Kasih Juju: vacation
Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

December 13, 2017

Dari Johor ke Kuala Terengganu

8:00 AM 2
Dari Johor ke Kuala Terengganu
Percutian ke Kuala Terengganu l Hai korang, harini KJ nak cerita pasal percutian selama 5 hari 4 malam KJ dengan mak, abah, adik bongsu dan jugak si kecik Firash beserta kakak sepupu dia.

Kami memulakan perjalanan pada jam 1.30 petang Sabtu. Betul-betul lepas solat Zohor. Perjalanan dari Benut hingga ke Muadzam Shah mengambil masa selama lebih kurang dalam 4 jam. Lalu jalan kampong, mana boleh nak laju-laju. Lagipun inilah jalan yang paling dekat nak ke Negeri Pahang. Dan part yang paling adventure tu bila dekat Felda Redong, abah tau ada satu jalan pintas yang tak perlu lalu bandar Segamat. Tapi jalannya ditutup sebab ada jalan yang runtuh akibat banjir suatu masa dahulu. Abah kata takkanlah JKR tak selenggara semula jalan tu, mesti dah siap dah.

Maka dengan nekad dan penuh confident’nya kami pun redah jelah Felda Redong. Masuk je simpang felda tu dah nampak dah papan tanda mengatakan jalan yang kami nak lalu tu masih ditutup. Tapi kami redah juga.

Mula-mula cuak jugalah sebab tak banyak kereta yang lalu jalan ni. Tapi dalam pada cuak tu banyak juga kereta dari arah depan. Dan kami akhirnya memasuki kawasan ladang kelapa sawit. Macam gambar dekat bawah ni.

Serius weh, kami memang redah je jalan sawit tu. Nasib baiklah cuaca haritu cerah. Jalan Cuma berdebu je. Boleh bayangkan tak kalau hujan. Memang kotorlah kereta. Lalu jalan tanah merah. Paham-paham ajelah.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pahang. Abah kata nak berhenti solat di Muadzam Shah. Sempat jugalah kami mengisi dulu perut yang lapar. Tapi kalau kita berjalan jauh ni memang cepat je rasa lapar kan. Hehe. Masa makan tu abah kata nak teruskan je perjalanan ke Terengganu. Tapi dia pandang KJ minta persetujuan sebab lepas ni KJ yang akan memandu. KJ pun setuju sajalah. Memandangkan jarak perjalanan dari Muadzam Shah ke Kuala Terengganu memakan masa dalam 3 jam sahaja.

Dan akhirnya dalam jam 8.30 malam kami sekeluarga sampai ke Kuala Terengganu. Tapi kami tak terus mencari hotel untuk check in. Tapi kami cari dulu kedai celup tepung. Hehe, punyalah pack sangat masa kami. Abah kata jadual besok nak ke Pasar Payang dan Tasik Kenyir sahaja. Takkan singgah cari celup tepung lagi dah. Maka KJ pun turutkan juga kehendak abah. Berpusing-pusinglah di sekitar kawasan Lapangan Terbang mencari kedai yang jual celup tepung.

Memandangkan jam dah menunjukkan hampir 9 malam, Cuma ada 1 saja kedai yang jual celup tepung ni. Kalau kedai yang jual masakan ala thai tu memang melambak-lambaklah di tepi-tepi jalan.  Alhamdulillah. Merasa juga makan ikan, sotong dan udang celup tepung. Lokasinya berhampiran dengan lapangan terbang.



Setelah mengisi perut, kami pun bergerak ke Kuala Terengganu untuk mencari hotel yang murah dan selesa untuk kami berehat 1 malam. Ha nampak tak? Punyalah perancangan nak tidur Kuantan, tapi last-last sampai terus ke Kuala Terengganu.

Setelah meng’Google serba sedikit di Agoda, maka kami pun terjah je Hotel YT Midtown Kuala Terengganu. Abah tempah bilik yang ada 3 katil. Jadi adik bongsu terpaksalah tidur di lantai. KJ dan Firash tidur di tepi dinding. Memang sengaja pilih tepi dinding sebab si Firash tu tidur lasak.


Tapi maafkan KJ sebab KJ tak sempat nak ambil gambar di hotel ni. Almaklumlah, check in dah lewat. Nampak katil tu memanggil-manggil dah. Tapi gambar yang KJ ambil dari website ni memang dah samalah. Cuma bilik ni agak kecil utnuk kami yang 4 dewasa dan 2 kanak-kanak. Harga 1 malam dalam RM170.00 termasuk sarapan untuk 3 orang.

