Kasih Juju: kesihatan
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

May 14, 2018

Mari Kenali Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut

4:05 PM 7
Mari Kenali Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut

Apakah Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) ?
HFMD ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus-virus tertentu. Ia merupakan penyakit biasa yang sudah wujud sejak beberapa tahun lamanya.

Siapa yang diserang penyakit ini?
Ia menyerang semua peringkat umur tetapi kemungkinan jangkitab yang lebih besar dialami kanak-kanak kecil berusia di bawah 5 tahun.

Bagaimana ia menular?
HFMD menular melalui sentuhan langsung dengan air liur, lelehan hidung, najis atau cecair daripada lepuhan orang yang dijangkiti. Ia boleh juga berlaku secara tidak langsung melalui barang-barang yang dicemari rembesan-rembesan ini. Wabak ini boleh berlaku di pusat asuhan kanak-kanak, tadika dan sekolah.

Bagaimana anda tahu sekiranya anak anda diserang HFMD?
Anak anda mungkin menunjukkan tanda-tanda dan gejala-gejala seperti berikut:
  • demam selama 2-3 hari
  • sakit tekak
  • hidung berhingus
  • lepuhan kecil yang berair di tapak tangan, tapak kaki dan kadang kala di punggung
  • ulser di dalam mulut
  • hilang selera makan
  • muntah-muntah dan/atau cirit-birit
  • kelesuan
Apa yang harus anda buat sekiranya anak anda dijangkiti HFMD?
  • Bawa anak anda berjumpa dengan doktor keluarga atau poliklinik yang terdekat
  • Galakkan anak anda minum banyak cecair. Anda mungkin perlu memberi sedikit demi sedikit tetapi dengan kadar yang kerap
  • Tukar cara pemakanan yang mudah cerna seperti kentang lecek, bubur atau buah-buahan yang dikisar
  • Beri ubat yang dinasihati oleh doktor. Biasanya sirap parasetamol akan diberi untuk demam dan sakit-sakit dan gel untuk melegakan ulsel dalam mulut.
Bagi kebanyakkan kes, sistem kelalian anak anda akan mengatasi jangkitan itu setelah sekian masa dan akan pulih akhirnya.

Adakah HFMD serius?
Bagi kebayakkan kes, HFMD adalah sederhana. Walau bagaimanapun, ada segelintir kanak-kanak yang dijangkiti sejenis virus yang nadir sehingga teruk sakitnya. Sebagai contoh, HFMD boleh mengakibatkan:
  • Kebingungan, mengantuk atau mudah naik radang
  • sawan
  • sakit kepala yangteruk, mabuk atau kejang leher
  • sukar bernafas atau menjadi kebiruan
  • penyahidratan (kehilangan air) - ini boleh berlaku akibat muntahberterusan, cirit-birit atau kurang pengambilan cecair oleh kerana ulser dalam mulut.
Jika anda perhatikan apa jua tanda di atas, bawalah anak anda ke Jabatan Kecemasan di hospital yang terdekat dengan secepat mungkin.

Apa yang oleh anda lakukan untuk mencegah penularan HFMD?
HFMD sangat mudah berjangkit. Lakukanlah perkara-perkara ini sekiranya anak anda diserang HFMD:
  1. Jangan benarkan anak anda ke tempat-tempat awam
  2. Suruh semua orang di rumah agar selalu mencuci tangan dengan sabun
  3. Asingkan barang mainan, buku, pinggan mangkuk, tuala dan pakaian anak anda daripada anggota keluarga yang lain
  4. Beritahu pihak sekolah, tadika atau pusat asuhan dengan secepat yang mungkin. Mereka dapat memantau kanak-kanak yang lain dengan lebih teliti dan mengambil tindakan berjaga-jaga tambahan bagi mengelakkan penyakit ini menular.
  5. Jangan benarkan anak anda keluar rumah sehingga dia benar-benar pulih. Dapatkan nasihat doktor sebelum menghantarnya semula ke sekolah.

April 23, 2018

Tips Kekal Sihat di Musim Panas

9:00 AM 2
Tips Kekal Sihat di Musim Panas

Tips Kekal Sihat di Musim Panas
  • Banyakkan minum air kosong
  • guna kipas atau penghawa dingin untuk menyejukkan badan
  • Lebihkan masa berada di dalam ru,ah dan hadkan aktiviti luar
  • Pakai losyen pelindung suria (SPF 30 ke atas lebih baik)
  • Kurangkan minum minuman berkafien, alkohol dan bergula
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa penghawa dingin
  • Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh
  • Pakai topi atau payung untuk melindungi daripada pancara haba terus ke badan
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


April 22, 2018

Top 5 Homemade Skincare Tips For Glowing Skin

2:00 PM 3
Top 5 Homemade Skincare Tips For Glowing Skin
Image result for beauty tips and tricks

Top 5 Homemade Skincare Tips For Glowing Skin
  1. Beautiful skin begins with cleansing - Using a mild natural cleanser morning and night is essential. For a natural alternative mix raw honey with a teaspoon of milk. Warm for a few seconds in the microwave and apply all over the pace and neck. Wash it off with a warm water.
  2. Steaming is key - Steam your face once a week to get rid of toxins, blackheads and other blemishes. Adding oil to your skin type is a plus. Facial saunas help to clear the skin and restore a healthy glow.
  3. Homemade scrubs - Exfoliates the skin with homemade scrub once or twice a week. Mix virgin olive oilwith a bit of brown sugar. Rub very gently over the skin and remove with warm water. Splash your face with cold water to close pores.
  4. Always moisturize! - Using vegetable oils such as almond or rosehip is great to keep the skin hydrated and prevent wrinkles.
  5. Don't forget your facial mask! - Use a weekly facial mask aimed to your skin problem. Try this one: Mix 2 spoons of cream with a mashed banana and a vitamin E capsule. Apply over face and neck for 15 minutes and remove with a cloth soaked in tepid.
Source: www.skinkissable.com

Best Foods for Healing Wounds

8:33 AM 1
Best Foods for Healing Wounds

Best Food for Healing Wounds:
  1. Turmeric - speeds up healing process
  2. Drinking fresh fruits juices is a good remedy
  3. Sweet potatoes - help in quick wound healing
  4. Foods rich in iron, zinc or vitamin C are good remedies
  5. Dressing with honey - reduces inflammation and pain
  6. Diary products such as yogurt - speed up healing
Source: www.organicfacts.net

April 11, 2018

Best Foods For Healing Wounds

11:16 AM 2
Best Foods For Healing Wounds

Best Foods For Healing Wounds
  • Turmeric speeds up healing process
  • Drinking fresh fruit juices is a good remedy
  • Sweet potatoes help in quick wound healing
  • Foods rich in iron, zinc or vitamin C are good remedies
  • Dressing with honey reduces inflammation and pain
  • Dairy products such as yougurt speed up healing







April 9, 2018

Healthy Picks for Diabetics

11:52 AM 3
Healthy Picks for Diabetics

Healthy Picks for Diabetics.

Avoid!
  • Sweets - Lemonade, regular soda, sugar-sweetened teas.
  • Vegetables - Potatoes, peas, corn
  • Protien - Roasts, dark meats, bacon, sausage, fried meats
  • Fruit - Banana, melons, stone fruits
Enjoy!
  • Protien - Seafood, turkey, chicken, lean beef, dairy foods, beans, soy protien
  • Vegetables - Salad greens, carrots, zuchini, mushrooms, sweet potatoes
  • Sweets - Whatever you desire in a small quantity
  • Fruit - Berries


April 4, 2018

10 Makanan Untuk Hati

10:09 AM 3
10 Makanan Untuk Hati

Apa sahaja bahan berbahaya yang masuk ke dalam badan anda, ia akan diproses oleh hati. Oleh itu, ia sangat penting untuk menjaga kesihatan hati anda dengan baik. Berikut di senaraikan 10 makanan yang baik untuk organ hati anda.

