9 October 2018

50Gram X SWANICOCO - LIMITED EDITION BLACK EDITION Show the Velvet Lipstick
Hai korang, pernah dengar tak pasal SWANICOCO? Okeh, Juju pun sebenarnya pertama kali juga dengar pasal jenama SWANICOCO ni. Macam eksklusif sangatkan jenama dia. Rupa-rupanya jenama di berasal dari Korea. Sebelum Juju bercerita lebih lanjut, jom kita berkenalan dulu dengan jenama SWANICOCO.

SWANICOCO


Ia memulakan perniagaannya dengan mengeluarkan sabun yang melalui proses penapaian (fermented) secara semulajadi. Untuk menghasilkan sabun yang terbaik, ia memilih dengan lebih teliti ubat-ubatan herba, rebus dan melakukan proses penapaian. Buat masa sekarang ini, ia merupakan satu-satunya syarikat pengeluar kosmetik yang menggunakan bahan semulajadi di Korea.

Apa yang menarik perhatian Juju disini ialah nama brand yang digunakan oleh syarikat ini. Swan membawa maksud angsa. Ia juga membawa maksud gaya keanggunan yang di bawa oleh angsa tersebut atau dalam erti kata lainnya feminin. Coco pula diambil dari perkataan "coconut" yang membawa maksud bahan botanik semulajadi yang digunakan dalam penghasilan produk mereka. Selain itu, coco juga membawa maksud kecomelan dalam bahasa Perancis.

Limited Edition Black Edition Show The Velvel Lipstick (Juliet Red)

Kali ini, Juju telah diberi peluang untuk mencuba salah satu lipstik keluaran terhad dari SWANICOCO iaitu Show The Velvet Lipstick Juliet Red. Juju suka sangat dengan warna merah oren yang ditampilkan untuk keluaran kali ini. 

Kalau bibir korang jenis yang cepat kering, asyik merekah je, boleh cuba guna lipstik ini sebab dia ada carnauba wax dan natural oils. Ha ape pulak carnauba wax ni? Dia sama dengan Brazil wax dan palm wax yang berfungsi sebagai agen pelembut yang memberi kelembutan kepada bibir korang. Natural oil pula berfungsi untuk memberi kelembapan yang berpanjangan dekat bibir korang.


Satu benda yang korang kena ingat! Once lipstik ni sold out, syarikat ini tidak akan restock. Jadi kalau dah minat sangat dengan warna ni, kena beli cepat-cepat.

Kandungan
"Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850"


Kalau korang nak tau, lipstik ni ada bau yang sangat best. Bau dia sangat menyenangkan. Nak tau sebab apa bau dia menyenangkan? Sebabnya lipstik ni berbau bunga ros. Segar je rasa weh.

Nak apply dekat bibir pun lancar je. Cukup sekali sapu dah dapat warna yang Juju nak. Kalau korang suka pakai pekat-pekat pun boleh apply 2 atau 3 kali. Hasilnya memang sangat mengagumkan. Juju pakai dari pagi pun boleh tahan sampai tengahari. Memang sesuai untuk Juju yang banyak kerja di luar.
Okeh, ready nak kerja luar

How to purchase?

Buat masa sekarang ni, 50Gram merupakan satu-satunya syarikat pertama yang diberi tanggungjawab untuk menjual lipstik ini buat masa sekarang.

Boleh terus klik dekat --> https://50gram.com.my/product/swnccstvljr/ untuk pembelian.


28 August 2018

Secret of Stylish Fame Cosmetics
Hai semua,

Siapa dekat sini suka pakai BB Cushion? Juju sebenarnya tak pernah cuba pun BB Cushion ni. Sebabnya tak terasa pun nak beli. Lagipun Juju suka pakai foundation yang jenis cecair tu. Pada Juju lagi mudah nak apply dekat muka.

Tapi, baru-baru ni Juju telah diperkenalkan dengan BB Cushion dari Fame Cosmetics. Pertama kali Juju nak cuba pakai BB Cushion ni. Macam jakun pun ade juga tengok menda ni. Okeh jom kita test, sesuai ke tidak dengan kulit muka Juju ni.



Tadaaa.. Okkay tak? Okeh, serius dah jatuh cinta. Rasa dia ringan je dekat muka. Macam tak pakai foundation pun. Dap dap sampai rata, calit sikit lip creme dekat pipi and dah siap.

Lip creme dia pun Juju suka sangat. Tak melekit dan yang paling penting dia tak berat. Tak rasa macam pakai lipstik pun. Bibir pun tak rasa berat. Eh senang kata memang Juju sukalah dengan tekstur lipstik ni.


Dan kalau korang nak tau, Juju test juga bedak ni masa dekat Bukit Gambang haritu. Nak tengok berapa lama dia boleh bertahan. Juju pakai dari pukul 2 petang sampai 9.30 malam. Dan hasilnya memang mengagumkan. Cantik berseri-seri tau chuolls.

Untuk BB Cushion dia ada 3 pilihan. Natural, fair dan juga ivory. Untuk lipstik pula ada 13 pilihan warna. Warna yang Juju pilih dekat gambar nombor dua tu code Party. Nampak muda remaja sikit pilih warna macam tu. Haha.. Perasan betullah Juju ni.




So kalau korang nak cantik-cantik dan feel muda remaja macam Juju ni boleh ke:

Facebook:

Instagram:

Website: