Kasih Juju: kuantan

Showing posts with label kuantan. Show all posts
Showing posts with label kuantan. Show all posts

May 18, 2017

My Best Friend Big Day

Sambungan entri Pantai Teluk cempedak hari tu ye.

Sebenarnya tujuan utama kami sekeluarga ke Kuantan adalah untuk menghadiri majlis pernikaha kawan baik KJ. Dah alang-alang sampai Kuantan tu kan, wajiblah jalan-jalan dulu.
Sebahagian daripada ahli jemaah yang ikut ke Kuantan haritu. Pergi 2 kereta penuh. Ha.. Nasiblah nak. Carilah keselesaan sendiri dalam kereta tu. Gerak ramai-ramailah baru meriah. Walaupun macam-macam ragam nak kena hadap, tapi itulah kehidupan.

First of all, KJ nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada BFF KJ, Liha di atas pernikahan beliau bersama jejaka pilihan hati. KJ doakan semoga ikatan pernikahan yang dibina ni akan kekal sampai bila-bila. Semoga kuat dan senang menghadapi dugaan yang mendatang.

Oh my god, too emotional nak bagi ucapan panjang-panjang. Rindu dekat sahabat baik KJ ni. Dia baik sangat dengan KJ. Sayang betul nak lepaskan dia. Haha. To Liha's Husband, please please please take a good care of her.






Sumanya cantik kan. Pelamin cantik, pengantin cantik, hand bouquet cantik, kawan pengantin cantik. Eh.. Hahaha.. Terlajak pula. Majlis dia sederhana je. Nikah pagi tu terus sanding. Takda acara tukar-tukar baju pun. Jimat!

Hurm, lepas ni kalau kena turun KL terpaksalah sewa hotel. Dah tak boleh nak stay rumah Liha. Kena cari masa nak spent time together nih. Banyak benda nak cerita. Jumpa haritu pun sekejap je. Pengantin sibuk.

Tibalah masanya KJ berangkat pulang. Tak sempat nak jumpa BFF yang lagi sorang. Lambat sangat dia sampai dari Klang. Terpaksa balik awal sebab perjalanan kami jauh. Budak-budak pula nak sekolah besok. KJ dah siap ambil cuti awal-awal dengan encik suami. Memang badan letih betul.

Tengok muka budak-budak tu. Nak berkinja-kinja dalam kereta pun dah tak larat dah. Semua dah kehabisan bateri. Kalau tak, takdanya tudung KJ boleh terletak elok macam tu. Senget benget dikerjakan budak berdua tu. Huhu.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign