Kasih Juju: johor

Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

July 3, 2017

Pre-Syawal 2017 Photoshoot

Assalamualaikum semua.

Lama betul KJ tak update blog nih. Dah bersawang sangat dah ni. Hehe, macam biasalah. Bila tuan blog ni cuti, maka blognya pun terabai. Opssss, nasib baik cuti seminggu je. Kalau cuti 3 bulan? Tu maknanya KJ tengah cuti bersalin. Eh, eh, belum mengandung lagi tau.

Okeh, harini KJ nak kongsi aktiviti sebelum raya haritu. Kitorang dekat office ni sibuk nak deko-deko office. Nak sambut raya kan. Takkan office nak sama je suasana dia. Mesti nak meriah juga kan. Maka, terhasillah ruangan kecil untuk kami gunakan dengan sebaiknya.
Ha nampak tak ruang yang sekangkang kera tu? Hehe, dekat situ je ruang yang masih kosong yang rasa macam nak letak sesuatu je dekat situ. Konon berangan nak letak water fountain dekat situ. tapi belum ada budget lagi nak beli. Dapat beli pokok, pagar dengan lampu kelip-kelip je.

Kita okeylah tu kan. Sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk kami hias. Haha, jenuh hoi masukkan pokok tu dalam kereta. Dah lah takde tenaga lelaki nak tolong angkat. Maka tulang empat kerat kami bertigalah yang kami gunakan.

Dah, jom layan gambar-gambar yang kami snap ni. Mohon jangan muntah pula tengok gambar yang banyak ni ye :)






Tengah syok-syok ambil gambar tiba-tiba YB Rasman lalu pulak. Sporting betul. Menyapa sambil nak join kami ambil gambar sekali.

Oh ye, beliau ni dulu pernah jadi Pegawai Pengembang di pejabat kami. Tapi sekarang dah jadi Adun Sedili, sangat peramah orangnya. Siap suruh kitorang tag gambar dia dekat Facebook. Hehe.


Maka selesailah sudah episod photoshoot kami tahun ini. Semoga ada rezeki lagi untuk berphotoshoot macam ni lagi tahun depan. InsyaAllah.

Pre-Syawal Photoshoot 2017
Lokasi: Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi
Tema pakaian: Baju kebangsaan
Warna: Biru
Tudung: Beli dekat Plaza Kota Tinggi

March 14, 2017

Berkenalan dengan blogger maszull dan hernee

Assalamualaikum semua, selamat hari Jumaat.

Harini saya nak share pasal geng dari JDT Blogger ni. selama ni kami tak pernah ada kesempatan pun nak bersua muka. tapi kali ni kitorang ditemukan dalam satu event.

Ini kak hernee. pemilik blog herneenazir.com, kakak ni peramah sangat. ada je cerita keluar dari mulut dia. memang tak bosanlah kalau dengan kakak ni.

Sempoi je orangnya. sebenarnya ni dah kali kedua jumpa kak hernee. kali pertama masa photoshoot dekat gunung lambak. hamboi.. kelas nko ade photoshoot. muehehehe.

Kak hernee ada anak 2 tau.. Ilham syahmi dengan ilham syamil..comel tau dua-dua ni. Mungkin mewarisi kecomelan mak die. Eh.. Terpuji pulak.

Yang ni pulak pemilik blog maszull.blogspot.com, tapi lebih selesa di panggil mama. walaupun dah berusia, tapi saya suka baca blog mama. mama  pulak rajin update blog. malu pulak bila compare dengan diri sendiri.

Mama ni sebenarnya dah ada 2 orang cucu tau. Respect betul dekat mama ni. Sambil jaga cucu boleh bercucuk tanam, update blog. Saya yang anak 1 ni pun curi-curi masa nak update blohlg. Huhu..

Mama, pinjam idea sikit boleh tak. Hehehe..

Korang pun jangan lupa terjah blog mama maszull dengan kak hernee yek. Terjah dan tinggalkan jejak tau. Nanti confirm diorang akan terjah korang balik.

Jumpa lagi di lain entri.
Wassalam.

January 11, 2017

31 Days Challenge by JDT Blogger - Day 7

Image result for day 7
Assalamualaikum korang,

Berjumpa kita di cabaran hari ke tujuh. Tajuk cabaran hari ni; SEKARANG SEDANG BUAT APA?

Fuhhhh, nasib baik tajuk harini senang je. Kalau tak jenuh jugak nak perah otak fikir nak cerita pasal apa harini.

Sekarang ni saya dekat office. Ofcourse lah tengah bekerja. Tapi saya belum mula kerja lagi. Biasalahkan pagi-pagi ni. menacari mood dulu sebelum nak buka fail yang menimbun dekat atas meja ni ha.

Okeh, honestly saya sebenarnya tengah baca review satu resort yang saya nak pergi hari Jumaat ni. Kengkononnya nak buat family day. Eh, ape pula kengkononnya. Dah confirm booking dah pun. Cuma saya ni selalunya lepas booking baru terhegeh-hegeh nak baca review.

Tapi insyaAllah oke kot tempat ni. Baru pertama kali nak pergi tempat tu. Buat masa sekarang ni kena rahsiakan dulu. Yang saya boleh bagitau tempat tu dekat daerah Kota Tinggi. Hint dia lagi, ofcourse lah tepi laut. Yeayyyy, I love beach very much. Muehehehe....

Tunggi saya buat entri pasal resort tu ea. Jumpa besok pulak.
Wassalam :)
(Psst... sorry ea arini tak de gambar saya :P )

August 4, 2016

Sekitar Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor

Assalamualaikum semua,

Sikit betul entri saya 2 bulan kebelakang ni yek. Sibuk betul ke sana sini. Sampai tak sempat nak menaip entri ha. Huhu.. Jangan diamalkan ye lain kali. Harap-harap bulan 8 ni dapat buat entri korang jangan sakit mata pulak kalau asik nampak saya up entri. Hehe.. InsyaAllah.

Harini saya cuma nak share gambar-gambar masa Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor haritu yang berlangsung dekat Persiaran Dato' Ismail Hassan, Kluamg, Johor.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Johor di atas kesudian YAB menyempurnakan majlis perasmian HKN 2016 JDT. Sesungguhnya, seruan dan kata- kata perangsang serta komitmen sokongan Kerajaan Negeri Johor kepada sektor koperasi yang disampaikan oleh YAB Semasa merasmikan HKN 2016 JDT telah menyemarakan semangat para Koperator Negeri Johor untuk berusaha dengan lebih gigih lagi bagi terus melonjakkan pencapaian koperasi ke tahap yang lebih tinggi.
Terima kasih juga diucapan kepada YB Datuk Haji Md Jais bin Sarday, Exco Koperasi Negeri Johor yang banyak memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dalam menjayakan sambutan HKN 2016 JDT.
Terima kasih juga kepada lebih 1,500 koperator dan orang ramai yang telah hadir bersama-sama memeriahkan majlis perasmian HKN 2016 JDT.
Ianya mengambarkan kekuatan semangat ukhwah dan solidariti di kalangan para koperator yang sentiasa boleh bekerjasama dan BERMUAFAKAT dalam menjayakan program yang memberi manafaat
"MAJULAH KOPERASI UNTUK NEGARA"
"SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU"

Ucapan perasmian dari Menteri Besar Johor.
Exco Koperasi Negeri Johor
Gimik pelancaran 50 koperasi terbaik Negeri Johor
Anugerah Tokoh Koperasi Negeri Johor.
Anugerah Koperasi Cemerlang
Kat atas ni semua gambar-gambar rasmi. Korang nak tengok ke gambar tak rasmi? Haha.. Gambar belakang tabir gittew.
Kami dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kota Tinggi dan Batu Pahat.
Kami tengah tunggu bas-bas dari Kota Tinggi
Tokey COOP on Wheel
Gambar ni paling best. Ngeeeeee

Okkay, maaf ye entri kali banyak gambar. Hehe.. Korang nak ke senarai koperasi terbaik tu? Kalau ade yang respon nanti saya update yer.

Jumpa lagi di lain entri.
Wassalam.

July 25, 2016

Hebahan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Johor.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Johor (Suruhanjaya) akan menganjurkan majlis sambutan Hari Koperasi Negara 2016 Peringkat Negeri Johor (HKNPNJ 2016) bermula pada 29 hingga 31 Julai 2016 bertempat di Persiaran Dato' Ismail Hassan, Kluang, Johor.
Majlis perasmian sambutan tersebut akan di adakan sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh : 30 Julai 2016
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Persiaran Dato' Ismail Hassan, Kluang, Johor
Perasmi : YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, 
Menteri Besar Johor

Sambutan majlis HKNPNJ 2016 di adakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan ke atas sumbangan sektor koperasi kepada pembangunan sosio ekonomi negara, memperlihatkan pencapaian dan kejayaan gerakan koperasi kepada masyarakat mempromosikan konsep berkoperasi sebagai institusi keusahawanan dan mewujudkan jaringan perniagaan di kalangan koperasi dan usahawan.
Pelbagai program telah diatur sepanjang sambutan 3 hari tersebut yang meliputu pameran & jualan produk/perkhidmatan koperasi, ceramah perdana, karaoke coop idol, zumba, pertandingan memasak/mewarna/teh tarik, pertandingan pidato koperasi sekolah, keceriaan & kebudayaan dan banyak lagi aktiviti menarik disajikan.
Semua pemimpin koperasi, anggota-anggota koperasi dan orang ramai adalah dijemput hadir. Kami percaya kehadiran Ybg Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan akan dapat memeriahkan lagi sambutan yang akan di adakan.
"SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU"

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign