Kasih Juju: lif

Showing posts with label lif. Show all posts
Showing posts with label lif. Show all posts

September 11, 2017

Pengalaman panik menaiki lif

Awas, bacaan ini sangat mendebarkan!
Sambil tunggu lif terbuka KJ dah berkira-kira nak makan apa petang nanti. Macam-macam dah ada dalam kepala. Nak makan ayam gunting, nak makan wafer, nak beli teh ais. Whuiii... Sedapnya kalau dapat makan sekarang.

Tibalah masanya pintu lif terbuka. KJ pun masuk dan tekan nombor 4. Pintu lif pun tertutup. KJ pulak sibuk membelek tudung, baju, kain mekap semua dekat cermin lif.

Tiba-tiba aircond mati. Lampu utama pun terpadam. Yang tinggal cuma lampu kecemasan je. Ya Allah, nak buat apa nih?

Dalam keadaan panik KJ pun tekan butang G. Eh! Hidup balik aircond dengan lampu. Dan lif pun bergerak turun. Leganya rasa.
Related image
Bila dah sampai G dan lif pun terbuka, KJ pun keluar laju-laju. Sambil dalam hati berfikir-fikir kenapa lif tu mati tadi. 

Sepanjang perjalanan balik puaslah KJ berfikir. Agak-agak korang tau tak kenapa lif tu mati? Hmmm... Yesss... Dekat cerita atas tu KJ dah bagitau dah.

Jawapannya sebab KJ tak tekan G. KJ tekan butang nombor 4. Pejabat dekat tingkat 4. Sepatutnya KJ tekan butang G. Memanglah lif tu mati. Dekat bawah pula takda siapa yang nak naik. Hehehe..

Okeh, segala misteri dah terjawab. Terima kasih sudi baca :)

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign