Kasih Juju: gambar makanan
Memaparkan catatan dengan label gambar makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar makanan. Papar semua catatan

20 Januari 2019

Rasai Kenikmatan Asam Pedas Melaka di Restoran Berkat Salam

Ahad, Januari 20, 2019 12
Hai semua, kalau korang nak tahu, cuti sekolah bulan 12 tahun lepas, Juju sekeluarga telah membuat keputusan untuk bercuti di Melaka. Memandangkan Juju dan Firash terlepas family trip ke Perak, jadi Juju plan nak bawa si Firash mandi kolam di Bayou Lagoon Resort, Melaka. Yes, ini kali kedua kami ke sini. Tapi apa yang Juju nak share dekat sini bukan pasal Bayou Lagoon. Tapi pasal restoran yang Juju dan keluarga singgah untuk makan malam.

Restoran Berkat Salam, Melaka
Okeh, malam tu Juju terdengar abah call kawan dia bertanyakan mengenai tempat asam pedas yang diorang makan masa event motor diorang haritu. Lepas abah google tempatnya, tak jauh pun dari Bayou Lagoon. Tak sampai 1 kilometer pun. Huh, giler senang nak makan lagi kalau stay dekat Bayou Lagoon.

Berkat Salam, Melaka
Ini juga merupakan kali pertama Juju ke Restoran Berkat Salam ni. Tertanya-tanya juga apa yang sedap sangat dekat sini sampai abah nak ke kedai ni lagi. Sedap sangat ke asam pedas dekat sini? Hurmmm.. Jom kita cuba.

Penuh rakyat jelata :p
So untuk malam tu, Juju order asam pedas telur ikan mayong dan asam pedas ikan ape tah ni. Lupe dah. Kembung ke selar ek? Muehehehehe. Plating dia pun kreatif. Setiap lauk tu dia hidangkan dalam kuali kecil dan ada periuk kecil pula yang akan jadi alas kuali tu. Kreatif sangat. Nampak macam makan dalam kuali pulak kan. Haha.

Asam pedas telur ikan mayong
Asam pedas ikan

Asam pedas telur ikan mayong
Disebabkan kami sekeluarga makan malam disini, jadi kami pilih nasi mengikut set-set yang ada dalam menu. Setiap hidangan asam pedas ni datang sekali dengan nasi putih, ulam dan sambal belacan. So kira complete set dah ni.

Korang tengok gambar telur ikan tu. Berebut-rebut kitorang nak habiskan dalam kuali masing-masing. Ini kali pertama Juju makan asam pedas telur ikan mayong ni. Sedap sangat-sangat. Macam terigau-igau dah dengan asam pedas telur ikan mayong ni. Aduh, mak jom pegi sini lagi jommmmm. Haha.

Aneka asam pedas


Selain daripada asam pedas, ada juga menu lain untuk korang cuba. Antaranya masak lemak cili api, masakan bergoreng dan masakan thai juga ada disediakan disini. So kalau kata korang tak nak makan asam pedas, boleh juga cuba lauk-lauk yang lain.

Aneka  masak lemak cili api

Aneka lauk (Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89). Tomyan, kailan ikan masin, kerang sambal dan kerabu sotong.

Ikan siakap masak stim (Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/)
Sotong goreng tepung. (Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/)
Siakap masak stim ni memang recommended sangat-sangat. Ramai pelanggan yang memuji-muji keenakan dan kesedapan ikan siakap masak stim ni. Aduh, macam rugi pula masa Juju berkunjung ke sini tak order sekali ikan ni. Kan dah menyesal. Haha.. Tak pe tak pe. Melaka dengan Johor ni bukan jauh mana pun.

Lempeng untuk minum petang
Okeh, ini untuk sampingan pula. Korang pernah makan tak lempeng gula melaka? Masa kecik-kecik dulu mak Juju selalu buatkan minum petang lempeng gula melaka. Setiap kali nampak mak buat lempeng gula melaka tu mesti kami adik beradik akan tunggu tepi kuali. Tak sempat letak dalam pinggan kami dah ngap dulu. Sampai kena marah sebab abah tak sempat nak makan. Huhu rindu betul dengan lempeng gula melaka.

Tak sangka pula bila dekat restoran Berkat Salam ni ada sediakan lempeng gula melaka. Aduh, terus terimbau kenangan lama.

Lempeng gula melaka
Selain daripada lempeng gula melaka, ada juga lempeng pisang dan lempeng kelapa. Sedap di makan bersama kuah asam pedas. Sesuai juga untuk di makan pada waktu petang sambil santai-santai bersama keluarga.

Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/

Picture source: https://www.facebook.com/Foodhuntermelaka89/

Air bunga
Laici kang
Ha ni baru gambar je tau. Korang kena pergi dan rasa sendiri keenakan asam pedas dekat kedai ni. Memang lain daripada yang lain. Kawan abah Juju kalau nak balik kampung di Johor akan keluar dulu di Melaka semata-mata nak makan asam pedas dekat kedai ni.

Juju yang baru makan sekali dekat sini pun dah angau inikan pula kawan abah tu. Bezanya dia lalu situ tiap-tiap bulan. Juju pulak sebulan tak sekali ke Melaka tu. Tapi Juju ada makcik dekat sana. Hah! Boleh jadikan alasan ni. Muehehehehe.

So kalau korang nakkan maklumat lanjut atau nak contact owner kedai ni boleh ke:


Waktu operasi:
4.00 petang - 1.30 pagi
Sabtu, Ahad, Public Holiday dan Cuti Sekolah: 11.30 pagi - 1.30 pagi

Alamat:
Jalan Tun Hamzah,
Bukit Katil, Melaka.

Messenger: m.me/berkatsalam

Waze / Google maps: Berkat Salam Restaurant




3 Disember 2018

Kambing Golek Frozen Johor Bahru

Isnin, Disember 03, 2018 7
Hai korang, Assalamualaikum.

Korang tau tak Juju ni memang suka sangat makan kambing golek atau pun kambing bakar. Kalau yang jenis masak gulai tu Juju tak berapa suka. Bukan tak suka langsung tau. Tapi kalau diberi pilihan, Juju suka yang di bakar atau panggang atau grill. Rasa dia lebih enak dan sedap.

Gambar dari Facebook Kambing Golek Johor
Dan baru-baru ni, Juju diberi kesempatan untuk mencuba sendiri kambing golek yang telah siap di bekukan keluaran dari Kambing Golek Johor. Wow! Lama sangat tak makan kambing golek nih.

Apa yang menariknya, dalam setiap bekas kambing golek ni, dia datang sekali dengan sos blackpepper. Dah tak perlu nak buat kuah untuk curah diatas kambing tu nanti. Cuma panaskan dan boleh terus dimakan.

Cara memasak pula terpulang pada korang. nak guna air fryer ke, nak guna oven ke apa ke tak kisah. Macam Juju, Juju cuma guna non-stick pan je. Macam tak puas pula tengok dia masak dalam oven tu nanti. Baik masak atas pan ni. Boleh pantau. Hehe.


Rasa dia dah tentulah sedap. Aduh. terbayang-bayang pula kesedapan kambing ni. Tak ada rasa hamis langsung tau. Kalau ada pun rasa dia hujung-hujung je. Tak menjejaskan rasa keseluruhan pun. Yang penting sedap sampai tak sempat tengok dua kali dah habis.


TENTANG KAMBING GOLEK JOHOR
"Kambing Golek Johor ( No Perniagaan : JM0799704-H ) mula beroperasi awal tahun 2015 di johor bahru. Kami menyediakan perkhidmatan katering kambing golek, kambing panggang dan kambing perap untuk majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, hari jadi, majlis keramaian dan sebagainya.

Hidangan istimewa yang amat menyelerakan ini dipanggang 100% menggunakan arang kayu berkualiti dan akan di masak di tempat majlis anda berlangsung. Kemudian, ianya akan dipotong secara professional di dihidangkan berbuffet kepada para tetamu.

Perapan kambing sehari sebelum majlis kami buat dengan resipi istimewa ini akan menghilangkan bau hamis kambing dan ianya amat sedap dan menyelerakan dihidangkan kepada para tetamu untuk apa jua majlis.

Kambing yang kami gunakan juga adalah dari kambing yang berkualiti diimport dari New Zealand, Australia dan juga di ladang ternakan tempatan. Kami menjaga kualiti hasil masakan tersebut agar ianya dapat memberikan kepuasan kepada para pelanggan.

Kawasan yang kami akan hidangkan adalah di sekitar Johor Bahru, Skudai, Kempas, Tampoi, Kulaijaya, Larkin, Pasir Gudang, Permas, Tiram dan Kota Tinggi. Namun kami juga boleh ke mana-mana lokasi. Ianya tertakluk kepada jarak dari pusat kami di johor bahru. Sekiranya terlalu jauh, caj tambahan akan dikenakan."

Kalau nak dapatkan maklumat lanjut atau nak berhubung terus dengan owner kambing golek ni, korang bolrh terus ke:-

No telefon : 011-3773 5976

3 Julai 2018

Glory 78 Steamboat & Snack Corner Cameron Highland

Selasa, Julai 03, 2018 3
Hai korang,

Harini Juju nak share salah satu tempat makan steamboat yang halal di Cameron Highland. Kedai ni kawan satu jabatan yang recommend. Dia kata nak makan dekat sini. Disebabkan masa dekat Cameron Highland ni kami gerak 3 kereta, jadi kami semua follow je sebab masing-masing memang dah lapar plus tak nak makan malam dekat hotel.

Kalau sebut pasal steamboat, mesti dah terbayang dalam kepala menu yang ada dekat sini mesti steamboat saja kan. Tapi korang silap sebab ada banyak lagi pilihan makanan dekat sini. Kalau korang rasa taknak makan steamboat pun korang boleh pilih menu lain. So, jom kita tengok menu yang ada dekat restoran ni dulu.



Picture source: https://www.facebook.com/Glory78Steamboat/

Dan kami memang makan steamboat je malam tu. Walaupun menu yang lain tu memang menggoda nafsu makan kami, tapi kami tak tergoda pun. Hehe.. Sebenarnya kami sangat-sangat kejar masa. Pukul 8.30 malam kami dah sambung semula bengkel. Masa kami sampai sini dah pukul 7.15 malam. Hujan pun turun renyai-renyai. Sejuk dia jangan katalah.


1 meja ada 5 orang. Order steamboat untuk 3 orang makan. Tu pun terkulat-kulat masing-masing nak menghabiskannya. Nasib baik kitorang tak order nasi. Kalau order nasi mau nya kena bungkus bawa balik. Muehehehe.





Kuah tom yam dan kuah sup ayam dia memang sangat marvellous. Cukup rasa semuanya. Tak kisah kalau kita nak rebus dekat kuah yang mana satu. Kalau tak nak pedas, boleh pilih sup ayam. kalau suka pedas boleh makan tom yum. Ada juga disediakan kuah macam sambal tumis. Kalau korang nak tambah pedas lagi, boleh campur sendiri sambal tu. Konsep steamboat dekat sini bukan buffet ye. So bila kita order untuk 3 orang makan, jadi dia dah siapkan bahan-bahannya.

Kalau macam dekat sesetengah tempat, dia buat buffet. So kita boleh pilih sendiri apa yang kita nak makan. Tapi dekat sini dia dah buatkan siap-siap. Kalau nak makan ramai-ramai korang boleh tambah lagi. So far memang cukup sangat-sangat.

Untuk maklumat lebih lanjut lagi, korang boleh terjah sini:
Alamat: S-1, Batu 39, Jalan Brinchang, Cameron Highland
Nombor telefon: 019-555 3848

31 Mei 2018

Menu Berbuka Puasa 13 Ramadhan 1439H

Khamis, Mei 31, 2018 10
Assalamualaikum semua, harini Juju nak share dengan korang menu berbuka puasa. Kalau korang perasan, Juju jarang share pasal menu berbuka puasa sebabnya mak yang masakkan. Untunglah duduk dengan mak. Dapat makan air tangan mak hari-hari. Mehehe...

Kebetulan 29hb Mei haritu cuti hari Wesak, abah pulak dah bagi mandat suruh masak lauk berbuka. Abah dengan mak nak balik kamoung melawat atuk katanya. Masa ni dalam kepala dah ligat dah fikir nak masak apa harini.

Sebenarnya dalam kepala dah tau dah nak masak apa, tapi saja tanya encik suami kotlah tekak dia teringin nak makan apa-apa. Bila tanya tak kisah nak makan apa. Okeh, menu dalam kepala boleh on.

Setelah bersilat dekat dapur, maka terhasillah

Ikan siakap stim limau
Popia otak-otak
Nasi goreng cendawan
Ayam goreng tepung bestari
Ikan tu masa ambil gambar dia masih berenang atas kuali. Hehe..Tak menyabor nak amik gambar. Sekor siakap makan 5 orang. Licin kate ko.

Popia otak-otak tu beli yang frozen punya. Nasi goreng tu lebih nasi sahur pagi tadi ada banyak lagi, ladi kita jadikan dia nasi goreng cendawan. Licin juga.

Ayam goreng tepung bestari. Sebenarnya Juju baru jumpa tepung bestari ni. Selalu kalau belanja barang rumah, pergi dekat Econsave kluang. Tapi kenapa dekat sana takde tepung ni. Frust betul. Bila dah jumpa dekat pasaraya Target Kluang terus Juju rembat 2 perisa. Spicy dengan original. Memang standby untuk puasa punya. Raya nanti kita beli lagi. Hehe.

Okkaylah korang. Terima kasih sudi baca :)







11 Mac 2018

D.N.D Vendor Boutique & Cafe, Kota Tinggi

Ahad, Mac 11, 2018 11
D.N.D Vendor Boutique & Cafe I Assalamualaikum semua. Harini Juju nak share satu kedai makan yang unik sikit konsepnya dekat Kota Tinggi ni. Nak tau kenapa Juju cakap cafe ni unik? Ha korang kena baca entri Juju ni sampai habis ye.

Mula-mula Juju dan kawan-kawan datang ke cafe ni kami tak dapat tempat duduk dan tak dapat nak order makanan langsung. Mungkin sebab cafe ni baru buka dan tak cukup kakitangan. Masa tu rasa kecewa sangat. Dah sampai kedai tapi tak dapat nak makan.

Dan setelah beberapa bulan selepas tu kami kembali ke cafe ni dengan harapan cerita yang dulu tu tak berulang kembali. kali ni Juju dah order siap-siap dan booking tempat sekali. Hah! Puas hati. Sampai cafe boleh terus mentekedarah. Hehe.

So, konsep cafe ni adalah butik dan kafe. Dalam butik ada kafe. Pada pandangan mata Juju, kafe ni sangat menarik sebab sambil korang tunggu makanan korang sampai, korang boleh cuci mata dulu. Macam-macam barang ada jual dekat cafe ni. Dari baju membawa ke alat solek. Semua ada. Tinggal nak dengan tak nak je membeli.

Kalau korang plan nak makan dekat sini waktu lunch hour, Juju suggest korang book dulu awal-awal. Sebab kalau korang main terjah je takut nanti takda tempat duduk. Dan macam yang korang nampak dekat gambar tu, cuma ada 4 buah meja sahaja. Jadi untuk memastikan korang dapat makan dekat sini, silalah booking dulu.

Okkay jom kita tengok pula menu yang disediakan.

Melty Macaroni Meatball

Fries Bolognese

Ice Kepal Milo Hazel
Dan tiga gambar dekat atas ni antara yang Juju dan kawan-kawan order. Rasa dia memang tak menghampakan. Lebih-lebih lagi yang ais kepal tu ha. Cukup rasa dia. Pekat, likat. Ais dah cair pun masih pekat lagi rasa dia. Memang termimpi-mimpilah. Hehe.


Wajah-wajah bahagia sebab bila sampai cafe ni belum ada orang dan makanan pun dah tersedia dihidangkan diatas meja. Yeay, tak sempat ronda tengok barang-barang yang diniagakan. Makan dulu sebab perut dah berkeroncong.

Dan kalau korang tu peniaga yang nak letak barang dekat butik pun boleh juga tau. Tengok syarat yang diletakkan oleh butik ni:


Pengumuman untuk yang baru berniaga, yang ingin meluaskan lagi brand anda, yang ingin menambah jualan product anda!! 📢📢📢
.
@dnd_vendorboutique mencari vendor untuk meriahkan lagi ruang butik kami dengan product anda sama ada pakaian kanak2, aksesori wanita, perfume, headband, make up product, skin care, handbag, kasut, dan bermacam lagi.
.
BERMINAT?? Jangan ragu whatsapp kami sekarang jugak 😘
.
.
*tertakluk pada terma & syarat.


Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi dan gambar-gambar menu dan produk yang diniagakan, korang boleh ke:
Alamat: No. 3A, Jalan Niaga 8, 81900 Kota Tinggi, Johor.




12 Oktober 2017

10 TEMPAT MAKAN BEST YANG MESTI CUBA DI KLUANG!

Khamis, Oktober 12, 2017 6
10 TEMPAT MAKAN BEST YANG MESTI CUBA DI KLUANG!

Kluang memang terkenal dengan Kluang Man! hahaha kartun Kluang Man sgt top zaman 90an! tp kt Kluang juga top dengan makanan! jom try :

1. Nasi Daun Pisang Restoran NSM yang terletak di jalan menghala ke stesen keretapi. Ia adalah masakan India yang dihidangkan di atas daun pisang tanpa berlapikkan pinggan.

2. Char Kuey Teow Ketam Kluang pula terdapat di Batu 4, Jalan Mersing, Taman Makmur, Kluang.

3. Makan tengahari di Nasi Gulai Kawah & Asam Pedas Haji Ishak yang terletak di Perumahan Flat Haji Manan. Jika anda lambat, gulai akan kehabisan kerana pelanggannya ramai sekali.

4. Singgah di Kluang Rail Coffee, terbina di stesen kereta api KTM Kluang. Kopitiam ini terkenal dengan kopi yang diproses sendiri dan mendapat persijilan Halal dari JAKIM. Roti bakarnya, Inti kaya pula diproses sendiri. Sgt top!

5. Restoran Ikan Asam Pedas “Peranakan Flavors” Jalan Lim Swee Sim, Kluang 86000, Malaysia

6. Lontong Goreng Meletop  “Fried rice cube “the best lontong goreng” No 3 Jalan Manis, Kluang 86000, Malaysia / Lontong goreng  No 3,Jalan Manis, Kluang.

7. Nasi ujang dkt lokasi traffic light kg melayu /Nasi Ujang railway station..

8. Mee Bandung Pak Atan Kg Melayu Kluang, yg ni org kluang semua tahu.. Memang top kt kluang

9. Western di Dapur JW, No6 Jalan Persiaran Dato' Haji Ismail HassanKluang 86000, Dapur JW Berada Bersebelahan Klinik Sri Mutiara Sebaris Bank Muamalat Berdepan Prime City Hotel.

10. Murtabak Cheese No 16 Jalan Ciku, 86000, Kluang ,Johor Di tengah Bandar Kluang, sebaris Pasaraya Sakan.
Perkongsian dari Facebook