Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan

16 April 2019

Mainkan Peranan Anda, Jadilah Pemandu Yang Berhemah!

Selasa, April 16, 2019 15
Hai semua,

Sepanjang bekerja di Kuala Lumpur dulu memang Juju tak berani langsung nak drive di tengah-tengah bandar. Rasa menggigil kepala lutut ni ha. Tapi disebabkan tempat kerja Juju jauh daripada pengangkutan awam, jadi Juju beranikan diri untuk memandu di bandar raya Kuala Lumpur.

Hasilnya, sekarang ni kalau Juju memandu seorang pun Insya-Allah Juju tak sesat. Sampaikan abah Juju pun puji. Dia kata ‘Tak sia-sia abah bagi kau kereta untuk hidup dekat KL ni.’ Fuh! Kembang jap hidung.

Tapi, isunya sekarang adakah kita sedar kita ini pemandu yang selamat? Mesti ramai yang kata macam ni ‘Ala dulu peraturan sekolah pun aku langgar, apatah lagi peraturan jalan raya.’ Peh, bongkak sungguh anda. Juju harap tiada pembaca blog Juju yang berpendirian macam ni ya.

So, hari ini Juju nak ingatkan, kita sebagai pengguna jalan raya wajib mematuhi undang-undang jalan raya. Antara undang-undang yang wajib kita patuhi adalah:

- Sentiasa ikut had laju yang ditetapkan
- Tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu
- Patuhi papan tanda keselamatan jalan raya
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain dengan terlalu rapat
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan

Kemalangan kecil di jalanraya

Gambar di atas ni pula memang kereta Juju. Tapi ini bukan disebabkan oleh kecuaian manusia, tapi disebabkan oleh seekor haiwan berkaki pendek yang melintas jalan tak tengok kiri kanan. Aduh, melayang duit repair kereta ni. Mujur ada insurans boleh cover sikit. Taklah terbeban sangat Juju nak tanggung kerosakan kereta ni.

Bercakap pasal insurans, Juju nak kongsikan sikit maklumat tentang liberalisasi motor insurans /takaful yang Juju jumpa di website piam.org.my yang menyatakan:

Mulai 1 Julai 2017, kadar premium bagi produk Motor Komprehensif; dan produk Kebakaran dan Kecurian Motor Pihak Ketiga telah diliberalisasikan di mana harga premium akan ditentukan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing.

Manfaat untuk pengguna termasuk:
- Kualiti perkhidmatan yang lebih lancar dan kepelbagaian rangkaian produk pada harga yang kompetitif disebabkan oleh persaingan di kalangan penanggung insurans dan pengendali takaful;

- Pengguna boleh mendapatkan perlindungan terbaik yang memenuhi keperluan insurans/takaful mereka dengan adanya lebih banyak produk baharu dengan ciri-ciri yang berbeza;

- Pemandu akan diberikan insentif untuk memupuk tabiat pemanduan yang selamat memandangkan ciri-ciri keselamatan akan menjadi salah satu faktor yang menentukan premium. Ianya bukan sahaja akan memanfaatkan para pemandu tetapi juga orang ramai.

- Pengguna juga boleh meraih manfaat dengan membandingkan tawaran yang terbaik yang sesuai dengan keperluan mereka sendiri memandangkan penanggung insurans dan pengendali takaful akan menawarkan harga kompetitif.

- Saluran pengagihan baharu seperti saluran dalam talian yang cekap dari segi kos akan membolehkan perlindungan insurans/takaful dibeli dengan cara yang paling mudah oleh pengguna.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, korang boleh ke laman sesawang berikut 


atau




27 September 2017

Malang Tidak Berbau - KasihJuju Kemalangan Kecil

Rabu, September 27, 2017 1
Ini adalah kisah semalam.

Pagi tadi seperti biasa, lepas salam mak dan menggomol si Firash KJ pun menuju ke kereta. Masuk dalam kereta, baca doa naik kenderaan dan ayat kursi KJ pun memulakan perjalanan ke tempat kerja. 

Jam di dashboard telah menunjukkan angka 6:39 pagi. Sambil KJ menjenguk ke luar jendela kereta. Matahari telah mula memancarkan cahaya. Sambil dalam hati berkata 'aduh! Awalnya matahari naik, pasti silau mata di kawasan kebun sawit yang tanam semula tu'.

Sepanjang perjalanan dalam kepala ni dah berfikir-fikir nak buat apa harini. Sambil sesekali mengerling jam di dashboard. Sempat ke tidak sampai pejabat jam 7:30 pagi ni. Minta-mintalah tak terlewat.

Tiba di satu jalan yang tegak dan menaiki bukit, dari ekor mata KJ dah ternampak satu sosok yang tiba-tiba meluru melintas jalan. Sempat juga KJ mengerling cermin pandang belakang dan kereta dari arah depan. Dengan kelajuan 100km/jam, KJ tak sempat nak mengelak dan gedebuk KJ langgar sosok tu.

Sosok itu adalah seekor binatang yang berkaki pendek. Korang tekalah sendiri binatang apa ye. Tapi kalau korang follow IG KJ, mesti korang boleh teka binatang apa yang KJ maksudkan.


Tapi KJ tak terus berhenti. KJ memperlahankan kelajuan dan berhenti di kawasan lapang di Bandar Tenggara. Malas nak berhenti di kawasan stesyen minyak. Nanti mesti ramai yang bertanya. Mesti ramai yang prihatin. Tunggu dekat dataran tu pun ramai je pemandu lori yang hon-hon KJ. Ceh, perasan betul. Padahal dia hon kawan dia yang parking sekali dekat dataran tu.

Mengigil jugalah kaki dan tangan KJ. Keluar dari kereta. Snap gambar bahagian yang remuk dan terus sent pada Whatsapp keluarga. Lepas tu KJ terus call suami. Minta dia datang ke tempat KJ sebab KJ tak berani nak drive. Bukan fobia, tapi sebab KJ nampak ada tangki yang bocor.

Daripada keadaan fizikal memang nampak terukkan kereta KJ tu. Hurm... Redha dengan dugaan ini. Terima kasih sudi baca.