7 October 2018

#JDTBlogger

Anda memenuhi syarat-syarat dibawah?

  1. blogger Johor
  2. blog aktif bukan krik-krik setahun
  3. blogger adalah anak jati Johor yang menetap di Johor
  4. anak jati Johor tapi tidak menetap di Johor
  5. bukan ic Johor tapi menetap di Johor

Jom sertai kami dalam komuniti JDT Blogger.
  1. Rohaida
  2. Hernee 
  3. Uyul
  4. Mama Maszull
  5. Onlajer
  6. Wazy
  7. Juju
  8. Mialiana
  9. Mar Mansor
  10. Dilah
  11. Nona
  12. Sis Lin
  13. Mselim
  14. Kak Seri
  15. Cik Tom
  16. Rossaimi
  17. Ain
  18. Huda
  19. Sunah

6 August 2018

Teaser Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang Resort City
So ini adalah teaser mengenai projek terbaru daripada team JDT Blogger.

Alhamdulillah, rezeki team JDT Blogger semakin melimpah ruah tahun ini. Setelah berpenat lelah menaikkan nama team ni, akhirnya terbuka juga mata mereka-mereka yang selama ini tak nampak gajah yang di depan mata. Haha. Kemain lagi bermadah.

Kalau korang memang follow instagram Juju dan JDT Blogger, mesti korang akan perasan logo yang kami dah publish sejak minggu lepas. Yes, beberapa orang wakil JDT Blogger yang berkelapangan, akan menggegarkan Bukit Gambang Resort City.

Antara wakil JDT Blogger yang akan program ini nanti ialah:



Sebenarnya ini adalah salah satu projek kolaborasi team JDT Blogger dengan sebuah lagi team blogger. Cuma Juju tak nak hebahkan dulu. Kalau korang nak tau, korang kena tunggu entri pasal penaja kami nanti. Stay tune okeh!

Nantikan juga siaran secara langsung dari kami di:
Facebook rasmi JDT Blogger: www.facebook.com/jdtblogger/
Instagram rasmi JDT Blogger: www.instagram.com/jdtblogger/



11 April 2017

Cara Mengatasi Masalah Jeragat
Assalamualaikum semua,

Nak tanya ni. Berapa ramai antara kita yang ada masalah dengan jeragat? Cuba angkat tangan sikit. Saya nak tengok. Hmm 1  2  3   4.. Eh! Eh! Macam ramai je yang ada masalah jeragat. Hah meh sini rapat-rapat saya nak share sesuatu dengan korang.

Apa itu jeragat?
Pada yang tak tahu, jeragat tu bintik-bintik hitam dekat muka. Dia bukan bekas jerawat tau. Jerawat pun bukan. dia nampak macam ade lekuk kecil dekat muka. Biasanya jeragat ni terjadi disebabkan pembentukan minyak, sel-sel kulit mati dan juga bakteria di kawasan liang-liang muka terutamanya di sekitar hidung, dagu, pipi dan dahi.
Image result for jeragat
Hah, gambar dekat atas nilah contohnya rupa jeragat tu. Sangat tak cantik kan? Muka dah putih. Tapi tiba-tiba ada pula tompok-tompok hitam dekat muka. Nampak pelik pula.

Cara mengatasinya

Nampak macam eeuuuuu... Macam mana nak hilangkan hitam-hitam dekat muka nih? Ha meh sini saya nak tunjukkan satu produk terbaik yang boleh selesaikan masalah korang.

Mylea Freckles Serum
mylea freckles serum

Mylea Freckles Serum khas untuk masalah jeragat, hanya dengan sapu je dah boleh hilangkan jeragat dekat muka korang. Tak kiralah jeragat yang lama atau pun yang baru nak menempel dekat muka.

Mylea Freckles Serum ni bersifat water based. Bahan asas dari sumber mineral dan sangat kaya dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan juga buah-buahan.

Serum ni boleh dipakai atau dicampur dengan mana-mana produk, tiada bahan kimia dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT160300607K)

Kebaikan Serum Mylea
  • Penawar nombor 1 masalah jeragat;
  • mencegah jeragat daripada merebak dan menebal;
  • membantu menghilangkan bintik hitam di wajah;
  • mencerahkan warna kulit;
  • membantu menghilangkan parut dan bekas jerawat;
  • membantu mendapatkan tona kulit yang sekata
  • merawat kulit kusam
  • mengawal masalah kulit berminyak;
  • mengecilkan liang pori; dan
  • membantu anda mendapatkan kulit idaman dalam jangka masa yang cepat, berkesan dan tiada kesan sampingan.
Cara penggunaan
Picitkan sedikt Mylea Freckles Serum pada tapak tangan dan sapu pada bahagian kulit wajah yang bermasalah.
(Setitik sahaja sudah mampu untuk seluruh wajah kerana serum ini pekat dan tidak berminyak, malah terus meresap ke dalam kulit wajah.)

Disyorkan guna pada;
  - Waktu pagi 10 - 15 minit sebelum menggunakan make up

  - Waktu malam sebelum tidur, antara 10 - 15 minti sebelum menggunakan krim malam.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat, anda digalakkan untuk menggunakannya 2 kali sehari.

mylea freckles serum

Harga

RM90.00

Kandungan

Aqua, propylene glycol, unsaponifiable olive oil, cetyl, ceg beeswax, dimethicone, cucumis sativus ekstrak, citrus medica limonium peel extract, symphytum root cell extract (phyto-celltec), sodium cocoamphoacetate, L-Gluthathione, asscorbyl tetraisopalmitate P, polycrylamide and C13-14, tocopherol acetate, arbutin, isoparaffin and laureth-7, phenoxyethanol, ethyloxyglycerin, caprylyl glycol and ethyloxyglycerin.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Instagram: https://www.instagram.com/mylea.official/
Facebook: https://www.facebook.com/Mylea-Skincare-Malaysia-556641851088801/
Website: http://myleaskin.com/
mylea freckles serum

Untuk order, boleh whatsapp dekat nombor --> 017-777 8191 atau 013-984 5104
AGENT WANTED!

10 April 2017

Alexa Ranking 10/04/2017
Assalamualaikum semua,

Rasanya ini kali pertama saya publish ranking Alexa blog kesayangan saya ni. Sebelum ni macam segan nak publish sebab nombor dia banyak sangat. Hehe, semakin hari saya tengok semakin kecil angkanya. Jadi saya nak simpan dekat blog ni. Jadikan penguat semangat untuk terus berblog.

Ye, saya tau angka ni masih banyak lagi. Tak macam korang yang dah 4,3 angka tuh. Sila jangan nak kondem sangat hokey.


Sumber --> http://www.alexa.com/

15 March 2017

Family Gathering di Punggai Bayu Beach Resort
Assalamualaikum semua,

Sebelum tu nak minta maaf banyak-banyak sebab entri ni dah lama terperam. Ada kerja hakiki yang perlu diuruskan dahulu. Tapi Alhamdulillah, kerja 'urgent' dah siap. Tinggal saki-baki je lagi nak kena buat laporan.

Okeh, berbalik pada cerita family gathering. Sebenarnya plan nak ke Melaka. Kononnyalah kan. Tapi berakhir dekat Kota Tinggi jugak. Haha, tak kisahlah. Yang penting hajat utama nak buat family gathering tu dah berjaya.

Jarak dari bandar Kota Tinggi nak ke Kampung Punggai ni lebih kurang dalam 65 kilometer. Lebih kurang sejam 15 minit perjalanan. Laluan di Bandar Penawar agak teruk sikit sebab banyak sangat lori besar-besar lalu. Ditambah pula dengan kerja-kerja pelebaran jalan. Sabar betul penduduk dekat sana.
No automatic alt text available.
Klik untuk lebih jelas
Dekat atas ni dia punya rate bilik. Sangat-sangat budget friendly. Saya ambil bilik Melor memandangkan saya cuma bertiga dengan suami dan si Firash. Kami ambil bilik asing-asing supaya lebih privasi. Fasiliti dalam bilik cuma ada yang basic sajalah. Tv, kettle, tuala, aircond, meja cermin dan tilam. Haha, tilam tu mestilah wajib.
Image may contain: outdoor
Deretan bilik melor.
Selain bilik Melor, saya booking juga bilik Mawar untuk ipar-ipar yang anak ramai. Bilik dia luas sikit sebab ada 2 katil queen.
Image may contain: sky, cloud, tree, outdoor and nature
Bilik Mawar
Masa sampai tu hujan turun renyai-renyai. Macam meraikan pula kehadiran kitorang. Masa ni cuma ada keluarga kami dengan 1 lagi keluarga. Tak ramai orang pun. And the best part is, kolam renang tu kitorang punya.

Budak-budak kemain gedik lagi nak mandi pool waktu hujan. Tapi kami tahan dulu. Lepaskan lelah kejap. Baru boleh terjah swimming pool.

Pantai dekat sini tak berapa nak menarik. Nak main air pun tak berani. Sebab kotor. Huhu.. Sedih betul tengok banyak sangat sampah sarap terdampar dekat persisir pantai. Kecewa betul. Kalau bersih memang dah terjun laut jugalah. Haha..





Malam tu pula, kami buat aktiviti barbeku. Rugilah kalau dah dekat tepi pantai tapi tak buat bbq kan. Macam ada yang tak kena. Omputih kata something wrong somewhere.

Saya tak menyibuk sangat dekat ruangan bbq tu. Tapi saya menyibuk dekat meja makan. Haha, daripada dok tunggu mende bakar-bakar tu lebih baik saya makan. Banyak giler makanan yang kitorang bawak.

Dekat sini ada juga disediakan mesin karaoke. Masuk je 50sen x 2 pastu pilih lagu and nyanyi. Tapi saya tak nyanyi pun. Takde bakat langsung. Kalau menyanyi dalam bilik air boleh la. Hehehe..

So, overall nya percutian singkat ni sangat-sangat memuaskan. Kalau korang nak cari percutian bajet, bolehlah ke sini. Ni link facebook Punggai Bayu Beach Resort --> https://facebook.com/profile.php?id=807896616017498 ataupun boleh whatsapp dekat 019-7555682.