking tempat sekali. Hah! Puas hati. Sampai cafe boleh terus mentekedarah. Hehe.

So, konsep cafe ni adalah butik dan kafe. Dalam butik ada kafe. Pada pandangan mata Juju, kafe ni sangat menarik sebab sambil korang tunggu makanan korang sampai, korang boleh cuci mata dulu. Macam-macam barang ada jual dekat cafe ni. Dari baju membawa ke alat solek. Semua ada. Tinggal nak dengan tak nak je membeli.

Kalau korang plan nak makan dekat sini waktu lunch hour, Juju suggest korang book dulu awal-awal. Sebab kalau korang main terjah je takut nanti takda tempat duduk. Dan macam yang korang nampak dekat gambar tu, cuma ada 4 buah meja sahaja. Jadi untuk memastikan korang dapat makan dekat sini, silalah booking dulu.

Okkay jom kita tengok pula menu yang disediakan.

Melty Macaroni Meatball

Fries Bolognese

Ice Kepal Milo Hazel
Dan tiga gambar dekat atas ni antara yang Juju dan kawan-kawan order. Rasa dia memang tak menghampakan. Lebih-lebih lagi yang ais kepal tu ha. Cukup rasa dia. Pekat, likat. Ais dah cair pun masih pekat lagi rasa dia. Memang termimpi-mimpilah. Hehe.


Wajah-wajah bahagia sebab bila sampai cafe ni belum ada orang dan makanan pun dah tersedia dihidangkan diatas meja. Yeay, tak sempat ronda tengok barang-barang yang diniagakan. Makan dulu sebab perut dah berkeroncong.

Dan kalau korang tu peniaga yang nak letak barang dekat butik pun boleh juga tau. Tengok syarat yang diletakkan oleh butik ni:


Pengumuman untuk yang baru berniaga, yang ingin meluaskan lagi brand anda, yang ingin menambah jualan product anda!! 📢📢📢
.
@dnd_vendorboutique mencari vendor untuk meriahkan lagi ruang butik kami dengan product anda sama ada pakaian kanak2, aksesori wanita, perfume, headband, make up product, skin care, handbag, kasut, dan bermacam lagi.
.
BERMINAT?? Jangan ragu whatsapp kami sekarang jugak 😘
.
.
*tertakluk pada terma & syarat.


Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan gambar-gambar menu dan produk yang diniagakan, korang boleh ke:
Alamat: No. 3A, Jalan Niaga 8, 81900 Kota Tinggi, Johor.




August 15, 2017

Pizzart Memperkenalkan 5 Jenis Pizza Yang Pasti Memukau Selera Anda

11:46 AM 3
Pizzart Memperkenalkan 5 Jenis Pizza Yang Pasti Memukau Selera Anda
Pizzart merupakan signature terbaru yang dikeluarkan oleh Anchor Food Professionals. Anchor Food Professionals ini juga merupakan salah satu syarikat pengeluar cheese terbesar Fonterra. Antara perniagaan yang berasaskan makanan yang dikeluarkan oleh Anchor ini adalah cheese, krim cheese, butter dan susu. 

Baru-baru ini Anchor telah melancarkan produk terbaru yang diinovasikan daripada pizza. Boleh baca kenyataan media di entri KJ PizzArt by Anchor Food Professionals. 5 jenis pizza yang unik ini telah diberi nama Flower Pizza, Pizza Bombs, Adjaruli Khachapuri, Mini Muffins Pizza dan Pot Pie Pizza.

Konsep Pizzart yang dihasilkan kali ini sangat kreatif. Selain mengekalkan rasa keju yang meleleh dan tidak terlalu muak, rupa bentuk pizza ini sendiri berbeza. 

Adjaruli Khachapuri
Reka bentuk pizza Adjaruli Khachapuri ini sama seperti sampan. Apa yang menariknya sampan ni, dalam dia ada cheese keluaran Anchor itu sendiri. 

Cara makan pula, anda boleh cubit sedikit roti dan cicahkan cheese yang ditengah-tengah. Cheese ini juga boleh di tarik tinggi ke atas. Nak lagi menarik, sambil makan nanti anda boleh buat pertandingan siapa yang tarik cheese lagi tinggi.

Pizza ini boleh didapati di Ejhong Concept, Johor Bahru.

Flower Pizza 
Tentu anda dah tau bagaimana pizza ini mendapat nama. Rupanya yang seakan bunga telah menyebabkan pizza ini di panggil Flower Pizza. Disetiap kelopak pizza ini terdapat cheese didalamnya. Pasti terasa sayang untuk menghabiskan pizza ini. Sayang jika kelopak bunga itu nanti cacat. Haha.. 

Mini Muffin Pizza 
Mini Muffin Pizza ini dihasilkan dengan konsep bite-size version bagi mencipta kelainan. Saiznya yang kecil sangat memudahkan untuk anda menikmati pizza ini. Jadi anda boleh lupakan sudu dan garfu seketika.

Mini Muffin pizza ini sangat sesuai untuk dihidangkan kepada kanak-kanak. Pizza ini boleh didapati di Movida Kitchen and Terrace, Batu Pahat.

Pizza Bomb 
Pizza bomb ini juga dihasilkan dalam bentuk bite-size version. Juga sesuai untuk kanak-kanak dan juga yang dewasa. Tak sabar rasanya untuk mencuba ke semua pizza ini.

Pizza ini juga boleh didapati di Movida Kitchen and Terrace, Batu Pahat.

Pot Pie Pizza 
Pot Pie Pizza ini pula dihasilkan dengan doh pizza yang rangup dan penuh dengan inti cendawan dan diatasnya ditaburkan dengan cheese yang meleleh.

Pizza ini boleh didapati di Ejhong Concept, Johor Bahru.

Hanya cheese yang berkualiti digunakan dalam menghasilkan 5 signature pizza terbaru.
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Anchor Food Professionals merupakan pengeluar keju terbaik dari New Zealand, cheese yang digunakan dalam menghasilkan Pizzart ini takkan membuatkan kita rasa muak.

Selain itu, pizza ini juga boleh dinikmati semasa panas ataupun sejuk.



Sewaktu kempen ini berlangsung di Batu Pahat, Mr Chua Chern Shian wakil dari Anchor telah menagmbil masa lebih kurang 1 jam untuk memberi penerangan apa sebenarnya kelainan yang cuba di bawa oleh Anchor Food Professionals melalui Pizzart ini. 




Pizzart ini boleh didapati di premis-premis terpilih di bawah sepanjang kempen ini dari Mei sehingga pertengahan November 2017 dengan harga yang sangat-sangat berbaloi.

Klang Valley - Movida dan U Pizzeria
Perak - Movida dan U Pizzeria
Pulau Pinang - US pizza dan Lunarich
Kedah - Sky Garden
Melaka - Movida
Johor - Movida danEjohng Concept
Sabah - The Chub's Grill dan Man Ben
Sarawak - Chillax, Coup De Grill dan Bistecca

February 2, 2016

Purradise Cat Cafe Taman Tun Dr Ismail.

12:44 PM 4
Purradise Cat Cafe Taman Tun Dr Ismail.
Assalamualaikum semua, selamat hari Selasa. 
Harini saya nak buat entri review mengenai cat cafe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail ataupun nama glamernye TTDI.

Untuk korang yang memang pencinta kucing, tapi tak boleh nak bela kucing dekat rumah, saya suggest korang cuba tempat ni. Dengan bayaran masuk RM15 sejam yang pertama, anda akan diberi air percuma. Boleh pilih samada smoothie / fresh juice / coffee / tea / chocolate. 

Nama-nama air tu pun menarik. Semua ada kaitan dengan kucing. Sebagai contoh, smoothies yang saya minum tu namanya Mango Meownia, campuran buah mangga, air soya dan madu yang di'blender dengan air batu.
Senarai penuh pilihan air tu korang boleh tengok dekat website die --> Senarai Menu Di Purradise Cat Cafe
Ada 17 ekor semuanya. Semua ada nama masing-masing. Boleh tengok gambar dan nama kucing di --> The Kittizens Purradise Cat Cafe
Masa kitorang datang ni dah petang. Kebanyakkan kucing kat sini tengah tidur. Owner dia suggest datang pagi-pagi sebab masa tu kucing dah cukup masa berehat dan makan. Bila diorang dah cukup rehat barulah bertenaga nak main kan. Takdelah tidur je keje diorang. Hehe.

Masa operasi :
Tutup pada hari Isnin.
Selasa - Jumaat : 2petang - 10malam
Weekends dan public holidays : 11pagi - 11malam

Untuk maklumat lanjut --> http://purradise.my/


October 20, 2014

Food Review : HKCC Collagen Cappucino

9:00 AM 2
Food Review : HKCC Collagen Cappucino
Assalamualaikum semua.

SukaGelak nak tanya, siapa kat sini suka minum kopi?? Sape? Sape?
Okeh, kite geng. Meh sini give me 5.Hehe..

Mesti sebelum ni korang minum kopi sebab rasa ketagih ataupun nak hilangkan rasa mengantuk. Apa kata korang tukar gaya hidup korang sekarang. Daripada minum kopi yang macam tak berapa nak ada khasiat sangat tu, apa kata tukar dengan kopi HKCC Collagen Cappucino ni.
Eh, apehal beriya-iya sangat promote kopi ni?
Ini testimoni SukaGelak sendiri. SukaGelak ni baru habis berpantang. Masa berpantang SukaGelak ada masalah sembelit. Kemain bercinta lagi kalau nak pergi tandas. Nasiblahkan sebab tak boleh nak makan macam-macam. Nak membuang pun jadi fobia. Lepas minum kopi ni, alahai kemain seronok lagi ke tandas hari-hari. Menyesal sebab tak berjodoh dengan kopi ni lepas bersalin haritu.

Dan lagi satu, kalau korang nak tambah susu badan, kopi ni boleh membantu tau. Memang melimpah-limpah. Alhamdulillah, cukup makan anak SukaGelak. Membesar bagai juara. Yeayyy..



Selain tu, kopi ni boleh membantu korang yang nak hamil. Eh,eh, kopi pun boleh buatkan hamil ke? Meh tengok testimoni mereka-mereka yang dah berjaya hamil dengan minum kopi ni.
Ni testimoni hamil yang ke 330 tau. Alhamdulillah, dengan izin-Nya.

Ha, yang ni bonus untuk korang. Mane tau kot dapat mengurangkan berat badan. Hanya dengan minum kopi je. Tak perlu telan ubat yang tak pasti lagi bahan apa yang ada dalam ubat tu.

Nak bancuh kopi pun senang.
Dan last sekali, minumlah kopi tu.. :)

Korang boleh contact agen jual kopi yang cun melecun ni dekat :
Ha, memang tak tipu kan. Tokey jual kopi cun-melecun. Dan jangan lupa like facebook HKCC kat bawah ni ye kengkawan. 
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.