Bawang Putih
Suka atau tidak, bawang putih mengandungi banyak bahan yang baik untuk hati anda. Ia kaya dengan selenium yang membantu untuk meningkatkan kesan antioksidan dan menyahtoksinkan badan anda. Bawang putih juga mengandungi arginina dan asid amino yang memabntu merehatkan saluran darah dan mengurangkan tekanan darah di dalam hati. Di samping itu, ia juga mengandungi vitamin B6 yang bertindak sebagai ejen anti-radang dan juga vitamin C yang bertindak sebagai pelindung utama badan anda daripada pengoksidaan sel dan kerosakan.

Minyak Zaitun
Minyak Zaitun dara dapat membantu hati anda jika diambil secara sederhana. Ia mengandungi asas lipid yang membantu membuang toksin dalam badan sekaligus membantu organ hati anda dalam menlaksanakan tugasnya.

Herba Dan Sayuran
Ia telah terbukti bahawa sayuran hijau dapat melindungi hati, meneutralkan logam, bahan kimia dan racun perosak yang terkandung dalam makanan yang anda ambil atau dari kawasan sekitarnya. Sayur Arugula, bayam dan chicory dapat meningkatkan aliran hempedu yang berfungsi untuk membuang sisa toksin dari badan. Ubi pula dapat membantu membersihkan darah secara semulajadi dan meningkatkan proses hati dan membantu menjana nutrien. Brokoli, cauliflower, dan Brussels serta sayuran lain dapat membantu organ hati anda menghasilkan enzim untuk membuang toksin.

Teh Hijau
Teh hijau pula kaya dengan antioksidan. Saintis juga percaya bahawa teh hijau dapat membantu melindungi badan daripada pelbagai jenis kanser.

Limau Gedang
Limau gedang bukan sahaja mengandungi banyak vitamin C tetapi juga glutathione yang dihasilkan oleh organ hati. Limau gedang dapat membantu dalam penanaman dan pemulihan tisu, kimia dan pengeluaran protein dan juga pemulihan sistem imun. Limau gedang juga mengandungi lebih daripada 70 mg glutathione yang membantu organ hati untuk menghasilkan enzim detofikasi.

Walnut
Sama seperti bawang putih, walnut mengandungi arginine serta glutathione dan asid lemak omega 3 yang menyokong fungsi detoksifikasi hati. Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan dan lemak tak tepu yang sihat yang dapat menghalang lemak dari terkumpul di dalam hati. Lemak yang sihat adalah perlu untuk mewujudkan sel membran yang kuat di sekitar sel hati.

Epal
Epal pula kaya dengan pektin yang amat penting untuk membersihkan badan dan membuang toksin dari saluran pencernaan dan turut membantu mengurangkan beban pada organ hati.

Serbuk Kunyit
Bahan aktif utama yang terkandung dalam kunyit ialah curcumin, antioksida dan agen anti-radang yang membantu untuk melindungi salur hempedu, mempercepatkan aliran hempedu dan membersihkan hati. Curcumin juga dikatan dapat meremajakan sel hati, mencegah toksin dan alkohol daripada menjadi sebatian berbahaya. Tambahkan sedikit kunyit ke dalam masakan anda bukan sahaja untuk jadikan ia lebih sedap tetapi juga memberikan manfaat kesihatan anda.

Lemon Dan Limau
Lemon dan limau adalah antara buahan yang mengandungi banyak vitamin C dan juga terkenal sebagai buahan yang dapat menjadikan bahan toksin ke dalam sebatian larut aur yang mudah dikeluarkan dari badan. Minum segelas air lemon atau jus limau untuk merangsang organ hati anda.

Avocado
Avocado adalah sejenis makanan yang juga baik untuk organ hati anda. Oa mengandungi glutathione, vitamin C dan E yang bertindak sebagai antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas dan melindungi sel hepatik daripada rosak. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin E dan K yang mempunyai unsur anti-radang yang dapat melindungi organ hati daripada kesan yang berbahaya. Lemak sihat yang terkandung dalam avokado juga boleh mengawal tahap kolestrol.




March 7, 2018

Apa Itu Darah Tinggi?

9:10 AM 4
Apa Itu Darah Tinggi?

Apa itu darah tinggi?
Darah tinggi bermakna apabila bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140mm Hg atau lebih dan atau diastolik 90mm Hg atau lebih mengambil ubat darah tinggi.
BP > 140mmHg /> 90

Pemeriksaan darah tinggi
  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Pemeriksaan jantung seperti echocardiography (ECG), & X-Ray dada
  • Pemeriksaan mata
Komplikasi
 - Penyakit jantung koronari
 - Strok / angin ahmar
 - Kegagalan fungsi buah pinggang

30% daripada populasi rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai tekanan darah tinggi. Kajian tinjauan kebangsaan kesihatan dan morbiditi 2015.

Cara menurunkan tekanan darah dan mengawal darah tinggi
 - Amalkan cara hidup sihat dengan bersenam secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
 - Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Kurangkan garam dan lemak
 - Makan ubat darah tinggi mengikut nasihat doktor

Faktor risiko penyakit darah tinggi
 - Berat badan berlebihan dan obes
 - Umur semakin meningkat
 - Merokok
 - Tidak bersenam
 - Stress dan tekanan.


March 2, 2018

Foods You Should Eat Everyday

9:30 AM 4
Foods You Should Eat Everyday

Foods You Should Eat Everyday

1/ Garlic - anti-bacterial, anti fungal, anti-viral and antiseptic properties
2/ Tomatoes - rich in vitamin C
3/ Avocado - lower your cholestrol
4/ Hemp seeds - hemp seeds are a complete protien
5/ Spinach - Anti-inflammatory
6/ Kale - high in iron
7/ Cucumbers - hydrate the body
8/ Grapefruit - boost liver function
9/ Peppers - loaded with antioxidants

February 8, 2018

Menjaga Kesihatan Mengikut Cara Nabi

8:30 AM 3
Menjaga Kesihatan Mengikut Cara Nabi
Image result for info kesihatan wanita

Menjaga Kesihatan Mengikut Cara Nabi

- Selalu bangun sebelum subuh
- Aktif menjaga kebersihan
- Tidak pernah makan berlebihan
- Gemar berjalan kaki
- Tidak pemarah
- Optimis dan tidak putus asa
- Tidak pernah iri hati
- Pemaaf

January 24, 2018

Cara Rasulallah SAW Menjaga Kesihatan Diri

9:00 AM 2
Cara Rasulallah SAW Menjaga Kesihatan Diri

Cara Rasulallah SAW Menjaga Kesihatan Diri
1/ Bangun sebelum Subuh
2/ Aktif menjaga kebersihan
3/ Tidak pernah makan berlebihan
4/ Gemar berjalan kaki
5/ Tidak pemarah
6/ Optimis dan tidak putus asa
7/ Tidak iri hati
8/ Pemaaf

December 14, 2017

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri

8:30 AM 2
Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri
Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri
  • Bangun sebelum subuh
  • Aktif menjaga kebersihan
  • Tidak pernah makan berlebihan
  • Gemar berjalan kaki
  • Tidak pemarah
  • Optimis dan tidak putus asa
  • Tidak iri hati
  • Pemaaf


