Kasih Juju: suruhanjaya koperasi malaysia
Memaparkan catatan dengan label suruhanjaya koperasi malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suruhanjaya koperasi malaysia. Papar semua catatan

3 April 2019

Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing

Rabu, April 03, 2019 2
Hai semua,

Ini adalah cerita yang berlaku pada 16 hingga 18 Oktober 2018. 

Harini Juju terpanggil nak share dengan korang pengalaman Juju berkursus di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap Mering, Johor. Juju nak simpan kenangan berkursus ni dekat blog. Supaya nanti boleh dibuat kenang-kenangan.

Juju dan kawan-kawan tiba di PKPI pada jam 2 petang. Terus daftarkan diri dan menuju ke dorm yang telah diberikan. 1 dorm boleh memuatkan 12 orang. Disebabkan peserta perempuan ada 18 orang. Jadi kami bahagi 2 kumpulan. 1 dorm 9 orang. Selesa sikit.


Kalau korang nak tau, dorm ni diperbuat daripada kayu. Merasalah suasana kampung. Tiada katil double decker. Semua katil bawah beserta locker sorang satu. Cadar dan sarung bantal semua disediakan. Cuma kena bawa tuala, selimut dan barang-banrang mandi.

Paling menarik sekali, dorm ni menghadap laut. Pergghh, dah rasa macam duduk dekat hotel berbintang-bintang. Haha..


Bab tempat mandi pun korang tak bolehlah nak expect lebih sebab tempat mandi dia macam dekat hostel sekolah. Ada bilik mandi dan bilik air. Terletak di belakang dorm. Dari dorm nak ke tempat mandi ni kena keluar sikit. Tapi untuk perempuan punya ada penghadang, jadi kaum lelaki yang nun di sana tak nampaklah perempuan yang di sini. 

Hari Pertama
Kursus 3 hari 2 malam tu bermula dengan taklimat pada jam 3 petang. Dalam taklimat tu Encik Hamdan dah bagitau yang malam tu kitorang akan melakukan aktiviti night walk. Masa mula-mula dapat jadual tu Juju ingatkan jalan dalam hutan malam-malam. Eh, memang jalan dalam hutan pun. Cuma ada tambahan paya, selut dengan lumpur. 

Masing-masing dah kalut dah sebab bawa kasut sukan cuma sepasang je. Sayang pulak kasut sukan ni nak di bawa masuk dalam lumpur. Dah lah kasut Juju ada satu tu jelah. Kami pun pakat keluar ke Bandar Mersing untuk mencari kasut.

Dalam kepala dah terbayang kasut getah yang orang dulu-dulu pakai untuk buat masuk kebun. Cari punya cari jumpa juga kasut getah tu. Murah je uolss. RM10.00. Senang gila nak bersihkan. Haha. Selamat kasut sukan Juju tak kena bawa masuk paya.

Kami berkumpul semula di dataran pada jam 10 malam untuk aktiviti dalam kumpulan. Mungkin kami ni terdiri daripada orang yang bekerja, jadi pelatih dekat situ tak berapa nak strict sangat. Masih lagi boleh bergurau senda selagi tak melampaui batas.

Game pertama kami ialah protect the candle. Chewah, kemain speaking lagi. Haha.. Dalam permainan ni, kami diikat dalam 1 bulatan dan kami kena jaga lilin kami supaya tak padam. Sepanjang perjalanan nak sampai ke dataran, akan ada halangan yang kami kene tempuh. Antaranya air dan juga tepung.


Bila lilin terpadam maka kami perlu berhenti dan jerit nama jurulatih, selagi jurulatih tak hidupkan  semula lilin tu, selagi tu kami tak boleh bergerak. Tapi bila jurulatih dah sampai kami kenalah ikut apa yang jurulatih tu mahukan. Atau dengan perkataan lainnya kami kena denda. Kami kena menyanyi je masa tu. Hehe.


Lepas habis game ni maka program 'Night Walk' pun bermula. Juju tak ingat pukul berapa kami mula masuk ke kawasan paya tersebut. Sebab terlalu fokus dengan bau lumpur yang naik bila kumpulan depan Juju mula masuk ke dalam paya. Pergh.. Ini pertama kali Juju nak redah paya.

Bayangkan dengan keadaan malam yang gelap. Cuma berpandukan cahaya lampu yang rakan kumpulan bawa dan tali yang telah disediakan di kawasan paya tersebut. Memang cuak sungguh. Jurulatih dah bagitau awal-awal supaya tak berdiri dekat kayu yang melintang dalam paya kerana takut tergelincir. Juju pula membayangkan kayu yang melintang tu sebesar lengan, tapi rupanya besar juga. Tak tau nak bandingkan dengan apa. Yang mampu Juju buat cuma melangkah dan duduk atas kayu tu sebelum meneruskan perjalanan.

Air paya tu memcecah sehingga paras dagu. Kesian kawan-kawan yang berbadan rendah. Mereka memang betul-betul bergantung pada tali dan kawan di depan dan belakang. Juju sendiri banyak berpaut pada rakan sekumpulan. Memang tak lepaslah kalau nak jalan sendiri. Mata memang cari tali je. Dengan cahaya yang samar-samar, memang tali tu kena sentiasa pegang. Tak boleh lepas. Huhu.

Gambar dalam paya takda. Huhu sedih. Cerita detail-detail dekat sini, nanti boleh baca lagi. Hehe.

Lepas habis je redah paya kami disuruh membersihkan lumpur dengan air laut. Cuma kami diingatkan supaya tak pergi ke kawasan yang terlalu dalam sebab waktu tengah malam ikan pari suka naik ke kawasan yang dekat dengan pasir.

Maka berakhirlah hati pertama kami. Gambar dekat paya memang takdelah sebab siapa je yang sempat pegang kamera. Masing-masing sibuk pegang tali.

Hari Kedua
Hari kedua pulak kami kena buat jungle tracking. Trek dia memang mencabar. Ingatkan dah habis dah seksa bau lumpur. Tapi kalau dah kate treking die dekat dengan kawasan paya jadi jangan haraplah dapat berjauhan dengan lumpur.




Cuma kami bertuah sebab waktu kami buat treking ni air laut tengah surut. So, no more berendam dalam paya. Hehe. Dalam sejam jugalah kami buat treking tu. Jalan terus sampai ke tepi laut. Terus bersihkan lumpur dan stand by untuk aktiviti laut pulak.

Untuk aktiviti laut ni kami diberi peluang untuk mencuba aktiviti rakit. Yang bestnya rakit tu dah siap jadi rakit dah. Tak perlu kami nak cantum-cantumkan dia jadi rakit. Cuma rakit ni berat nauzubillah. Tak terdaya nak mengangkatnya. Juju bagi rakan-rakan sekumpulan je yang angkat. Muehehe..


Dalam setiap kumpulan akan ada seorang fasilitator yang akan memantau kerjasama berkumpulan. Macam kumpulan Juju ni terlebih kerjasama. Sebabnya ada Pengarah sekali dalam satu kumpulan. Jadi memang kena kerja lebih sikitlah.

Kerjasama yang dimaksudkan adalah macam mana nak gerakkan rakit tu. Maju ke depan dan kemudian berpatah balik semula ke pulau. Dan hasil kerjasama inilah kumpulan kami diumumkan sebagai juara. Yeay.. Muahahaha.

Petangnya pula kami ada aktiviti halangan bertali. Mencabar juga setiap halangan-halangan yang ada dekat sini.




Malamnya pula kami buat aktiviti bbq dan sambutan hari lahir.

Hari terakhir pula kami tak dapat buat aktiviti luar sebab cuaca tak menyebelahi kami. Hujan pula pagi tu. Tak dapat nak sambung buat halangan yang tak sempat kami habiskan petang semalam.




Aktiviti dalam dewan pun tak kurang meriah juga. Ada satu game tu kami kena lukis gambar muka sendiri. Lepas tu fasi akan tukar dengan kumpulan lain. Kita ni pula kena cari siapa yang ada gambar kita dan beratur dekat belakang dia. Kelakar jugalah aktiviti ni.

Lepas hujan reda waktu pun dah sampai masa makan tengahari dan dah tiba masanya juga untuk kami meninggalkan ke PKPI Sekakap. Aduh, terasa berat kaki untuk melangkah meninggalkan tempat yang dah berjaya membuatkan Juju sayang dengan tempat ni. Ada 1001 kenangan dah kami coretkan di sini dan Juju nak simpan kenangan ni supaya boleh baca lagi nanti.

Terima kasih sudi baca :)



9 Januari 2019

Acara Larian Pertama Anjuran SKM Wilayah Kota Tinggi, Run Far Run Together

Rabu, Januari 09, 2019 8
Alhamdulillah, pada 25 November 2018 yang lalu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kota Tinggi buat julung kalinya telah mengadakan acara larian Run Far, Run Together yang bertempat di Stadium Mini, Kota Tinggi.


Acara yang disertai seramai 250 orang peserta itu telah disempurnakan upacara pelepasan oleh En. Hassan bin Rasid, Ahli Majlis Daerah Kota Tinggi.

Nervousnya perasaan sebelum memulakan event ni hanya tuhan saja yang tau. Mohon dipermudahkan, mohon cuaca menyebelahi, mohon persiapan berjalan lancar, eh semuanyalah.

Tapi bila tiba hari kejadian memang kelam kabut pun. Nak menangis rasa. Syukurlah dikurniakan rakan sekerja yang sangat memahami. Sangat memudahkan urusan event pada hari kejadian.

Okeh, jom layan gambar pulak.

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018
 
 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018

 Run Far Run Together 2018


 Run Far Run Together 2018

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Juju bagi pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kota Tinggi nak menyusun sepuluh jari jika ada kekurangan sepanjang menganjurkan event ini. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT dan yang kekurangan itu dari kami.

Wassalam.



19 Mac 2018

Hebahan: Hari Koperasi Negara Peringkat Kebangsaan 2018

Isnin, Mac 19, 2018 3

Hari Koperasi Negara Peringkat Kebangsaan 2018 akan diadakan pada 20 Mac 2018 (Selasa) bertempat di MITC, Melaka. Program ini akan dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada jam 2 petang.

Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan. Diantaranya ialah:
  • Pameran Agensi Kerajaan
  • Jualan sejahtera koperasi
  • Kuiz koperasi
  • Karaoke Co-op Got Talent
  • Persembahan Busker (Kumpulan Signature)
  • DJ Jemputan - Abon
  • Artis jemputan - Dato' Nash
Majlis jamuan rakyat juga disediakan selepas progran perasmian. 
Orang ramai dijemput hadir.

3 Julai 2017

Pre-Syawal 2017 Photoshoot

Isnin, Julai 03, 2017 3
Assalamualaikum semua.

Lama betul KJ tak update blog nih. Dah bersawang sangat dah ni. Hehe, macam biasalah. Bila tuan blog ni cuti, maka blognya pun terabai. Opssss, nasib baik cuti seminggu je. Kalau cuti 3 bulan? Tu maknanya KJ tengah cuti bersalin. Eh, eh, belum mengandung lagi tau.

Okeh, harini KJ nak kongsi aktiviti sebelum raya haritu. Kitorang dekat office ni sibuk nak deko-deko office. Nak sambut raya kan. Takkan office nak sama je suasana dia. Mesti nak meriah juga kan. Maka, terhasillah ruangan kecil untuk kami gunakan dengan sebaiknya.
Ha nampak tak ruang yang sekangkang kera tu? Hehe, dekat situ je ruang yang masih kosong yang rasa macam nak letak sesuatu je dekat situ. Konon berangan nak letak water fountain dekat situ. tapi belum ada budget lagi nak beli. Dapat beli pokok, pagar dengan lampu kelip-kelip je.

Kita okeylah tu kan. Sekurang-kurangnya ada juga tempat untuk kami hias. Haha, jenuh hoi masukkan pokok tu dalam kereta. Dah lah takde tenaga lelaki nak tolong angkat. Maka tulang empat kerat kami bertigalah yang kami gunakan.

Dah, jom layan gambar-gambar yang kami snap ni. Mohon jangan muntah pula tengok gambar yang banyak ni ye :)






Tengah syok-syok ambil gambar tiba-tiba YB Rasman lalu pulak. Sporting betul. Menyapa sambil nak join kami ambil gambar sekali.

Oh ye, beliau ni dulu pernah jadi Pegawai Pengembang di pejabat kami. Tapi sekarang dah jadi Adun Sedili, sangat peramah orangnya. Siap suruh kitorang tag gambar dia dekat Facebook. Hehe.


Maka selesailah sudah episod photoshoot kami tahun ini. Semoga ada rezeki lagi untuk berphotoshoot macam ni lagi tahun depan. InsyaAllah.

Pre-Syawal Photoshoot 2017
Lokasi: Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi
Tema pakaian: Baju kebangsaan
Warna: Biru
Tudung: Beli dekat Plaza Kota Tinggi