Memaparkan catatan dengan label spageti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label spageti. Papar semua catatan

7 April 2019

Spageti Segera Keluaran Master Pasto

Ahad, April 07, 2019 7
Salam and hi everyone,


Korang tau tak yang salah satu makanan kegemaran Juju adalah spageti. Macam-macam jenama dah Juju cuba. Tapi semuanya kena rebus dulu mi dia dan kuah dia pun kena masak. Tapi kalini Juju dah jumpa dengan spageti segera wey. Mudah. Tak payah hidupkan dapur gas pun.

Master Pasto
Master Pasto - Sapgeti Segera
Apa dia Master Pasto ni?
MASTER PASTO adalah sebuah kedai dalam talian yang menjual pasta segera. Lioco Food SDN BHD telah ditubuhkan sejak tahun 2017 di Pulau Pinang, Malaysia dan sejak itu, syarikat ini telah berkembang setiap hari. Mereka berusaha untuk menjadi salah satu pengeluar utama dan terbaik bagi makanan ready-to-eat dalam pasaran semasa.

Dekat sini ada 3 jenis spageti. Iaitu Spageti Bolognese Ayam, Spageti Aglio Olio Ayam dan Spageti Sos Cendawan Berkrim.

Cara penyediaan
Untuk cara penyediaan dia sangat mudah. Dekat sini ada 2 cara. Cara yang pertama ialah menggunakan air panas mendidih.

Cara dia cuma masukkan pek mi dan kuah dia ke dalam air panas yang mendidih. Tak perlu buka dulu pek tu. Rendam je semua. Rendam dalam air panas yang mendidih dan biarkan dia dalam air mendidih tu dalam masa 3 minit. Lepas tu baru koyakkan pek dan hidangkan mi dalam pinggan.

Cara kedua pula korang keluarkan mi dengan kuah dia. Plating cantik-cantik dalam pinggan dan masuk dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) dan panaskan selama 1 minit. Mudah sangat wey. Tak perlu nak masak segala bagai tu. Dah boleh terus makan.

Sangat-sangat sesuai untuk korang yang nak travel kemana-mana. Selalunya kalau nak travel kita asyik bawa megi je kan, apa kata kali kita upgrade sikit. Bawak spageti pulak. 

Sedap sangat-sangat. Juju dah cuba ketiga-kita perisa dan semuanya kena dengan tekak Juju ni ha. Perlu korang ingat yang spageti ni dia dah masak dah. Mi dia pun tak keras. So kita cuma perlu panaskan sahaja. Jimat masa wey.

Spageti Sos Cendawan Berkrim
Spageti Sos Cendawan Berkrim
Ramuan: 
Spageti
Cendawan butang
Cendawan Portobello
Minyak Sayuran
Tepung gandum
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk susu
Gula
Garam
Krimer
Stok ayam
Tepung kanji
Daun pasli
Lada hitam
Garam Sodium

Maklumat elergen:
Mengandungi susu, produk tenusu dan tepung gandum. Dihasilkan di kilang pengendali telur, susu, produk tenusu, gluten dan kacang soya.

Spageti Aglio Olio Ayam
Spageti Aglio Olio Ayam
Ramuan:
Spageti
Ayam 
Minyak Sayuran
Tepung gandum
Bawang merah
Bawang putih
Gula
Garam
Stok ayam
Tepung kanji
Daun pasli
Lada hitam
Garam Sodium
Cili kering kisar
Basil
Rosemary

Maklumat elergen:
Mengandungi susu, produk tenusu dan tepung gandum. Dihasilkan di kilang pengendali telur, susu, produk tenusu, gluten dan kacang soya.

Spageti Bolognese Ayam
Spageti Bolognese Ayam
Ramuan:
Spageti
Ayam 
Minyak Sayuran
Tepung gandum
Bawang merah
Bawang putih
Gula
Garam
Stok ayam
Tepung kanji
Daun pasli
Lada hitam
Garam Sodium
Tomato
Sos pekat tomato

Maklumat elergen:
Mengandungi susu, produk tenusu dan tepung gandum. Dihasilkan di kilang pengendali telur, susu, produk tenusu, gluten dan kacang soya.

Pek spageti ni dah tersedia dalam bungkusan yang direka untuk tahan dengan kepanasan air mendidih. Jadi sila jangan ragu-ragu untuk rendam bungkusan spageti dan kuah dia ni ke dalam periuk.


Review Juju
Okeh kalau korang nak tau, Juju tak rebus pun pek ni dalam air mendidih. Dekat pejabat ni manalah ada cerek elektrik mahupun dapur gas. Yang ada pun cuma air yang guna dispenser tu je. Sebelah air panas sebelah air sejuk.

Jadi apa yang Juju buat ialah untuk pek mi tu Juju bukak dulu dan masukkan air panas lepas tu rendam sekali pek tu dalam air panas. Rendam dalam 5 minit je. Untuk kuah pulak Juju rendam jer dalam 5 minit. Lagipun spageti ni dah masak, kita cuma nak panaskan je.


So, overall memang Juju suka sangat dengan spageti ni. Ketiga-tiganya berasa kuahnya dan dah tentulah sedap. Memang sesuai sangat kalau travel bawak spagethi ni. Mudah je tau. Macam-macam perisa pun ada.