December 5, 2017

Apa itu Gout

11:29 AM 1
Apa itu Gout

Apa itu gout?
Gout merupakan sejenis penyakit akibat kegagalan metabolisme purin di dalam badan. Gout terjadi apabila kandungan asid urik dalam darah meningkat (melebihi 7.5mg/dL). Ini terjadi kerana tubuh menghasilkan asid urik dan asid urik di dalam badan tidak dibuang dengan berkesan.
Serangan gout sering terjadi dikalangan:-
  1. Lelaki berusia 30 tahun ke atas,
  2. Wanita putus haid (menopause)
  3. Mempunyai sejarah keluarga mengidap gout,
  4. Orang yang minum alkohol berlebihan,
  5. Stress, dan
  6. Mengidap penyakit tertentu seperti leukimia.
Tanda-tanda anda mengidap gout ialah:-
  • Rasa panas, sakit, bengkak dan kemerahan pada sendi terutamanya pada sendi kaki,
  • Kesakitan yang bermula pada waktu malam dan tidak boleh tidur,
  • Kawasan kulit pada sendi yang terlibat menggelupas dan kadangkala gatal, dan
  • Demam.
Apakah diet untuk pesakit gout?
  1. Minum banyak air - Pengambilan cecair yang banyak iaitu 2 hingga 3 liter sehari boleh membantu menyingkirkan asid urik, mencegah pembentukan batu karang dan mencegah kerosakan buah pinggang. Ini kerana kandungan air yang banyak dapat mengurangkan asid urik dalam badan dan seterusnya membantu menyingkirkan asid urik dalam badan
  2. Turunkan berat badan - Obesiti seringkali dikaitkan dengan penyakit gout. Penurunan berat badan mestilah berlaku secara berperingkat kerana penurunan berat badan yang mendadak akan menaikkan aras asid urik dalam badan.
  3. Elakkan makanan tinggi purin - Pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi perlu dielakkan. Sumber protien yang digalakkan adalah ikan dan produk protien yang lain seperti tofu dan telur. Daging merah seperti daging lembu mempunyai kandungan purin yang tinggi.
  4. Elakkan pengambilan alkohol - Pengambilan alkohol merupakan faktor risiko yang biasa dalam serangan akut gout. Pengambilan alkohol yang berlebihan akan mengakibatkan pengumpulan asid laktik yang akhirnya menghalang fungsi buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik.


November 21, 2017

Botanic Health Citrus dan Lynnity Relief Essential Oil Produk Kesihatan Keluaran Lynnity

4:06 PM 0
Botanic Health Citrus dan Lynnity Relief Essential Oil Produk Kesihatan Keluaran Lynnity


Botanic Health Citrus dan Lynnity Relief Essential Oil Produk Kesihatan Keluaran Lynnity l Siapa dekat sini ada masalah bertambah berat badan dan lutut tu mulalah rasa macam tak boleh nak menampung berat korang? Sebenarnya masalah ni KJ sendiri yang alami. 

Sakit dia terasa sangat bila nak solat. Mula-mula terfikir mungkin sebab KJ kurang kalsium, tapi dah minum susu pun masih sama juga. Nak menangis rasanya bila susah sangat nak berdiri semula lepas sujud.

Dan disaat lutut ni masih lagi sakit, sampai pula produk yang sangat-sangat KJ perlukan. Produk keluaran dari Lynn Exclusive iaitu Botanic Health Citrus. Sebelum kita cuba, jom kita tengok dulu apa kebaikan yang akan kita dapat dari produk ni.


Manfaat Botanic Health Citrus.
  • Meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
  • Membaikpulih & mengekalkan kesihatan tulang & rawan
  • Mengurangkan kesakitan & keradangan.
  • Meningkatkan dan mengekalkan pergerakan fizikal
  • Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan kesihatan kardiovaskular
Kandungan
Delima, manggis, alga, Orthosiphon  (misai kuching), Lithothamnion Rumpai Laut, hitam halia, asid askorbik, bran oat, benih Chia, l-arginine, taurina.

Testimoni dari KasihJuju
Dan testimoni daripada KJ sendiri, minuman ni betul-betul dapat mengurangkan sakit lutut KJ. Rasa seronok sangat bila KJ dah boleh solat macam biasa. Tak macam orang tua dah. Nak bangun lepas sujud tu pun lancar je.


Syukur sangat-sangat. Dan harini KJ nak seru korang yang ada masalah sakit lutut, cubalah minuman ini. Mana yang ada ibu atau bapa yang sakit lutut pum boleh cuba sekali.


Bau minuman ni macam bau tepung gandum. Rasa dia pulak errr kurang sedap sikitlah. Tapi dah nama pun minuman kesihatan, mana ada yang sedap. Jadi kalau nak sihat kenalah minum juga. Semoga hilang kesakitan yang KJ tanggung sekarang. InshaAllah..

Dah alang-alang kita bercerita pasal produk dari Lynnity ni, apa kata KJ kenalkan dekat korang satu lagi produk yang paling KJ suka. Produk tu ialah Lynnity Relief Essential Oil.

Minyak ni fungsi dia sama macam minyak angin, tapi yang menarik hati KJ adalah packaging dan bau dia. Kalau nak tau cemana rupa bentuk dia boleh tengok gambar dekat bawah ni.


Dan bau dia pulak pergh, kemain sedap lagi dekat hidung KJ ni ha. Rasa nak pakai je setiap masa. Kebetulan KJ memang tak sihat haritu, memang minyak ni jadi teman setialah. Comel sangat kan ada bunga dua kuntum dekat dalam tu. Minyak ni wajib ada dalam handbag tau. Saiz dia yang comel boleh di bawa kemana sahaja.

Kegunaan untuk lelaki:
  • Apply on hand, arm, feet & knees before and after exercise.
  • Rub on Shoulder & lower back muscles after a day of heavy lifting at work or during a move.
  • Rub over your heart, temples, or wrists to elevate energized mood and promote vitality.
  • After a long, stressful day, rub on temples before driving to help relieve of stress.
Kegunaan untuk wanita:

  • During your menstrual cycle, apply to abdomen to experience a soothing and calming massage.
  • During moments of heat, apply to the skin for a cooling, soothing effect.
  • Diffuse for a calming aroma that helps soothe heightened emotions.
So kalau korang nak dapatkan produk ni boleh ke:

Facebook : Lynnity
Website :  Lynnity

Instagram LynnityHealth



October 31, 2017

7 Langkah Ke Arah Jantung Yang Sihat

9:30 AM 3
7 Langkah Ke Arah Jantung Yang Sihat

7 Langkah Ke Arah Jantung Yang Sihat
  1. Makan secara sihat
  2. Tingkatkan aktiviti fizikal
  3. Katakan "TIDAK" pada rokok
  4. Kekalkan berat badan yang unggul
  5. Ketahui paras tekanan darah anda
  6. Kendalikan stress dengan bijak
  7. Hidup sihat tanpa alkohol


October 30, 2017

Gejala Diabetes

9:00 AM 1
Gejala Diabetes

Gejala Diabetes
  1. Kerap dahaga
  2. Kerap lapar
  3. Kerap membuang air kecil
  4. Keletihan
  5. Pengurangan berat badan
  6. Penglihatan kabur
  7. Kebas pada tangan dan kaki


October 29, 2017

9 Makanan Perlu Dielakkan Sebelum Tidur

9:30 PM 2
9 Makanan Perlu Dielakkan Sebelum Tidur

9 Makanan Perlu Dielakkan Sebelum Tidur
  1. Kopi - menyukarkan anda tidur
  2. Coklat - menimbulkan rasa lapar
  3. Keju - memberi gangguan terhadap perut
  4. Makanan pedas - boleh menyebabkan heartnurn dan sukar tidur
  5. Kek, ais krim dan biskut - gula darah meningkat dan menambahkan tenaga
  6. Burger - Menambahkan kalori dan lemak
  7. Biji-bijian - membuatkan perut tidak selesa sepanjang malam
  8. Soda - mengakibatkan sakit jantung dan diabetes
  9. Kentang goreng - meningkatkan kolestrol dan kegemukan


October 28, 2017

4 Tips Kesihatan dari Nabi Muhammad S.A.W

10:00 AM 2
4 Tips Kesihatan dari Nabi Muhammad S.A.W

4 Tips Kesihatan dari Nabi Muhammad S.A.W

1/ Jangan minum berdiri.
Nabi menggalakkan kita untuk minum dengan keadaan duduk. Ini kerana dalam tubuh kita terdapat penapis di pangggil sfringer. Saringan tersebut terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk dihadam oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak dapat disaring oleh sfringer akan terus masuk ke pundi kencing, dan boleh menyebabkan penyakit batu karang.

2/ Jangan meniup air minuman yang panas.
Nabi juga melarang meniup air minuman yang panas. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (co2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air minuman maka co2 itu akan larutdidalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yang menyebabkan penyakit jantung dan masalah perut tidak selesa.

3/ Mandi sebelum waktu subuh.
Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.

4/ Jangan makan berselang-seli dengan minum air.
Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.