Kasih Juju: legoland

Showing posts with label legoland. Show all posts
Showing posts with label legoland. Show all posts

September 25, 2017

5th Brick-Versary Legoland Malaysia Theme Park

Hai korang,

Lepas kitorang dah kenyang mengisi perut dekat KFC Medini Mall, kami tak terus ke Theme Park. Sebabnya kena tunggu hujan teduh dulu. Sedih betul tengok hujan turun mencurah-curah. Dan akhirnya hujan pun berhenti lebih kurang pukul 2.15 petang. Bukannya kami tak standby payung, tapi hujan tu lebat sangat. Risau pula kalau si Firash demam nanti. Kalau mak dia yang demam takpe lagi. Tak sampai hati wey tengok anak tu melepek je nanti.

Sampai je dekat tempat scan tiket tu, korang kena beratur dulu. Dan sekali lagi beg korang akan diperiksa. Masa ni KJ dah simpan beg yang berisi baju basah masa mandi dekat water park. Tak sanggup si suami nak mengangkut beg tu ke hulu-hilir.

Loker simpan beg ada di sediakan di sebelah kiri pintu masuk theme park. Kadar loker tu RM20.00 untuk 1 hari. Ada juga untuk 3 jam. Kalau tak silap KJ dalam RM15.00. Tapi KJ pilih yang 1 hari punya. Sebab dah plan nak keluar dari Theme Park pukul 7 malam. Kemain lagi kan.

Dekat sini ada juga disediakan perkhidmatan sewa stroller baby. Tapi bayarannya agak mahal. RM106.00. Dan bila nak pulangkan semlua stroller tu pihak Legoland akan bayar semula RM50.00. Errr, marilah kita membawa stroller sendiri. Lagipun korang boleh seludup makanan dalam stroller tu. Shhhh... Jangan bagitau siapa-siapa tau. Ini rahsia.


Okeh, dalam pada menunggu kak Eda berfikir-fikir nak sewa stroller ke tak kami terserempak dengan Blogger Serikanditanahjauhar a.k.a Kak Seri. Kemain lagi kak Seri ni dengan topi dan spek mata besar dia tu. Macam nak berkelah tepi pantai.

Dari kiri: KJ, Kak Seri, Mama Maszull, Kak Eda, Wife blogger Onlajer.com, Bro Onlajer aka Hj Yazid dan anak-anak. Kak Hernee wakilkan bujang dia je yang muka masam pakai baju warna biru gelap tu :P
Tak sempat nak bergambar dengan Kak Lin, entah kemana dia menghilang lepas dah masuk dalam theme park ni. Memang tak nampak batang hidung langsung. Kalau tau dia menghilang mesti dari awal masa jumpa dekat kaunter tiket KJ dah ajak bergambar dah. Sama juga dengan blogger Dilah. Dah lah first time jumpa. Ruginya wei. Kena buat event lagilah macam ni. Hehe.

So dari pintu masuk theme park ni kami menghala ke sebelah kanan dulu. Kononnya nak naik keretapi sebelum menjelajah ke tempat lain, tapi wife blogger onlajer dah panggil kitorang untuk tengok LEGO Ninja Go Live Show. Makanya berlari-lari anaklah kami mengejar waktu tayangan.

Pertunjukan ni berlangsung selama 20 minit dengan menampilkan Bunraku, iaitu persembahan boneka gaya tradisi masyarakat Jepun. Boneka ini diperbuat daripada EVA foam, plastik, aluminium, carbon fibre dan fabrik.

1 boneka dikawal oleh 2 orang craftsmen. Sorang kawal bahagian kepala dan seorang lagi kawal bahagian-bahagian lain di badan. Karekter yang dimainkan di sini ialah Kai, Nya, Zane, Cole, Jay dan Lloyd berdasarkan siri asal yang memang popular di Jepun.

Dekat sini korang akan rasa pengalaman jatuh dari kapal terbang. Korang juga akan dapat merasai angin yang kuat. Mana-mana yang pakai skirt tu jaga-jaga. Takut tersingkap pula kain nanti. Efek angin je ya. Efek jatuh tak de. Hehe.

Lepas tengok Ninja Go Live Show ni barulah kami bergerak ke tempat menunggu keretapi. Jenuh jugalah menunggu keretapi ni sampai. Dah memang pilih tarikh cuti umum kan. Jadi silalah bertabah bila terpaksa beratur panjang sementara menunggu keretapi ni sampai.
Dan tibalah turn kami naik keretapi ni. Nampak tak tempat parking stroller tu? Tinggal je barang-barang kat situ. InsyaAllah selamat. Tapi jangan pula korang tinggalkan handbag. Memang mencari nahas namanya tu.


Dapat pusing se'round, kami terus bergerak ke Land of Adventure. Dekat sini KJ tak masuk pun. Sebab dah nampak umat manusia beratur panjang sampai ke luar. KJ pun meneruskan perjalanan ke LEGO Ninja Go World.
https://www.instagram.com/p/BZLDgXsFXwP/?taken-by=aida_yusof81
Kalau tengok dari luar tak nampak pun macam ramai orang. Sekali bila dah masuk dalam sama jugala kisahnya. Ramai hoi. Tapi tempoh menunggu tu takdelah lama sangat. masih boleh diterima lagi. Sambil tunggu sambil belajar cara-cara nak lawan penjahat. Hehe.. KJ teruja betul. Si Firash lagilah seronok. Ayah dia pula konon tak nak main. Sekali dia yang senyum meleret. Kahkah.

Cara nak main permainan ni korang cuma perlukan pergerakan tangan. Nanti akan keluarlah efek api, petir dan ais. Kena pakai spek 3D tau dekat dalam ni. Barulah feel nak lawan penjahat tu semua.

Lepas keluar jangan lupa snap pic gambar yang korang dapat cepat-cepat sebelum skrin bertukar untuk orang lain pula. Tapi pihak Legoland pun ada juga snapkan gambar masa korang tengah beraksi. Harga dia RM 60.00 sekeping. KJ tak beli pun.

Destinasi seterusnya kami ke The Observation Tower. Lebih kurang macam Menara Taming Sari. Boleh nampak keseluruhan Legoland dari atas. Sempat jugalah KJ buat live dekat Facebook.

Kalau korang nak tau, Observation Tower ni boleh memuatkan sehingga 1000 visitor setiap jam dengan ketinggian 41 meter dari atas tanah. Kalau korang gayat atau kata lainnya takut tinggi, korang tengok atas jelah. Tapi rugi tau kalau tak tengok bawah. banyak view cantik-cantik.

Buntang mata si Firash masa nak naik. Haha. Geli agaknya perut dia. Pengalaman pertama untuk si Firash. Nanti dah sekolah boleh pergi dengan kawan-kawan pula ye.


Lepas tu kami terus ke Miniland. Tak sanggup rasanya nak singgah dekat Lego Kingdom. Dekat Lego Kingdom ni ada The Dragon Roller Coaster. Tak rasa macam nak cuba pula naik roller coaster tu (sebenarnya KJ penakut). Okeh, bye bye roller coaster.

Jom tengok gambar-gambar dekat Miniland pula.
Singapore Riverside Point


Eye On Singapore
Bangunan Sultan Ibrahim

Dataran Bandaraya JB

Bangunan PNB KL

Menara Kuala Lumpur
Rooftop Symphony KLCC
Pasar Seni, Kuala Lumpur
Dekat setiap replika bangunan di Miniland ni, semua ada tiang hijau macam gamabr last yang si Firash duk tekan butang dia tu. Bila korang tekan butang tu, akan keluar bunyi dan ada pergerakan orang Lego. Mula-mula KJ tak tau apa fungsi butang hijau ni. Rupanya bila kita tekan, ada benda yang bergerak.

Macam dekat gambar Dataran bandaraya JB tu, bila kita tekan butang hijau ni akan keluar lagu bola pasukan bola sepak Johor. Mula-mula Kj tercari-cari juga dari mana datangnya bunyi-bunyi ni semua. Haha.. Jakun sekejap. Si Firash pun syok menekan butang hijau tu.

And last but not least, bersempena dengan ulang tahun ke 5 Legoland Malaysia, acara penutup pada hari tu ialah Brick Dance Parade. Bertempat di pentas utama. Ada karekter-karekter yang keluar dan menari-nari dengan korang. So cute.


Comel je tengok diorang ni berjoget. Ada 3 lagu kalau tak silap KJ. Kemain lagi budak-budak yang duduk depan stage. Si Firash je muka takda perasaan. Macam ayah dia. Kihkihkih. Sabar aja lah tengok hero dua orang ni. Brick Dance ni cuma ada sampai 30 September ni sahaja ya. Kalau korang nak meet n greet dengan karekter Legoland ni korang kena datang sekarang. YES!! SEKARANG! Sebab lepas ni dah takde dah.

Live Facebook -->
Tepat jam 7 malam KJ sekeluarga keluar dari Legoland. Fuh! Letih betul. Tapi teramat seronok. Sebenarnya tak cukup masa. Kalau dapat pergi 2 hari barulah seronok. Sehari dekat water park, sehari dekat theme park. Baru boleh explore habis-habisan.

Anyway, terima kasih dekat Legoland Malaysia sebab sudi bagi KJ sekeluarga peluang untuk berseronok dekat sini. Kena repeat lagi next time. Tapi tak taulah bila. Hehe..

Jom tengok tiket LEGOLAND MALAYSIA dekat sini --> https://www.legoland.com.my/



September 18, 2017

5th Brick-Versary LEGOLAND Malaysia - Water Park

Hai korang,

Alhamdulillah KJ sekeluarga telah diberi kesempatan untuk menyertai LEGOLAND 5th Brick-Versary yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 30 September 2017 dan kami sekeluarga bersama rakan-rakan JDT Blogger yang lain telah memilih tarikh 9 September untuk kami berjimba-jimba.

Perjalanan dari daerah Kluang cuma mengambil masa dalam satu jam 20 ke 30 minit sahaja. Kalau melalui lebihraya Utara - Selatan korang boleh exit tol Senai. Lepas keluar tol korang straight je sampai jumpa tol lagi sekali. Tegak je cari signboard Iskandar Puteri. Kalau dah jumpa signborad LEGOLAND tu korang follow je ye.

Bab parking pula, memandangkan ini kali pertama KJ ke LEGOLAND, jadi KJ terus ke kawasan parking yang telah disediakan. RM10.00 per entri. Sebenarnya kalau nak murah sikit boleh parking di Medini Mall. Cuma RM4 - RM6 sahaja per entri. Jimatlah sikit.

Sampai dekat kaunter tiket, KJ dah nampak blogger Kisah Si Diary, Maszull, Ceritera Ibu dan Sislin76 tengah beratur nak collect tiket. Fuh, nasib baik jumpa diorang ni. Kalau tak mati kutu juga KJ nak menghala kemana dulu.

Lepas dah collect tiket, kami terus menghala ke water park dulu. Sebab water park tutup pukul 6. Theme park pula tutup jam 7. Lagipun aktiviti stage semua boleh catch up semula waktu petang.
Ni gambar dekat pintu masuk water park. Sebenarnya masa ambil gambar ni dah keluar dari water park. Punyalah eksaited nak masuk water park ni sampai semua orang pun laju je pergi ke tempat nak scan tiket.

Dekat sini beg korang akan di periksa ya. Tapi jangan risau. Dia cuma tengok bahagian atas je. Dia tak selongkar sampai bawah pun. So kalau korang tu jenis yang cepat lapar bolehlah standby biskut ke roti ke. KJ bawa juga roti tapi tak makan pun. Si Firash pun dah tak pandang dah roti dia. Mata dia tertumpu dekat Lego je. Lego dimana-mana.

Naik je tangga belakang tempat scan tiket ni korang akan nampak loker untuk simpan barang dan juga bilik persalinan. KJ tak cek rate untuk loker ni sebab encik suami kata tak nak mandi. Jadi dia yang akan jaga segala harta benda. Hehe. Rugi tau dah masuk sini tapi tak mandi.

 Dekat sini, korang tak perlu bawa pelampung untuk anak korang. Semuanya pihak Legoland dah sediakan. Ada 3 saiz yang boleh korang pilih. Macam yang si Firash pakai ni. Comel je kan. Confirm tak tenggelam. Pelampung yang besar tu pun free je. Tak payah nak sewa-sewa macam sesetengah water park. Tapi kena tunggu turn lah.

Percubaan untuk mengajak Firash main gelungsur air. Tapi dia ni alergik sikit dengan air sejuk. Ataupun dalam erti kata lain, budak takut air. Haha. Kesian ko anak. Nanti mama bawa mandi swimming pool pula ye. Bagi biasa sikit dengan air.


Disebabkan si Firash takut nak main air dekat gelungsur ni, jadi kita duduk tepi jelah main air yang jatuh dekat baldi besar atas tu. Nama dia Joker Soaker. Boleh memuatkan sehingga 350 gelen air. Hah cuba bayangkan air 350 gelen jatuh kat korang. Macam mandi hujan yang lebat. Seronok tengok masing-masing dah tunggu untuk disimbah.

Kalau anak korang tak nak main air pun boleh je main kapal lego. Tapi sebelum jadi kapal kena bina dululah. Dekat sini bersepah-sepah Lego. Si Firash yang tak berapa minat dengan Lego boleh jadi obses pula dengan Lego ni ha.

Tengah sibuk melayan si Firash tiba-tiba muncul pula blogger Hernee, kemain lagi kakak ni, tak nampak batang hidung dari awal lagi. Seronok explore water park katenya. Sempat jugalah Kak Eda snapkan gambar kitorang.

Gambar atas ni KJ pinjam dari kak Eda. Sebabnya KJ tak explore yang sebelah ni. Dekat sini korang boleh feeling-feeling macam dekat pantai. Siap ada ombak tau. Yang tak da cuma pasir pantai je.

Ada juga Lazy River. Tapi KJ tak menyelusuri pun sebab tak tau nak minta tolong dekat siapa untuk naikkan si Firash dekat atas pelampung. Tetiba malu nak minta tolong dekat abang Lifeguard. Kahkah. Rugi betul.

Okeh da siap mandi, jom kita tunggu yang lain siap-siap pula. Dalam bilik persalinan ni, dia dah sediakan sabun mandi. Jadi kalau korang tak bawa sabun ke jangan risau. Boleh guna sabun yang disediakan. Yang penting sabun dia wangi. Hehe..


Gambar dekat atas ni pemandangan dari Hotel Legoland. So kalau korang menginap dekat sini dekat sangat-sangatlah nak ke Water Park dan Theme Park. Keluar je dah boleh nampak dah.

Agaknya ada tak rezeki KJ nak menginap dekat hotel ni? Hah! Marilah kita wujudkan tabung Legoland pula ye. Untung-untung nanti boleh habiskan masa satu hari dekat Water Park, satu hari dekat Theme Park. Puas hati.
Lepas siap mandi ni kami semua bergerak ke Medini Mall. Isi perut dulu. Eh! Eh! Kenapa tak makan dekat Legoland je? Sebabnya makanan dekat dalam tu agak mahal jugalah. Jadi kami pilih untuk makan di Medini Mall. Jarak Medini Mall dengan Legoland ni pun dekat je. Tak sempat berpeluh, dah sampai.

Macam-macam ada. KFC, Chicken Rice Shop. Untuk menjimatkan masa, kami beli KFC je. Dah bawa budak-budak. Kemana lagi hala tujunya. Yang penting semua orang kenyang.

Sampai sini dulu cerita pasal Water Park. Lepas ni KJ cerita pasal Theme Park pula ya.
Stay tune.
Wassalam.

September 12, 2017

5th Brick-Versary LEGOLAND Malaysia Ticket Price


Mark your calendars from 21st August 2017 - 30th September 2017 because LEGOLAND Malaysia Resort is rewarding fans and guests with a month-long of 'upsized' activities and refreshed offering. There's no better time to start building shared hobbies as a family with these activities:
  • Brick-versary Goodies Coupon Up For Grab (1st - 30th September) - Scratch and see which lucky guest can win all-expense paid trip to LEGOLAND Japan for their family
  • Jumbo Minifigure Trade - Go on Jumbo Minifigure Trading craze with 1000 kinds of Minifigures and challenge your kids to see who can collect the most Minifigures from the park's Trading Hut
  • Giant LEGO Birthday Cake - Who can take the best iconic shot of themselves with a Giant LEGO Birthday cake made up of 150000 LEGO bricks?
  • Fifth Brick-versary Edition DUPLO Bricks - Are you a true blue LEGO fan? Find out more about the activities that lets you win one of the fan favourite limited edition DUPLO bricks
  • Brickdance by 12 LEGO costume characters - Mums, dads, boys and girls, get ready for a dance showdown. Battle it out with the adoreable LEGO costumers.
UPSIZED DEALS: GET IT NOW OR NEVER
Building great bonding experiences together have never been easier as this anniversary this park is extending a one-time only promotion for all:
  1. MATTA Fair Promotion with discounts up to 50%*
  • Enjoy 12 months of unlimited entries to LEGOLAND theme park with the Awesome Pass for the price of RM195 (U.P RM395)
  • Purchase day ticket from as low as RM115
  • Super family package on LEGOLAND Hotel with up to 30% saving: Enjoy one night stay at LEGOLAND Hotel, buffet breakfast for two-day combo tickets for five guests
If guests are unable to visit MATTA Fair, from 5th September to 19th September 2017 LEGOLAND Malaysia Resort is also offering an exclusive Online Matta Fair for visitors to save nore than 30% on day tickets, annual passes and hotel packages.

     2. Super Duper Deal - All Johor Residents can now get Awesome Pass at the price of a one-day ticket* 
         From 17th August onwards. For a limited time only.
Details
Awesome Pass
Premium Annual Pass
Adult/Child
Adult/Child
Super Duper Flash Deal
RM195
RM295
Regular Price
RM395
RM495
  *Terms and conditions apply.




Official Website: www.legoland.com.my

September 7, 2017

5th Brick-Versary LEGOLAND Malaysia


Sebenarnyakan KJ tak pernah pun masukkan Legoland ni dalam list tempat untuk dilawati dalam diari hidup. Nak tunggu duit berkepuk-kepuk banyak dalam poket baru KJ boleh fikir untuk menjejakkan kaki ke Legoland ni.

Pernah di awal pembukaan Legoland ni dulu KJ ajak mak jalan-jalan ke sini. Tapi tak masuk punlah. Cuma mengintai terjenguk-jenguk sambil memasang angan-angan bilalah aku dapat berjimba dekat sini.

Dan Alhamdulillah, nampaknya ada rezeki KJ bawa keluarga kecil KJ untuk berhibur dekat sini. Macam mimpi rasanya. Bila KJ bagitahu dekat Firash, muka dia macam takde reaksi je. Hish. Anak ini belum mengerti keriangan yang ada dalam Legoland tu. Tunggulah sampai hari mama bawa kamu ke sini.

Korang pun tunggulah live update dan gambar-gambar riang lagi menyeronokkan yang KJ akan kongsikan nanti. Eh! Bila KJ nak pergi Legoland ni? Ha, tunggu KJ upload gambar depan pintu gerbang Legoland ni nanti ya.

Terima kasih sudi baca.
Wasalam.

August 3, 2017

5 Sebab Kenapa Perlu Pindah Johor.

Saya percaya, ramai antara kita pada harini begitu suka berhijrah ke tempat orang dalam mencari ilmu, atau pun rezeki. Kebanyakkannya memilih ibu kota seperti Kuala Lumpur kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan di sana.

Harini KJ nak kongsi buka mata korang. Selain daripada Kuala Lumpur, Johor Bahru juga merupakan salah satu tempat yang popular untuk berhijrah. Pembangunan yang sangat pesat di Negeri Johor sekarang telah membuka mata beberapa pihak untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.
Image result for mercu tanda negeri johor
Jika anda mencari rumah yang sesuai dengan bajet, anda boleh melayari website menjual, menyewa atau pun rumah lelong sila kunjungi http://www.propertyguru.com.my/resources/buy-property-guide/the-complete-guide-to-purchasing-a-property-in-the-subsale-market. Terdapat pelbagai pilihan yang boleh anda pilih.

5 Sebab Kenapa Perlu Pindah Ke Johor

1/ Legoland
Image result for legoland johor
Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya.

Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.

Selain daripada taman tema ini, tarikan yang bertemakan Lego akan dibina berdekatan dengan kawasan ini pada suatu hari nanti. Seterusnya, taman tema air Lego adalah projek yang akan dibuka pada pertengahan tahun 2013[3] dan juga Legoland Hotel. Hotel ini juga merupakan yang pertama di Asia apabila pembukaannya bermula pada separuh pertama tahun 2014. Hotel tersebut dibina di bawah perjanjian pengurusan di antara syarikat. LL Themed Hotel Sdn. Bhd. merupakan syarikat usahasama yang dimiliki oleh Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. dan Iskandar Harta Holdings Sdn. Bhd.
(Sumber : Malaysia Wikipedia)

2/ Pantai yang indah.
Image result for pantai di johor
Di Johor juga terdapat pantai-pantai yang terbentang luas. Yang paling popular adalah Pantai Desaru yang terletak di daerah Kota Tinggi.

Selain itu, terdapat juga beberapa lagi pantai yang tidak kurang juga popular di kalangan masyarakat tempatan. Antaranya;
  • Pantai Air Papan
  • Pantai Penyabung,
  • Pantai Teluk Buih
  • Pantai Stulang Laut.
  • Pulau Sibu
  • Tanjung Balau
  • Batu Layar
  • Tanjung Sedili
Di sini juga terdapat beberapa pilihan hotel dan juga rumah inap. Sesuai untuk percutian seisi keluarga.

3/ Tempat membeli-belah
slide1.jpg
City Square - Merupakan sebuah tempat membeli-belah yang sentiasa sibuk dengan warga kota yang menginginkan pengalaman membeli belah yang moden. Ianya juga sentiasa dipenuhi dengan warga Johor Bahru dan Singapura kerana lokasinya yang terletak berhampiran dengan CIQ (Custom, Immegration and Quarantine Complex).

KOMTAR JBCC - Komtar JBCC ini terletak bersebelah dengan City Square. Hanya beberapa minit berjalan kaki anda sudah boleh tiba di sini. Ianya juga terletak bersebelah dengan bangunan KOMTAR yang asal.

Image result for johor premium outlet
Johor Premium Outlet - Johor Premium Outlets (atau JPO) merupakan sebuah pusat membeli-belah yang utama di Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia. Pusat membeli-belah ini terletak di Daerah Kulai. Johor Premium Outlets merupakan premium outlets yang pertama dibina di Asia Tenggara.

Johor Premium Outlets dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011. Pusat beli-belah ini menjadi tarikan kepada penduduk khususnya penduduk di kawasan daerah Kulaijaya, Johor Bahru dan negara jiran iaitu Singapura. Ia menempatkan barangan yang berjenama dan bertaraf antarabangsa seperti Coach, Adidas, Nike, Armani, Salvator dan sebagainya dan anda boleh juga mendapatkan potongan harga sebanyak 25% hingga 70%. Pusat beli-belah ini juga dapat dilihat melalui Lebuhraya Utara-Selatan selepas Persimpangan Senai Utara.
(Sumber: Wikipedia Malaysia)

4/ Tanjung Piai
Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, Daerah Pontian, Johor. Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian.

Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langir Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.

Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia]' yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya.

Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

5/ Bazar Karat
Image result for pasar karat jb
Picture source google image
Ini adalah salah satu lokasi wajib jika anda berkunjung ke Johor Bahru. Lokasinya terletak di sepanjang jalan Tan Hiok Nee dan Sungai Segget. Waktu operasi bermula jam 7.30 malam sehingga jam 12.00 pagi.

Pada awalnya, tempat ini hanya menjual barangan antik dan terpakai. Tetapi apabila sambutan pelanggan yang hadir ke sini semakin meningkat, ramai peniaga telah mengambil peluang untuk berniaga pelbagai pilihan barang keperluan seperti baju, tudung, mainan kanak-kanak, aksesori telefon dan pelbagai lagi.


Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign