5 November 2018

San Francisco Coffee Kini di Johor Bahru
Hai korang,
Harini Juju nak share dengan korang pembukaan satu kedai kopi terbaru di Johor Bahru. Orang di Seremban atau Kuala Lumpur mesti dah familiar dengan San Francisco Coffee ni kan.

Dulu masa Juju dekat KL pun kalau pergi Mid Valley, wajib singgah dekat San Franciscoo Coffee ni. Beli 2 Ultimate Mocha. Peh, kenapa sampai 2? Sebab dia ada promosi buy 1 free 1. Adik Juju pula jenis yang tak minum kopi. Jadi Juju tapau dua-dua untuk Juju. Hehe.

Pintu Masuk
Cawangan pertama di Johor Bahru telah di buka di Capital City Mall, Johor Bahru. Juju berpeluang untuk turut serta semasa sesi berkongsi atau bual bicara bersama Dato Jaya JB Tan (Pengerusi Envictus International, Dato Kamal YP Tan (Pegawai Eksekutif Ketua Kumpulan Envictus International), Ms Koo Sue San (General Manager of SF Coffee) dan encik Nik Azwaa Azmi (Head of Marketing).

From left Dato Jaya JB Tan (Pengerusi Envictus International, Dato Kamal YP Tan (Pegawai Eksekutif Ketua Kumpulan Envictus International), Ms Koo Sue San (General Manager of SF Coffee) dan encik Nik Azwaa Azmi (Head of Marketing)
Kami juga turut disajikan dengan Mini Art Exhibition dimana ia mempersembahkan hasil seni daripada talent tempatan, Eva Production dan dari anak kelahiran Johor iaitu Jaie Ramlee dan Trusk. Pengunjung SF Coffee boleh melihat sendiri pameran seni ini sehingga 31 Disember 2018.

Trusk
Eva production
Jaie Ramlee


Juju sempat jugalah merasa dua jenis air yang dijual disini. Iaitu Ultimate Latte dan Mo' Mocha. Dua-dua ice blended. Hadoi. Bila nak puasa ais ni? Eh, sesekali cheat day tak pe kan. Hehe.

Selain kopi, pasta dan kek juga ada dijual di sini. So, memang sesuai sangat untuk bincang projek besar-besar atau bincang masa depan dekat sini. Muehehehe. Dulu Juju suka lepak tempat macam ni sambil update blog. Maklumlah, masa tu belum ada lagi wifi sendiri.

Cantikkan cawan ni

Ultimate Latte. Sedap. Boleh rasa biji-biji kopi yang di blend

Antara rakan-rakan JDT Blogger yang turut hadir


Cawan yang Juju pegang dekat atas tu ada dijual di sini. Cantik sangat cawan yang mempunyai rekaan unik dari Marty Woods ni. Ataupun dalam kata lainnya corak doodle ni. Juju suka tengok corak doodle ni. Kena ada kesabaran yang tinggi untuk menyiapkannya. Kalau disuruh Juju yang buat memang tak menjadilah.



San Francisco Coffee Colouring Contest
Bersempena dengan cawan unik ni, SF Coffee berbesar hati menganjurkan pertandingan mewarna. Dengan setiap pembelian air San Farancisco Coffee dengan design unik Marty Woods ini, anda layak untuk menyertai. Hadiah berupa tajaan kopi selamat setahun menanti anda.

caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu memuat naik gambar cawan yang telah siap diwarnakan ke Instagram dengan hashtag #SFCoffeeXMartyWoods dan #SFCoffeeColouringContest. Tarikh tamat adalah pada 30 November 2018.



Untuk maklumat lanjut tentang SF Coffee ni boleh layari website dan fanpage mereka di:-

Website

Instagram

Facebook