Kasih Juju: wedding

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

May 18, 2017

My Best Friend Big Day

Sambungan entri Pantai Teluk cempedak hari tu ye.

Sebenarnya tujuan utama kami sekeluarga ke Kuantan adalah untuk menghadiri majlis pernikaha kawan baik KJ. Dah alang-alang sampai Kuantan tu kan, wajiblah jalan-jalan dulu.
Sebahagian daripada ahli jemaah yang ikut ke Kuantan haritu. Pergi 2 kereta penuh. Ha.. Nasiblah nak. Carilah keselesaan sendiri dalam kereta tu. Gerak ramai-ramailah baru meriah. Walaupun macam-macam ragam nak kena hadap, tapi itulah kehidupan.

First of all, KJ nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada BFF KJ, Liha di atas pernikahan beliau bersama jejaka pilihan hati. KJ doakan semoga ikatan pernikahan yang dibina ni akan kekal sampai bila-bila. Semoga kuat dan senang menghadapi dugaan yang mendatang.

Oh my god, too emotional nak bagi ucapan panjang-panjang. Rindu dekat sahabat baik KJ ni. Dia baik sangat dengan KJ. Sayang betul nak lepaskan dia. Haha. To Liha's Husband, please please please take a good care of her.






Sumanya cantik kan. Pelamin cantik, pengantin cantik, hand bouquet cantik, kawan pengantin cantik. Eh.. Hahaha.. Terlajak pula. Majlis dia sederhana je. Nikah pagi tu terus sanding. Takda acara tukar-tukar baju pun. Jimat!

Hurm, lepas ni kalau kena turun KL terpaksalah sewa hotel. Dah tak boleh nak stay rumah Liha. Kena cari masa nak spent time together nih. Banyak benda nak cerita. Jumpa haritu pun sekejap je. Pengantin sibuk.

Tibalah masanya KJ berangkat pulang. Tak sempat nak jumpa BFF yang lagi sorang. Lambat sangat dia sampai dari Klang. Terpaksa balik awal sebab perjalanan kami jauh. Budak-budak pula nak sekolah besok. KJ dah siap ambil cuti awal-awal dengan encik suami. Memang badan letih betul.

Tengok muka budak-budak tu. Nak berkinja-kinja dalam kereta pun dah tak larat dah. Semua dah kehabisan bateri. Kalau tak, takdanya tudung KJ boleh terletak elok macam tu. Senget benget dikerjakan budak berdua tu. Huhu.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

December 13, 2012

Happy Marriage My Precious..

Assalamualaikum dan Selamat Hari Khamis semua..

Bulan kahwin dah tiba.
Ramai jugak kawan2 SukaGelak yang kawin dan akan berkawin bulan ni.
SukaGelak je yang tak kawin2 lagi.
Hehe.. Ontheway dah. Tengah tunggu bapa encik tunang set taim nak datang jumpa bapa SukaGelak.
Huh.. Berdebar2 pulak rasenye.

Ni gambar bestfren SukaGelak mase form5.
Nasib baik la die sanding hari Ahad. Kalau die sanding hari Sabtu memang meraung la sebab tak dapat pegi.
Sebabnye boleh bace kat entri ni.
Badan penat pun ku terjah jua :)
Dekat Mambau jek.
Selamat Pengantin Baru Nurul Hanim Sulaiman aka Bintiq.
Semoga kekal bahagia sampai bila2...Lebiu much2 :)

Kat bawah ni pulak kawan2 1 tempat kerja.
Sorang sanding kat Kedah, sorang lagi sanding kat JB.
Hoho.. Memang tak dapat la nak pegi 2,2 sebab baru balik kursus kat Pangkor.
Boleh bace stori Pangkor kat SINI.

Yang ni kawan kat ofis. Kak Pizah namenye. Hmmm..berseri2 muka pengantin. :)
Sanding dekat Alor Star, Kedah.

ni kawan kat simpang renggam. kawan 1 tempat kerja.
Sanding kat JB.
Encik Lokman namenye. Selamat Pengantin Baru.
Semoga berbahagia disisi isteri tercinta :)

Tengok kawan2 kawen rase tak sabar pulak nak kawen.
Wah..gatal sungguh.
Serius nih, kalau ikut plan majlis dah dekat.
Tapi tak pegi kursus kawen lagi, test HIV, barang2 hantaran, book mak andam.
Warghhh.... Sempat ke tak ni??
Tema warna kawen pun xde lagi..Huhuhu..Any suggestion?
Help.....!

Wassalam.

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign