Memaparkan catatan dengan label insurans. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label insurans. Papar semua catatan

16 April 2019

Mainkan Peranan Anda, Jadilah Pemandu Yang Berhemah!

Selasa, April 16, 2019 15
Hai semua,

Sepanjang bekerja di Kuala Lumpur dulu memang Juju tak berani langsung nak drive di tengah-tengah bandar. Rasa menggigil kepala lutut ni ha. Tapi disebabkan tempat kerja Juju jauh daripada pengangkutan awam, jadi Juju beranikan diri untuk memandu di bandar raya Kuala Lumpur.

Hasilnya, sekarang ni kalau Juju memandu seorang pun Insya-Allah Juju tak sesat. Sampaikan abah Juju pun puji. Dia kata ‘Tak sia-sia abah bagi kau kereta untuk hidup dekat KL ni.’ Fuh! Kembang jap hidung.

Tapi, isunya sekarang adakah kita sedar kita ini pemandu yang selamat? Mesti ramai yang kata macam ni ‘Ala dulu peraturan sekolah pun aku langgar, apatah lagi peraturan jalan raya.’ Peh, bongkak sungguh anda. Juju harap tiada pembaca blog Juju yang berpendirian macam ni ya.

So, hari ini Juju nak ingatkan, kita sebagai pengguna jalan raya wajib mematuhi undang-undang jalan raya. Antara undang-undang yang wajib kita patuhi adalah:

- Sentiasa ikut had laju yang ditetapkan
- Tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu
- Patuhi papan tanda keselamatan jalan raya
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain dengan terlalu rapat
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan

Kemalangan kecil di jalanraya

Gambar di atas ni pula memang kereta Juju. Tapi ini bukan disebabkan oleh kecuaian manusia, tapi disebabkan oleh seekor haiwan berkaki pendek yang melintas jalan tak tengok kiri kanan. Aduh, melayang duit repair kereta ni. Mujur ada insurans boleh cover sikit. Taklah terbeban sangat Juju nak tanggung kerosakan kereta ni.

Bercakap pasal insurans, Juju nak kongsikan sikit maklumat tentang liberalisasi motor insurans /takaful yang Juju jumpa di website piam.org.my yang menyatakan:

Mulai 1 Julai 2017, kadar premium bagi produk Motor Komprehensif; dan produk Kebakaran dan Kecurian Motor Pihak Ketiga telah diliberalisasikan di mana harga premium akan ditentukan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing.

Manfaat untuk pengguna termasuk:
- Kualiti perkhidmatan yang lebih lancar dan kepelbagaian rangkaian produk pada harga yang kompetitif disebabkan oleh persaingan di kalangan penanggung insurans dan pengendali takaful;

- Pengguna boleh mendapatkan perlindungan terbaik yang memenuhi keperluan insurans/takaful mereka dengan adanya lebih banyak produk baharu dengan ciri-ciri yang berbeza;

- Pemandu akan diberikan insentif untuk memupuk tabiat pemanduan yang selamat memandangkan ciri-ciri keselamatan akan menjadi salah satu faktor yang menentukan premium. Ianya bukan sahaja akan memanfaatkan para pemandu tetapi juga orang ramai.

- Pengguna juga boleh meraih manfaat dengan membandingkan tawaran yang terbaik yang sesuai dengan keperluan mereka sendiri memandangkan penanggung insurans dan pengendali takaful akan menawarkan harga kompetitif.

- Saluran pengagihan baharu seperti saluran dalam talian yang cekap dari segi kos akan membolehkan perlindungan insurans/takaful dibeli dengan cara yang paling mudah oleh pengguna.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, korang boleh ke laman sesawang berikut 


atau