18 September 2018

Resepi Ringkas Spageti Bolognese

Selasa, September 18, 2018 6

Resepi Ringkas Spageti Bolognese
Bahan-bahan:
- Mi spageti
- Daging atau ayam cincang
- Sos bolognese Kimball atau Prego
- Sosej
- Garam 
- Bawang merah (cincang halus)
- Bawang putih (cincang halus)
- Cili padi (optional)

Cara-caranya:
1/ Rebus mi spageti. Letakkan sedikit minyak dan garam. Rebus sehingga mi lembut. Kemudian toskan.
2/ Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi. Cili padi ni optional ye.
3/ Masukkan daging cincang. Juju tukar daging dengan ayam. Tumis sampai daging tu masak.
4/ Masukkan sosej.
5/ Masukkan sos spageti kimball. Tambah sedikit air dan garam secukup rasa.
6/ Sedia untuk dihidangkan.

Disebabkan suami dan Firash tak suka makan pedas, jadi Juju potong cili padi dan taburkan diatas kuah. Tekak melayu sangat tau. Hehe.

Selamat mencuba.

4 Mei 2017

Resepi Ringkas Spageti Prego Lada Hitam

Khamis, Mei 04, 2017 2
Hai korang,

Haritu pergi membeli-belah dekat Econsave Kluang. Macam biasalah. Bila dah gaji, macam-macam benda nak kena restock.

Tengah ralit dok pilih mi spageti tetiba encik suami bersuara.
"Sayang, nanti masakkan abang spageti ye"
Dalam hati dah pelik dah sebabnya cik abang kita ni tekak kampung. tak reti makan western western ni. Lepas tu dia pun tunjuk sos prego macam dekat gambar bawah ni.
prego lada hitam
Prego Lada Hitam
Saya pun buat muka pelik. Eh! Prego ada perisa barulah. Hah, nampak tak dah lama tak menyepegethi. Hahah, suka-suka je ubah perkataan. Rupa-rupanya dah ada 2 perisa baru. Satu lada hitam, satu lagi ayam cendawan. Saya ambil dua-dua. Tapi lupa pula nak ambil gambar ayam cendawan tu.
Image result for prego ayam cendawan
Disebabkan saya terlupa snap gambarayam cendawan, jadi saya pun pinjamlah gambar tuan Google. Hehe.. Nilah rupanya perisa ayam cendawan. Rasa dia? Rasa ayam campur dengan cendawanlah. Tetttttt..

Macam nilah rupa dia. Gambar dekat tin tu tunjuk kuah dia hitam pekat. Rasa was-was pula nak buka. Hitam pekat sangat ke? Macam pelik je nanti kalau nak makan. Tapi bila dah buka takdalah hitam pekat sangat. Haha, buat kita seram je tau.

 Kalau korang nak tau macamana hitamnya kuah dekat gambar tu korang kena beli sendiri okeh. Saya lupa nak snap gambar. Dah, jom kita masak pula.

Selalunya saya akan guna apa je yang ada dekat rumah. Tak da kuasa nak keluar semata-mata nak cari satu barang je. Nanti bila dah keluar bukannya beli satu barang. Confirm 2,3 beg plastik. Sindrom kaum wanita. Hehe..

Bahan-bahan;
Bawang besar
Bawang putih
Sosej
Ayam kisar (nak guna daging burger pun boleh)
Prego Lada Hitam
Cili kisar (optional)
Lada benggala (optional)
Lobak (optional)

Cara memasak;
Refer gambar ye :)
1/ Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. kalau nak pedas, korang boleh masukkan sekali cili kisar. Saya tak letak sebab ingatkan lada hitam ni pedas. Rupanya tak pedas pun. Goreng sampai pecah minyak atau sehingga bawang dah naik bau.

2/ Masukkan ayam kisar. Masak sampai ayam tu masak. Ikut koranglah nak garing ke tak. Tapi saya suka garing sikit. Agak-agak dah dapat kegaringan yang korang nak bolehlah masukkan sosej, lada benggala dan lobak. Dekat rumah masa ni tak de sayur. Jadi saya tak letak sayurlah.

3/ Lepas tu masukkanlah sos Prego ni. Korang agak-agaklah nak pekat macam mana kuah dia tu. Kalau nak pekat, letak 2 tin. Kalau nak yang lite-lite je letak air sikit. Kalau nak lagi sedap korang campur sos Prego Lada Hitam ni dengan sos Prego Tradisi. Yang tin laber merah tu. Mesti rasa dia lagi kebaboom.

4/ Yang ni optional. Kalau tak nak gaul siap-siap dengan mi spageti pun tak pe. Tapi saya gaulkan semuanya sebab masak untuk budak-budak. Faham jelah perangai budak-budak ni. Karang ada pulak yang mi tu tak cukup. Tak pun kuah dia habis dulu.

Okeh, dah siap. Sepinggan untuk saya. Berpinggan-pinggan lagi untuk budak-budak. Tak sempat nak tambah. Habis licin dah dalam kuali. Tu maksudnya saya masak sedap ke sos Prego Lada Hitam ni yang sedap? Haha..

Okeylah, terima kasih sudi singgah.
Wassalam.