9 April 2018

TSUJIRI @ Austin JB

Hai korang, kali ni Team JDTBlogger telah diberi peluang untuk mencuba keenakan dan kelazatan maknan dan minuman yang ada si sini. Kafe ini menyediakan pelbagai jenis hidangan yang berasaskan matcha atau nama lainnya teh hijau.

Jom kita tengok menu yang ada dekat kafe ni:




Hampir keseluruhan menu di sini menggunakan teh hijau sebagai bahan utama. Tak kiralah samada dalam minuman ataupun makanan. Tapi kalau korang tak suka teh hijau pun ade juga pilihan menu lain dekat sini. Jadi tak perlu risau ye.

Haritu kami telah disajikan dengan pelbagai minuman dan kek yang sangat-sangat menyelerakan. Jom kita terjah satu-satu.

O-Matcha Cappuccino dan Signature O-Matcha 

Gambar yang belah kiri tu O-Matcha Cappuccino dan yang sebelah kanan tu Signature O-Matcha. Kalau korang dah biasa minum teh pahit mesti boleh habiskan yang belah kanan tu. Serius pahit sangat-sangat. Bahan-bahan dia cuma serbuk matcha dan air panas. Dikacau menggunakan wooden whisk sehingga sebati. Juju minum sikit je. Sebab tak tahan pahit sangat. Tapi yang bestnya teh ni pahit yang tak kelat.

Tapi kalau korang tak boleh habiskan yang pahit tu oleh pilih O-Matcha Cappuccino. Yang ni dah ditambah krimer. jadi rasa dia taklah sepahit air yang sebelah dia.

Float Selection O-Matcha Milk
Kalau korang tak nak yang ada float ni boleh pilih dekat ice blended selection. Base dia semua sama. Cuma yang berbeza ice-cream tu. Boleh pilih samada nak aiskrim O-Matcha ataupun aiskrim Houjicha.

Dak Firash suka sangat air ni. Dia boleh hadap air ni sorang-sorang. Tak jeling-jeling sebelah pun. Huh! Mak dia amik sikit pun dia marah. Sabar ajelah.

TSUJIRI Parfait
Yang ni pula TSUJIRI Parfait. yang membezakan dia dengan float tadi tu ialah dia ada kacang merah dan cornflakes. Pilihan aiskrim pula ada dua, antara O-Matcha ataupun Houjicha.

Yang ni pulak dak Naura punya. Senyap dia bila dapat makan aiskrim ni. Sebelum tu dia dah nak meragam dah. Hehe. Untuk TSUJIRI Parfait ni, kami diberi aiskrim Houjicha.

O-Matcha Rollcake
Dark chocolate chiffon cake
Warabimochi
Warabimochi dan dark chocolate chiffon cake tu adalah menu baru dekat sini. Pada yang belum pernah cuba warabimochi, Juju nak sarankan korang cubalah dekat outlet TSUJIRI. Sedap tau. Dia macam jelly tapi bukan jelly. Lembut sangat. Tak tau nak gambarkan macam mana. Korang kena cuba tau.

O-Matcha rollcake tu serius sedap. Kek dia manis, gabung dengan krim yang dekat tengah tu memang perfect sangat. Aduh, terbayang-bayang pula keenakan kek tu. Dak Firash pun suka tau.

Shaved ice - Uji Sunset
Untuk shaved ice ni. Dia ada dua pilihan. Sunrise dan sunset. First time dengar macam sweet je kan. Kalau dibahasa melayukan matahari terbit dan matahari terbenam. Beza dia dekat topping. Satu ada brown sugar, satu lagi krimer. Dalam shaved ice ni ada kacang merah dan juga mochi. Jenuh nak habiskan semangkuk besar ni.

Kalau korang nak tau, maksud Houjicha tu ialah matcha yang dipanggang sehingga keperangan. Sebab tulah warna houjicha ni sedikit coklat kalau nak dibandingkan dengan matcha tu sendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai TSUJIRI ni korang boleh terjah:

Facebook rasmi: tsujiri.my
Instagram rasmi: @tsujiri_my
Alamat: 29, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru.
Masa operasi: 1.00pm - 11.00pm.

Last but not least, kafe ni ada sijil halal tau. Jangan korang tanya pula teh tu halal ke tak. Muehehehe. Meh Juju belanja gambar sijil halal kafe ni.