Pilihan sarapan juga tidak banyak. Sesuailah dengan bayarannya kan. Walaupun tak banyak pilihan, yang penting si Firash suka dengan mihun sup dia. Kena selera budak-budaklah senang kata.

Dan dalam pukul 11.30 pagi kami pun check out dan menuju ke Pasar Payang. Yeay.. Jom jalan. Sampai je kat Pasar Payang benda pertama yang kami cari ialah keropok keping. Tapi kami tak boleh nak beli banyak-banyak memandangkan banyak lagi tempat yang kami akan singgah. Toto ke baju ke memang kami tak belilah. Kami cuci mata je.

Okkaylah. Cukup sampai sini dulu. Lepas ni KJ akan buat entri mengenai Tasik Kenyir pula.
Terima kasih sudi baca.


March 15, 2017

Family Gathering di Punggai Bayu Beach Resort

2:06 PM 7
Family Gathering di Punggai Bayu Beach Resort
Assalamualaikum semua,

Sebelum tu nak minta maaf banyak-banyak sebab entri ni dah lama terperam. Ada kerja hakiki yang perlu diuruskan dahulu. Tapi Alhamdulillah, kerja 'urgent' dah siap. Tinggal saki-baki je lagi nak kena buat laporan.

Okeh, berbalik pada cerita family gathering. Sebenarnya plan nak ke Melaka. Kononnyalah kan. Tapi berakhir dekat Kota Tinggi jugak. Haha, tak kisahlah. Yang penting hajat utama nak buat family gathering tu dah berjaya.

Jarak dari bandar Kota Tinggi nak ke Kampung Punggai ni lebih kurang dalam 65 kilometer. Lebih kurang sejam 15 minit perjalanan. Laluan di Bandar Penawar agak teruk sikit sebab banyak sangat lori besar-besar lalu. Ditambah pula dengan kerja-kerja pelebaran jalan. Sabar betul penduduk dekat sana.
No automatic alt text available.
Klik untuk lebih jelas
Dekat atas ni dia punya rate bilik. Sangat-sangat budget friendly. Saya ambil bilik Melor memandangkan saya cuma bertiga dengan suami dan si Firash. Kami ambil bilik asing-asing supaya lebih privasi. Fasiliti dalam bilik cuma ada yang basic sajalah. Tv, kettle, tuala, aircond, meja cermin dan tilam. Haha, tilam tu mestilah wajib.
Image may contain: outdoor
Deretan bilik melor.
Selain bilik Melor, saya booking juga bilik Mawar untuk ipar-ipar yang anak ramai. Bilik dia luas sikit sebab ada 2 katil queen.
Image may contain: sky, cloud, tree, outdoor and nature
Bilik Mawar
Masa sampai tu hujan turun renyai-renyai. Macam meraikan pula kehadiran kitorang. Masa ni cuma ada keluarga kami dengan 1 lagi keluarga. Tak ramai orang pun. And the best part is, kolam renang tu kitorang punya.

Budak-budak kemain gedik lagi nak mandi pool waktu hujan. Tapi kami tahan dulu. Lepaskan lelah kejap. Baru boleh terjah swimming pool.

Pantai dekat sini tak berapa nak menarik. Nak main air pun tak berani. Sebab kotor. Huhu.. Sedih betul tengok banyak sangat sampah sarap terdampar dekat persisir pantai. Kecewa betul. Kalau bersih memang dah terjun laut jugalah. Haha..





Malam tu pula, kami buat aktiviti barbeku. Rugilah kalau dah dekat tepi pantai tapi tak buat bbq kan. Macam ada yang tak kena. Omputih kata something wrong somewhere.

Saya tak menyibuk sangat dekat ruangan bbq tu. Tapi saya menyibuk dekat meja makan. Haha, daripada dok tunggu mende bakar-bakar tu lebih baik saya makan. Banyak giler makanan yang kitorang bawak.

Dekat sini ada juga disediakan mesin karaoke. Masuk je 50sen x 2 pastu pilih lagu and nyanyi. Tapi saya tak nyanyi pun. Takde bakat langsung. Kalau menyanyi dalam bilik air boleh la. Hehehe..

So, overall nya percutian singkat ni sangat-sangat memuaskan. Kalau korang nak cari percutian bajet, bolehlah ke sini. Ni link facebook Punggai Bayu Beach Resort --> https://facebook.com/profile.php?id=807896616017498 ataupun boleh whatsapp dekat 019-7555682.