Kasih Juju: kluang
Showing posts with label kluang. Show all posts
Showing posts with label kluang. Show all posts

May 3, 2018

Celebrating 5th Wedding Anniversary at Secret Recipe Kluang Mall

9:14 AM 9
Celebrating 5th Wedding Anniversary at Secret Recipe Kluang Mall
Assalamualaikum korang, 

Tanggal 27 April 2018 yang lepas  genaplah ulangtahun perkahwinan yang ke 5 tahun Juju dan suami. Alhamdulillah, dah 5 tahun melayari bahtera bersama. Sejak dah duduk dekat ni setiap tahun kami akan celebrate tarikh ni. Selalu sambut pun dah terlepas tarikh. Bukan setiap tahun dapat sambut on time. Hehe.

Kali ni Juju pilih Secret Recipe untuk lunch kami. Tidaklah romantik mana pun. Cukuplah untuk meraikan hari kami ni kan. Suami jenis tak suka membazir, tapi kalini Juju bawa juga makan dekat sini. Sesekali je kot. Eh! Sesekali ke? Nanti hari jadi dia, hari jadi Juju, hari jadi dak Firash? Pun dekat sini juga. Hahaha..

Menu yang Juju pilih sama je dengan suami. Wajiblah ada nasi. Hehe. Cuma suami punya blackpepper dan Juju punya mushroom. Boleh suap dak Firash sekali. So kami pilih grilled black pepper chicken dan grilled mushroom chicken. Dihidangkan bersama nasi herba dan garden salad. Untuk dak Firah pula Juju orderkan Kid's cheesy fish and chips. 2 ketul kepingan ikan dengan filling cheddar chesse dihidangkan bersama kentang goreng. Yumms.
Grilled mushroom chicken

Kid's cheesy fish and chips

Bagi pilihan air pula Juju pilih apple lemon fizz, suami punya watermelon juice dan untuk si Firash pula Milo shake. Katanya menu baru dekat sini.
Milo shake
Apple lemon fizz
Watermelon juice 
Suami kata sedap. Tu maksudnya kena dengan tekak dia. Suami ni memang cerewet sikit kalau bab makanan. Tapi kedai macam ni kalau dia masak tak sedap memang takdalah dia berani buka banyak cawangan kan kan kan. So, next special date boleh makan dekat sini lagi. Yeay.

Last but not least, macam tak lengkap pula sambut anniversary takda kek kan, so Juju tak beli kek dekat Secret Recipe ni. Sebab Juju lagi suka kek dekat kedai biasa. Hehe.

Kek anniversary
Kek ni Juju beli dekat kedai Milky, Bandar Kluang. Dulu ada kedai S.D.S, tapi branch Kluang dah tutup. Huhu, sadis sungguh. Tapi kek Milky ni pun sedap juga tau. Kek yang Juju pilih ni brownies, ade krim cheese dekat dalam dia. Serius sedap wey.

Okkaylah, sampai sini dulu. Jumpa lagi.
Wassalam





April 17, 2018

Kursus Rancangan Perniagaan Kewangan dan Pemasaran

7:22 PM 2
Kursus Rancangan Perniagaan Kewangan dan Pemasaran
Kursus Rancangan Perniagaan Kewangan & Pemasaran

22 April 2018 (Ahad)
📍 Primecity Hotel, Kluang
🚗 [Waze] "Prime City Hotel"
⏰ 8.30 Pagi - 5.00 Petang

**Percuma & Terhad kepada 100 usahawan Johor sahaja

Event oleh Perbadanan Islam Johor x EDC Of Johor

Facebook Page Perbadanan Islam Johor (Link),
https://www.facebook.com/islamic.corp/

Facebook Page EDC of Johor (Link),
https://www.facebook.com/EDCOfJohor/

Instagram [@edcofjohorofficial]

#JohorEventApril #KeusahawanJohor

Source: fb page Visit Johor

October 12, 2017

10 TEMPAT MAKAN BEST YANG MESTI CUBA DI KLUANG!

2:00 PM 5
10 TEMPAT MAKAN BEST YANG MESTI CUBA DI KLUANG!
10 TEMPAT MAKAN BEST YANG MESTI CUBA DI KLUANG!

Kluang memang terkenal dengan Kluang Man! hahaha kartun Kluang Man sgt top zaman 90an! tp kt Kluang juga top dengan makanan! jom try :

1. Nasi Daun Pisang Restoran NSM yang terletak di jalan menghala ke stesen keretapi. Ia adalah masakan India yang dihidangkan di atas daun pisang tanpa berlapikkan pinggan.

2. Char Kuey Teow Ketam Kluang pula terdapat di Batu 4, Jalan Mersing, Taman Makmur, Kluang.

3. Makan tengahari di Nasi Gulai Kawah & Asam Pedas Haji Ishak yang terletak di Perumahan Flat Haji Manan. Jika anda lambat, gulai akan kehabisan kerana pelanggannya ramai sekali.

4. Singgah di Kluang Rail Coffee, terbina di stesen kereta api KTM Kluang. Kopitiam ini terkenal dengan kopi yang diproses sendiri dan mendapat persijilan Halal dari JAKIM. Roti bakarnya, Inti kaya pula diproses sendiri. Sgt top!

5. Restoran Ikan Asam Pedas “Peranakan Flavors” Jalan Lim Swee Sim, Kluang 86000, Malaysia

6. Lontong Goreng Meletop  “Fried rice cube “the best lontong goreng” No 3 Jalan Manis, Kluang 86000, Malaysia / Lontong goreng  No 3,Jalan Manis, Kluang.

7. Nasi ujang dkt lokasi traffic light kg melayu /Nasi Ujang railway station..

8. Mee Bandung Pak Atan Kg Melayu Kluang, yg ni org kluang semua tahu.. Memang top kt kluang

9. Western di Dapur JW, No6 Jalan Persiaran Dato' Haji Ismail HassanKluang 86000, Dapur JW Berada Bersebelahan Klinik Sri Mutiara Sebaris Bank Muamalat Berdepan Prime City Hotel.

10. Murtabak Cheese No 16 Jalan Ciku, 86000, Kluang ,Johor Di tengah Bandar Kluang, sebaris Pasaraya Sakan.
Perkongsian dari Facebook

May 31, 2017

Pasarayaku Benut : Boleh ke tukar baju yang dah dibeli?

10:39 AM 6
Pasarayaku Benut : Boleh ke tukar baju yang dah dibeli?
Assalamualaikum semua, salam ramadhan hari ke 5.

Haritu masa KJ balik kampung, KJ sempat jugalah singgah di Pasarayaku nak survey baju raya si Firash. Eh, macam tak percaya je nak survey je. Haha, dah beli dah pun. Punyalah seronok shopping 1 ramadhan. Tak payah nak berebut pun tau. Boleh pilih baju dengan aman.

Masa ambil saiz si Firash tu KJ tak pakaikan pun dekat dia. Cuma ukur dari luar je. Agak-agak ngam tak panjang sangat KJ pun terus bawa pergi kaunter dan bayar.

Bila dah balik rumah Kluang barulah terhegeh-hegeh na try dekat si Firash. Sekali senteng la pula. Dah satu kerja nak kena pergi tukar balik. Dahlah Pasarayaku tu dekat kampung. Ada peluang ni nak buka dekat kampung. Muehehe..

Kampung KJ dekat Benut. Jarak dari Kluang nak ke Benut cuma makan masa sejam je. Bulan puasa ni kan dapat balik awal. Sampai rumah pukul 5 tu solat asar, terus gerak balik kampung. Punyalah seronok, sampai mandi pun nak kat kampung. Haha.. teruk betul perangai.

Dah sampai kampung, salam-salam dulu. Lepas tu mandi. Barulah boleh gomol si budak kedekut senyum ni. Serius memang mahal senyuman dia. Tak tau nak kena bayar dengan apa.



Hah, nampak tak? Semua gambar tu dia tak senyum. Mahal sangat senyum dia. Kalau dia senyum pun sikit je. Betul-betul punya sikit. Haha, Aisyah ni anak adik yang bawah KJ. Belum setahun pun lagi umur dia.

Lepas buka dan solat Maghrib dekat rumah atok, terus serbu Pasarayaku. Dekat sini boleh tukar baju yang kita dah beli dengan syarat segala tag yang dia dah letak tu kita tak buka dan dalam masa 3 hari. KJ pun memang dah sedia maklum pasa tu. Sebab tu masa si Firash nak tarik tag tu KJ tak bagiPasaraya

Semalam adalah hari yang ke tiga. Sebab tu gigih juga balik kampung. Nasiblah kan kampung tu dekat je. Kalau tak dah boleh bagi je dekat siapa-siapa yang muat.

Kalau dah masuk sini kau ingat boleh terus keluar? Tu hah bos kecik awal-awal lagi dah kata nak mainan. Dia nampak pulak Spiderman dik bersusun dekat rak. Makin meronta-rontalah dia nak bawak balik sekali Spiderman tu. Nasib baik murah. Ambillah nak. Mama bayar. Sengih sepanjang jalan.

Tulah kaler baju raya dua beranak tu. Sebenarnya KJ punya baju raya dah siap jahit. Dah Menteri Kewangan a.k.a encik suami kata mata dia berkenan warna tu untuk raya tahun ni jadi kita layankan ajelah. Pandailah nanti KJ cari tudung yang kaler sedondon denga dua beranak ni.

Baju raya korang kaler apa tahun ni?

Terima kasih sudi baca. Wassalam.

May 12, 2015

Muhammad FIrash Warded Lagi

4:54 PM 4
Muhammad FIrash Warded Lagi
Assalamualaikum semua.

Hari Rabu minggu lepas, suami bagitau si domok Firash punya nafas berbunyi kuat. Dalam hati agak mesti semput die nak datang balik. Risau sungguh masa tu. Maklumlah, tak dapat nak sama-sama pantau pernafasan dia. Penyudahnya petang tu suami hantar gambar kat bawah ni.
Ha korang jangan tertipu dengan keaadan tenang firash ambil neb tu. Sekejap je tengangnye tu. Lepas tu meronta-ronta tak mau sedut asap tu.

Malamnya suami bawak pulak pergi hospital. Tu pun lepas mak mertua desak sebab tengok firash dah nak sesak nafas. Amik neb 2 kali. Tengok nafas masih lagi laju. Penyudahnya kena tolak ke ward ler. Terpaksalah encik suami tu jaga anak dekat hospital. Mamanya tak berani nak drive malam-malam dari KL ke Kluang. Bahaya wooo. Karang kena follow ke, kena baling telur ke, naya je kan. Dah lah sensorang. Huhuhu.. Tak lena tidur dibuatnya.

Besoknya SukaGelak masuk ofis dulu inform bos nak cuti. Pukul 9 pagi gerak balik. Pukul 12.30 jugak sampai hospital. Bukan sebab jalan sesak. Memang nak tunggu waktu melawat.
Sampai-sampai jek tengok firash tengah amik neb. SIap tidur nyenyak lagi tu. Mak mertua cakap dari pagi dia tak tidur. Nak main je. Dah tengahari tewas jugak akhirnya. Encik suami tukar syif dengan mak dia sebab mata dah tak tahan katenye. Mengantuk giler sebab tak dapat tidur.

Untuk pengetahuan korang, ni kali kedua firash warded. Masa mula-mula dulu 8 hari woi tidur spital. Ting-tong kepala jadinya. Tapi demi kesihatan anak, tak pe lah. Mama buat apa je janji firash sihat. Meh layan gambar firash kat spital meh.

Bukan main aktif lagi. tapi ruang nak golek-golek tak cukup luas. kepala asyik terhantuk besi je. hehe.. nak buat macam mana. awak tu 'gembeng' sangat.

Hari Jumaat dah boleh discharge. alahai, mamalah orang yang paling happy. dapat tidur atas katil. yahoo.. hahaha. disebabkan firash budak baik, mendengar kata, mama upah jalan-jalan pergi kenduri kawen dengan pergi Jusco Tebrau. Harap-harap lepas ni anak mama tak masuk hospital dah. sembuh sepenuhnya. InsyaAllah, amin.
Terima kasih sudi baca.
jumpa lagi.
wassalam.

October 10, 2012

Wordless Wednesday #7 - Rombongan Menikah

4:06 PM 17
Wordless Wednesday #7 - Rombongan Menikah

Ini gambar mase menghantar adik Encik Tunang menikah.

Err, nampak tak muka tak ikhlas tu..
Tak nampak kan..
50/50 jek nak pegi. 
Maklumlah, patutnye kitorang menikah dulu.
Tapi.........

Tak yah cite la ek..
Simpan jek dalam hati :)
Peace (^.^)v

Wassalam.