23 November 2018

Resepi Ayam Masak Paprik

Resepi paprik ayam sebiji rasa macam kat kedai makan 😅😅😅


- Ayam bahagian dada dipotong dadu dan rebus kemudian toskan. Air rebusan jangan buang.
- Tumbuk sebiji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan halia.
- Tumis bahan tumbuk tadi bersama sebatang serai.
- Bila dah agak garing masukkan cili giling 2 sudu. Kalau nak pedas masukkan lebih.
- Tumis sampai cili pecah minyak.
- Masukkan ayam yang dah direbus tadi. Gaul sebati. Kalau kering boleh tambah air rebusan ayam.
- Perasakan gula dan garam
- Masukkan daun limau purut, lobak dan tomato.
- Siap untuk dimakan.

Resepi Ayam Bakar Pemanggang Ajaib

Resepi ayam bakar pemanggang ajaib 😜

- Ayam bersihkan, basuh dan toskan. Dap dap sikit dengan kitchen towel.
- Satukan 2 sudu sos tiram, 1 sudu sos cili, 1 sudu sos blackpepper, 1 sudu madu, serbuk blackpepper gula dan garam.
- Perap ayam. Min 5 minit. Lagi lama lagi bagus.
- Panaskan pemanggang ajaib dan masukkan ayam.
- Masak sehingga ayam masak.
- Siap.

18 September 2018

Resepi Ringkas Spageti Bolognese

Resepi Ringkas Spageti Bolognese
Bahan-bahan:
- Mi spageti
- Daging atau ayam cincang
- Sos bolognese Kimball atau Prego
- Sosej
- Garam 
- Bawang merah (cincang halus)
- Bawang putih (cincang halus)
- Cili padi (optional)

Cara-caranya:
1/ Rebus mi spageti. Letakkan sedikit minyak dan garam. Rebus sehingga mi lembut. Kemudian toskan.
2/ Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi. Cili padi ni optional ye.
3/ Masukkan daging cincang. Juju tukar daging dengan ayam. Tumis sampai daging tu masak.
4/ Masukkan sosej.
5/ Masukkan sos spageti kimball. Tambah sedikit air dan garam secukup rasa.
6/ Sedia untuk dihidangkan.

Disebabkan suami dan Firash tak suka makan pedas, jadi Juju potong cili padi dan taburkan diatas kuah. Tekak melayu sangat tau. Hehe.

Selamat mencuba.

6 June 2018

Resepi Ikan Siakap Stim Limau
Resepi ikan siakap stim limau.


Bahan-bahan;
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 inci halia ditumbuk
  • 8 - 10 biji cili api. ditumbuk (kalau tak nak pedas kurangkan)
  • Serai di ketuk
  • Halia di hiris
  • Kiub ayam
  • Sos ikan
  • 2 biji limau kasturi
  • Daun ketumbar

Cara-caranya;
  • Ikan dibersihkan dan dikelar badannya. Lumur dengan kiub ayam
  • Halia dihiris dan serai diketuk masukkan di sebelah dalam ikan
  • Dalam mangkuk lain,  satukan halia, bawang putih, cili api, limau, sos ikan dan daun ketumbar. 
  • Curahkan di atas ikan dan kukus sehingga ikan masak.
  • Hiaskan dengan daun ketumbar, hirisan bawang dan tomato

Mudah je kan nak masak ikan ni. Lagipun menu yang sihat. Selamat memcuba semua :)

1 June 2018

Resepi Nasi Goreng Cendawan Juju's Style
Memandangkan ada yang mintak resepi nasi goreng yang Juju publish tempoh hari. Maka harini Juju nak tunaikan permintaan korang.

Resepi nasi goreng cendawan.

Bahan-bahan;
  • Nasi
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Ikan bilis (ditumbuk) 
  • 3 sudu cili kisar
  • Garam
  • Gula
  • Kicap
Cara-cara;
  • Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk,
  • Apabila dah naik bau, masukkan cili kisar. Kalau suka pedas boleh tambah lagi cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  • Perasakan dengan gula dan garam,
  • Curah kicap. 
  • Masukkan nasi dan ratakan dengan bahan-bahan tumis tadi,
  • Last sekali masukkan cendawan dan gaul rata.
Dah tengah-tengah bulan puasa ni mesti kita dah tak tau nak masak apa kan. Mulalah dalam kepala tu fikir nak buka di luar. Tak pun nak masak yang mudah-mudah je. Jadi bolehlah cuba resepi nasi goreng ni. 

Okkay, selamat mencuba.


8 September 2017

Resepi bubur mcd
Perkongsian daripada Facebook --> Viral Media Johor

Saya nak berkongsi resepi asal bubur mcd
Saya bekas pekerja mcd
Pernah masak bubur mcd selama 3 tahun ..😀

Resepi asli McDonald's

Beras hancur jasmin
Dlm periuk cuci beras
(Masukan air masak suam
Tujuan nak cepat masak)
Setiap 10 minit kacau supaya masak sekata ..
10 minit ke 2
Masukan halia hiris 1 sb
10 minit tambah air masak
Kacau sebati
Kemudian masukan stok ayam.. brand Maggie 1/2 cup dlm bubur ..10 minit terakhir sebelum paking dlm mangkuk

..Ayam bubur..
Ayam hiris nipis perap dgn halia(tujuannya sedap dan tidak bau hanyir)
Rebus hirisan ayam
Bersama peranan halia tadi
Dgn 500mlm air rebus sampai masak

Bahan topping bubur mcd
Hirisan daun bawang
Hirisan cili Merah
Minyak bijan
Sukatan 1 sb

kredit resepi ini kepada sis Juniza Johari