Kasih Juju: menang giveaway

Showing posts with label menang giveaway. Show all posts
Showing posts with label menang giveaway. Show all posts

July 12, 2017

Menang Segmen Sesuci Lebaran 2017 by Hani Rahman

Alhamdulillah,

Bulan ni diberi kemenangan lagi. Tersenarai dalam bloglist rakan blogger kita. Terima kasih sis Hani Rahman sebab buat segmen ni.


Tahniah juga buat 11 orang rakan blogger yang lain. Ada yang menang review. Menarik tau. KJ suka kalau ada yang sudi nak review blog KJ ni.

Manalah tau dapat tambah trafik blog. Lagipun kita boleh tau pendapat kawan-kawan pasal blog kita ni. Takdelah kita ni buat blog syok sendiri je kan. Hehe.

Korang boleh cek senarai pemenang dekat --> SINI

July 4, 2017

Menang pengomen terbanyak blog admya

Assalamualaikum korang,

Haritu KJ ada ternampak segmen yang simple lagi mudah dekat blog ni. Syarat dia cuma perlu komen banyak-banyak dekat entri blogger tu. KJ pun apa lagi, seronok sangat tinggalkan jejak dekat setiap post blog tuh.

Tapi KJ ingatkan KJ tak menang sebab haritu ada beberapa blog yang KJ tak dapat nak buka. Termasuklah blog admya ni. Ada masalah teknikal sikit. Dah redha dah kalau tak terpilih.

Tiba-tiba harini KJ dapat email.
Apa lagi, terus KJ terjah blog admya. Alhamdulillah. Masalah teknikal sudah diatasi. KJ suka singgah dekat blog admya ni sebab banyak update pasal drama-drama melayu terkini dan akan datang.

Kalau korang tak percaya korang boleh terjah sendiri blog https://admya.blogspot.my/ ni. Manalah tau ada lagi segmen macam ni akan datang.


October 4, 2016

Menang Giveaway Busyra Takiyudin

Assalamualaikum korang. Seronok ke cuti lama? Bukan main lagi korang pergi piknik lah, pergi mandi laut mandi kolam bagai. Kita tak pegi mana-mana pun tau. Jalan-jalan bandar Kluang je. Cuci-cuci mata dan dompet.

Tapi yang bestnya cerita harini. Nak share dengan korang yang blog saya terpilih sebagai pemenang segmen si canti manis sis Busyra Takiyudin. Sila jeles hokeh, saya dapat RM20.00.
Image result for duit kertas rm 20
Syarat giveaway die pun mudah je nak follow. Cumanya ade soalan yang sis Busyra tanya. Jadi saya pun berikan jawapan seikhlas hati. Alhamdulillah. Tak sangka pulak terpilih.
BUSYRA TAKIYUDIN
Dia tanya pendapat pasal blog dia. Kalau korang nak tau jawapan saya boleh klik sini
--> http://www.kasihjuju.com/2016/09/giveaway-by-busyratakiyudin.html


Okeylah korang. Tu je nak share harini. Sampai berjumpa lagi.
Psst... Saya nak buat segmen ni. Korang join tau :)
Wassalam.

Picture source : google.com

September 21, 2016

Hadiah Giveaway Paling Best

Assalamualaikum korang,

Harini saya nak share satu benda dengan korang. Benda yang best kenalah kongsi dengan kengkawan kan. Hehe.. Haritu saya join giveaway sis Qiya Saad. Sesajalah nak try luck. Tapi kan, sungguh tak sangkalah saya bertuah sangat.


Ha, giveaway nilah yang saya join. Tajuk giveaway pun dah menarik hati. Apatah lagi hadiah yang dia nak bagi. Sebenarnya tak berharap pun nak menang. Adalah usaha sikit untuk menyahut cabaran top refferal tu. Tapi  Alhamdulillah. Bertuah juga saya dapat grand prize. Cuba bagitau saya, siapa yang tak tertarik dengan emas wey.

Ha korang kalau nak join giveaway, kena rajin blogwalking ye. Tinggalkan komen dekat peserta-peserta segmen. Jangan malas. Rezeki tak datang bergolek.

Opss, korang nak tengok ke hadiah saya.....?

Ha.... Tolong jangan cemburu okeh. Bersinar-sinar duduk dalam kotak tu ha. Anyway nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dekat sis Qiya Saad sebab buat giveaway ni dan jugak thanks dekat http://sayapgold.blogspot.my/.

Korang kalau rasa-rasa nak beli emas boleh contact sis Qiya ni yek. Barang dijamin sampai ke tangan anda. Hehe. Semoga berjumpa lagi.

Wassalam.

December 4, 2015

Menang hadiah segmen mini birthday giveaway by MiminAdam.

Assalamualaikum semua.

Harini SukaGelak nak share hadiah yang SukaGelak menang masa join giveaway adik mimin ni. Kalau nak ikutkan giveaway ni dah lama berlalu. Bulan 10 dah umum pemenang. Tapi disebabkan pihak sponsor ade banyak sangat aral yang melintang pukang, baru semalam hadiah yang SukaGelak tu sampai. Mesti korang nak tau apa hadiah tu kan? Kan? Kan?



Tadaaaa.... Jangan jeles okeh.. SukaGelak dapat tudung Aidijuma. Untuk pengetahuan korang, SukaGelak memang giler beli tudung AJ ni. Nak nak pulak yang design ni memang tak sempat nak beli haritu. Melompat-lompat lah SukaGelak bila dapat hadiah ni. Siap extra gift lagi tu dari sponsor. Terima kasih banyak-banyak.

Okeh, itu saja untuk harini. Next entri kite review blog sponsor pulak ye.
Till we met again.
Wassalam.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign