Memaparkan catatan dengan label indonesia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label indonesia. Papar semua catatan

7 Januari 2019

Belitung Island Journey Day 4: Hari Terakhir Yang Meninggalkan 1001 Kenangan

Isnin, Januari 07, 2019 19
Hai korang,

Maka tibalah hari terakhir kami di Pulau Belitung. Tapi pengembaraan kami masih belum berakhir. Ada lagi empat tempat yang akan kami singgah. Jom teruskan pembacaan korang ya.

Rumah Adat Belitung
Tempat pertama yang kami tuju adalah Rumah Adat Belitung. Kami diberitahu bahawa mengikut adat di sini, kalau kita nak tengok berapa tinggi darjat atau pangkat seseorang itu adalah melalui seberapa tinggi tangga rumah dia. So, semakin tinggi tangga dia, bermaksud tinggilah pangkat dia.

Depan Rumah Adat Belitung
Dalam rumah ini ada juga dipamerkan baju dan peralatan yang digunakan semasa majlis perkahwinan. Kalau nak dibandingkan dengan adat kita di Malaysia ni tak jauh beza pun. Cuma dia masih mengekalkan makan berdulang untuk pengantin dan juga tetamu.
Replika pelamin dan bilik tidur pengantin
Makanan berdulang pengantin
Tanjung Pendam dan Kopi Kong Djie


Tempat kedua yang kitorang tuju adalah Tanjung Pendam. Yes sebenarnya kitorang  dah sampai di Tanjung Pendam ni masa hari kedua. Tapi memandangkan suasana gelap, jadi tak cantik untuk kami bergambar di mercu tanda yang bertulis Tanjung Pendam ni. Kenalah ada bukti bila dah sampai sini.


Kami juga sempat menikmati kopi asli yang dihasilkan di sini. Rasa kopi dia memang lain dengan tempat kita. Kalau korang peminat kopi memang wajib cuba kopi ni tau.


Es kopi susu dan es kopi coklat susu
Es kopi susu dan es kopi coklat susu
Cuba korang bayangkan, lepas bergambar tengah panas terik tu dapat pula kopi yang piaw, kaw-kaw lepas tu sejuk. Pergh... Memang layan betul. Juju memang recommended sangat-sangat dekat korang untuk cuba sendiri kopi belitung ni. Even kalau korang beli dan bancuh sendiri pun rasa dia takkan sama dengan yang dekat sini. Resepi rahsia dia ialah, meh sini nak bisik "dia masak air guna kayu arang wey". Ha, tulah resepi rahsia yang utama.

Restoran Wan Bie
Pintu masuk restoran Wan Bie
Seterusnya kami ke Restoran Wan Bie untuk mencuba sendiri mi rebus buatan Pulau Belitung. Kalau ikutkan di tempat kita, mi rebus ni kuah dia pekat dan ada udang kering. Tapi mi rebus di sini macam nampak mi sup cuma kuah dia sedikit pekat. Jadi bila makan dengan cili dia memang sedaplah.

Mi Rebus. Ada keropok belinjar. Pertama kali makan keropok belinjar dengan mi.
Kami juga dihidangkan dengan es jeruk kunci yang pekat, masam dan sejuk. Es jeruk tu maksudnya air limau. Haha. Masa mula-mula Juju pun tertanya-tanya juga. Air ape jeruk-jeruk ni. Dah la Juju tak suka makan jeruk. Rupanya air limau ais.  Jadinya kombinasi air limau dengan mi rebus tu memang kena sangat-sangatlah. 

Dan benda yang korang kena ingat dekat sini adalah, makanan di sini dah termasuk dalam pakej. So kalau korang order selain mi rebus dan es jeruk kunci ni kena tambah duit sendiri ya.

Danau Kaolin
Dan tempat terakhir yang kami tuju sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang ialah Danau Kaolin. Danau ni bukan terhasil dari kawah gunung berapi ya. Tapi bekas perlombongan yang telah lama ditinggalkan. Kaolin adalah mineral yang digunakan dalam bahan perindustrian seperti kosmetik, kertas, makanan, ubat gigi dan Kaolin juga disukai kerana daya halus, putih, kuat, licin dan rendah serta kekonduksian haba yang rendah. Ini adalah salah satu pencemaran alam yang mengagumkan.



Dan berakhirlah sudah pengembaraan Juju ke Pulau Belitung. Seronok sangat pengalaman yang Juju dah kumpul dekat sini. Kalau korang nak baca hari 1,2 dan 3 boleh klik:
Dan kalau korang nak guna travel agent yang sama macam Juju guna ni boleh contact:

MTN Getaways

Hubungi:
+65 8531 3381 (Faizun)
+65 8289 3688 (Amira)

Email:
admin@mtngetaways.com

Website:

Instagram:

Facebook:

31 Disember 2018

Belitung Island Journey Day 3: Ketenangan Yang Ku cari Rupanya Tersembunyi Di Sini

Isnin, Disember 31, 2018 5
Okeh, kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Tibalah waktunya kami nak island hoping dan bersnorkling. Yahoo.. tak sabar rasa hati nak tengok keindahan di dasar laut.

Pulau Tinggi

Destinasi pertama yang kami tuju adalah Pulau Tinggi. Perjalanan dari hotel ke pulau ini cuma mengambil masa selama 30 minit sahaja. Kami telah diingatkan supaya memakai baju untuk mandi di laut dan stand by baju untuk ditukar selepas aktiviti ini nanti. Baju ni kami tinggalkan dekat bas je. Tak perlu bawa naik bot sekali.

Pulau Tinggi
Kalau korang nak tau, di Pulau Tinggi ini juga merupakan lokasi penggambaran filem Laskar Pelangi. Banyak betul batu-batu besar yang terdapat di sini. Ada juga papan kenyatan yang menyatakan tentang lokasi penggambaran ini. Jujur Juju bagitau yang Juju belum lagi menonton filem ni. Bila dah tengok tempat yang cantik-cantik ni terus perasaan nak menonton filem tu datang.

Lokasi penggambaran filem Laskar Pelangi

Lokasi penggambaran filem Laskar Pelangi

Papan tanda amaran
Papan tanda amaran dan petunjuk arah
Pemandangan dari Pulau Tinggi


Pemandangan dari Pulau Tinggi
Selepas ke Pulau Tinggi, kami bergerak ke bot yang telah di khaskan untuk kami island hoping. Pemandangan dekat pantai ni pun cantik sangat-sangat. Lautnya membiru. Tenang sungguh rasa hati.

Kami disediakan dengan dua biji bot yang akan membawa kami ke Pulau Garuda, Pulau Lengkuas, makan tengahari di Pulau Kelayang dan Pulau Batu Belayar.

Bot 1

Bot 2
Pulau Garuda
Persinggahan pertama kami adalah di Pulau Garuda. Kami cuma menikmati pemandangan pulau ini dari atas bot sahaja. Memandangkan air sedang pasang, jadi tak sesuai untuk kami berlabuh di sini. Perjalanan dari pantai ke pulau ini agak jauh juga. Terbuai-buai mata dengan pemandangan dan arus air.

Pulau Garuda

Pulau Garuda
Pulau Lengkuas
Seterusnya kami ke Pulau Lengkuas. Di pulau ini terdapat rumah api yang pertama di bina oleh pihak BRITISH semasa memerintah di sini. Rumah api ini dulunya dibuka sehingga ke tingkat atas sekali. Tapi atas beberapa faktor, mereka tidak membenarkan pelawat naik ke tingkat atas.

Pulau Lengkuas

Rumah Api, Pulau Lengkuas

Love from Pulau Lengkuas
Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini. Gigih juga Juju dan kawan-kawan memanjat batu-batu besar yang ada di sini. Dan hasilnya sangat-sangat mengagumkan. Korang tengoklah sendiri.

Group photo is a must!
Dan kalau korang pilih MTN Getaways sebagai travel ejen, korang qkan dapat menikmati air kelapa secara percuma. Kalau tak korang kene beli dengan harga Rp25,000. Kau bayangkan tengah penat naik turun batu-batu besar lepas tu dapat minum air kelapa fresh. Perghhhhh... Tak tergambar perasaan dia.

Nikmat sungguh air kelapa
Pengalaman pertama snorkling.
Seterusnya kami ke tempat untuk snorkling. Teruja betul Juju sebab ini adalah kali pertama Juju melakukan aktiviti snorkling ni. Teruja, takut, cuak semua perasaan bercampur. Okeh tak nak cakap banyak, korang boleh tengok sendiri gambar-gambarJuju dekat bawah ni.

Juju snorkling

Juju snorkling

Juju snorkling

Makan tengahari di Pulau Kepayang
Lepas snorkling kami di bawa makan tengahari di Pulau Kelayang. Sekali agi kami dihidangkan dengan makanan laut yang segar-segar.

Pinjam gambar bro Taju :p

Lauk tengaharik kami. Semuanya segar-segar.

Lepas makan kami sambung lagi snorkling. Tapi di tempat kedua ini kami tak dapat nak snorkling lama sebab arus deras sangat. Menarik kami ke tengah laut. Juju pun tak berani nak pergi jauh. Cuma berpaut je dekat tali bot. Risau kalau terlepas karang Juju ni bukan reti berenang pun.

Pulau Kelayang
Di pulau ini, kami di bawa menyusuri denai lebih kurang dalam 5 minit dan kami sampai di kawasan berbatu yang sangat cantik. Batunya seakan-akan terapung dan di tengah-tengahnya terdapat laluan air.

Jom simbah mereka!
Macam tak puas pula mandi pantai di tempat yang kecil, kami keluar terus ke pantai dan membuat terjunan di pantai. Hah,barulah puas mandi pantai.

Seronok berendam wey
Agak lama jugalah kami di pantai ni. Sempat juga menyaksikan satu keluarga penduduk tempatan mencari teritip untuk dimakan. Ada juga yang cuba untuk mengutip sendiri teritip ini. Seronok pula tengok diorang makan begitu sahaja.

Seterusnya kami di bawa ke pantai di mana kami mula-mula sampai tadi. Bergegas ke tandas untuk salin baju. Harga untuk mandi dan tukar baju di sini ialah Rp5,000. Demi nak cepat punya pasal, Juju berkongsi bilik mandi dengan kawan Juju. Haha, cuak member tu. No choice, kalau tak sampai ke maghrib pun kami tak siap tukar baju lagi.

Dan destinasi seterusnya kami singgah di kedai oleh-oleh klapa. Dekat sini Juju beli cenderahati sikit untuk mak mertua dan kawan-kawan pejabat. Apa yang uniknya di sini ialah kain batik belitung. Memang lain daripada yang lain. Dia ada corak tang timbul. So korang memang kena pegang dan rasa sendiri kain batik ni.

Selain tu, Juju beli juga kopi manggar yang memang terkenal di kalangan pengunjung di sini dan apa yang menariknya lagi, kalau korang beli banyak ada juga disedikan kotak siap seal dan tampal nama lagi. Senang sungguh. Tak payah tambah beg hoi. 

Okeh, Juju stop story hari ketiga dekat sini dulu. Nantikan entri hari keempat atau hari terakhir Juju di Pulau Belitung ya. 

18 Disember 2018

Belitung Island Journey Day 2: Pengembaraan Bermula

Selasa, Disember 18, 2018 11
Hai semua,

Harini Juju nak sambung kisah di Pulau Belitung. Lepas dah berehat semalaman, maka hari kedua di bumi Belitung kami mulakan dengan sarapan pagi di hotel. Kalau nak dibandingkan makanan di sini dan di Malaysia sebenarnya takda yang berbeza sangat pun. Lebih kurang sama je.

Credit Picture to Farah Didi
Menu yang ada setiap hari ialah bubur ayam dan suhun goreng. Bubur ayam dia memang sedap sangat. Korang kena wajib cuba tau. Tiap-tiap hari Juju makan bubur ayam dia. Sedap namatey.

Bubur ayam

Dari hotel, kami bergerak menuju ke Belitung Timur pada jam 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang satu jam setengah. Jauh juga nak ke sana. Tapi Juju tak tidur pun. Leka berborak dengan travel mate yang dah lama tak jumpa.

Replika sekolah SD Muhammadiyah (Sekolah Laskar Pelangi)
Destinasi pertama kami adalah SD Muhammadiyah iaitu replika sekolah yang terdapat dalam filem Laskar Pelangi yang popular pada tahun 2009. Kami juga menyanyikan semula lagu tema filem Laskar Pelangi ini. Terasa macam ada dalam filem ni tau. Feeling sangat.
Replika Sekolah Laskar Pelangi

Replika sekolah Laskar Pelangi

Replika sekolah Laskar Pelangi

Replika sekolah Laskar Pelangi

Replika sekolah Laskar Pelangi

Suasana di dalam kelas.
Dermaga Kirana
Seterusnya kami bergerak ke Dermaga Kirana. Teretak tak jauh pun dari SD Muhammadiyah ni. Berdepan je. Ha dekat sini cantik sangat pemandangan dia. Ada pondok yang berbentuk seperti keong. Keong itu bermaksud siput. Sangat unik.

Dermaga Kirana

Dermaga Kirana

Dermaga Kirana

Dermaga Kirana
Muzium Kata Andrea Hirata
Lepas selesai bergambar di Dermaga Kirana, kami di bawa ke Muzium Kata Andrea Hirata. Andrea Hirata ni merupakan penulis skrip filem Laskar Pelangi. Dan kalau korang nak tau, muzium ini merupakan muzium yang pertama di bina oleh Andrea Hirata yang menghimpunkan koleksi buku-buku yang beliau hasilkan.
Muzium Kata Andrea Hirata

Muzium Kata Andrea Hirata

Selain itu, reka bentuk muzium yang berwarna-warni ini juga sangat menarik perhatian. Berebut-rebut kami mengambil gambar di sini. Masing-masing tak mahu lepaskan peluang untuk mengabadikan memori di sini.

Muzium Kata Andrea Hirata
Muzium Kata Andrea Hirata
Muzium Kata Andrea Hirata
Muzium Kata Andrea Hirata
Muzium Kata Andrea Hirata
Kampung Ahok
Destinasi seterusnya kami di bawa ke Kampung Ahok. Ahok ataupun nama sebenarnya Basuki Tjahaja Purnama merupakan Bupati di Belitung Timur. Bupati tu macam penghulu lah maksud dia. Ahok ini merupakan orang yang bertanggugjawab memperkenalkan Pulau Belitung kepada orang ramai.
Kampoeng Ahok
Diseberang jalan, tersergam indah kediaman orang tua Ahok yang masih menginap di situ. Bak kata Oty, jika bernasib baik orang tua Ahok akan buka pintu untuk orang awam singgah masuk dan melihat-lihat ke dalam rumah.

Makan Siang di Restoran Fega
Kami bergerak menuju ke Restoran Fega untuk solat dan makan tengah hari. Walaupun nampak macam santai je aktiviti harini, tapi mencabar juga sebab cuaca panas. Kalau korang nak tau, kebanyakan surau di sini kena berkongsi dengan kaum adam. So, pandai-pandailah jaga aurat ya.

Picture credit to: uyulrosli.com
Picture credit to: akuainkausiapa.blogspot.my
Vihara Devi Kwan In
Seterusnya kami singgah di Vihara Devi Kwan In ataupun dalam bahasa lainnya tokong agama Budha. Kebanyakkan penduduk di Belitung timur adalah penganut agama Budha. Berbanding di Tanjung Pandan yang majoritinya merupakan penganut agama Islam.

|Picture credit to sislin76.com
Menyaksikan Matahari Terbenam di Tanjung Pendam
Dari Vihara Devi Kwan In kami bergegas menuju ke Tanjung Pendam untuk menyaksikan matahari terbenam. Tanjung Pendam ini merupakan lokasi yang popular untuk melihat matahari terbenam. Subhanallah, cantik sungguh pemandangan di sini.

Picture credit to dik bee dengan caption "BFF goals"

Picture credit to dik bee
Makan Malam di Belitung Timpo Duluk
Dan tempat yang terakhir kami tuju adalah Belitung Timpo Duluk. Tempat makan malam kami untuk hari yang kedua. Makan dekat sini special sikit. Sebabnya kami dihidangkan dengan makan berdulang. Eh! Apa yang special sangat makan berdulang tu? Macam dekat Malaysia takde makan berdulang.


Haha, yang uniknya kami makan mengikut adat kaum di sini. Dalam 1 meja ada 4 orang. Adat tu dimulai dengan yang paling muda akan buka tudung saji. Yang paling tua akan cedok nasi dulu, yang paling muda akan dapat giliran yang terakhir sekali. Sama juga dengan cedok lauk. Haha, kesian yang muda. Kena tunggu yang tua habis cedok lauk baru dia dapat cedok.

Picture credit to: akuainkausiapa.blogspot.my

Tapi dekat tempat kita pun ada juga adat yang macam ni. Cuma kita dah tak amalkan je. Juju dulu kena tunggu mak abah siap makan baru boleh bangun basuh tangan. Itulah cara kita belajar untuk menghormati yang lebih tua.

Okeh tamat dah cerita untuk hari kedua. Nantikan sambungan pengembaraan Juju di Pulau Belitung ya.