Kasih Juju: tips kecantikan

Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts
Showing posts with label tips kecantikan. Show all posts

August 18, 2017

Ubat semulajadi di rumah - bulu mata, kening lebat #tipskecantikan

Ingin kelihatan cantik?
Gunakan lendir pokok lidah buaya da sapukan pada bulu mata dan kening anda.
Lakukan berulang kali untuk mendapatkan hasil terbail.

August 17, 2017

Ubat semulajadi di rumah - Bibir Cantik Berseri

Bibir cantik berseri
Bagi mendapatkan bibir yang cantik, hiris dan rendam kunyit hidup dalam air panas.
Gabungkan1/3 cawan air kunyit hidup,
1/3 cawan santan kelapa dan garam secukup rasa.
Kacau sebati dan minum setiap pagi.

August 16, 2017

Ubat semulajadi di rumah - Bebas Selulit

Bebas Selulit
Salah satu petua untuk merawat selulit yang degil ialah dengan menggunakan serbuk kopi dengan sedikit madu dan air.

Sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat selulit dan biarkan kering. Ia juga mampu menanggalkan sel-sel kulit mati.

August 11, 2017

Ubat semulajadi di rumah - Jus Pembakar Lemak

Jus Pembakar Lemak
Bagi anda yang ingin membuang lemak dalam tubuh, cuba amalkan meminum jus ini pada setiap pagi.

Caranya mudah, hanya kisar sebiji epal, setengah biji timun dan setangkai saderi. Ia juga boleh mengurangkan sakit kepala.

August 10, 2017

Ubat semulajadi di rumah - Atasi Parut Hitam

Atasi Parut Hitam
Pudarkan parut hitam pada tubuh dengan menggunakan ubi kentang. Parut nipis kentang dan letakkan pada parut.

Lakukan berulangkali sehingga kesan parut tersebut hilang.

August 9, 2017

Ubat semulajadi di rumah - Masker Putih Telur

Masker Putih Telur
Ambil 2 biji telur putih dan pukul hingga kembang.
Kemudian sapu pada wajah selama 20 hingga 30 minit. Biarkan kering sebelum dicuci bersih.

Putih telur dapat menegangkan kulit dan menghilangkan jerawat selain baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign