Kasih Juju

April 18, 2017

My Work Life This Week

Assalamualaikum semua,

Lama rasanya tak menaip panjang-panjang guna smartphone ni. Harini rasa macam nak update blog guna smartphone pulak.

Sebenarnya tak de apa pun nak dikisahkan. Cuma lately ni rasa macam penat sangat. Penat dengan kerja. Sampaikan nak update blog dekat office pun lemau jek. Dah terlanjur ada masa lapang dekat rumah ni kita amiklah kesempatan ni sehabis baik.
Image source google picture

Korang nak tau ke apa yang saya sibukkan di pejabat minggu ni? Hmm.. Saya story sikit eh dekat korang.

Saya tengah kumpul data anggota koperasi. Dalam data anggota tu ada butiran nama, alamat, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, pekerjaan, bangsa, jantina, tarikh jadi anggota, tarikh berhenti dan juga nombor anggota.

Masalah timbul bila koperasi cuma bagi nama dengan alamat je. Ko rase?? Mula-mula rasa macam dah fed up sangat mengadap benda tu. Tapi disebabkan semangat berpasukan kami yang saling positif antara satu sama lain kami teruskan juga menyiapkan data anggota.

Rupa-rupanya daripada nombor kad pengenalan tu kita boleh trace jantina dan tentulah tarikh lahir. Ada juga formula untuk masukkan ikon - disetiap pemisah nombor kad pengenalan.

Dari situ mood nak buat kerja jadi seronok. Gila ke tak seronok.. Daripada nombor kad pengenalan 123456789012 boleh automatik jadi 123456-78-9012.

Lepas tu nak automatikkan jadi tarikh lahir pun ada formula dia juga.  Daripada tahun dekat depan boleh jadi tahun dekat belakang. Laju jelah buat kerja kalau dah macam ni kan.

Ada ke yang nak tau formula yang kami gunakan? Nanti saya akan kongsikan dalam entri yang lain ye.

Sampai berjumpa lagi. Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

April 16, 2017

GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR


GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR 


SOALAN UNTUK GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR

1. Berikan nama karakter POWERPUFF GIRLS

2. Siapakah idola cilik (Malaysia) kepada POWFACTOR - POWERPUFF GIRLs?

3.Bilakah program POWFACTOR ini di tayangkan dan di mana akan di tayangkan?

4. Lengkapkan slogan ini "Saya ingin memenangi GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR kerana saya tertarik dengan hadiah yang ditawarkan!! Hehe, walaupun saya tak berapa nak mengikuti kartun Powerpuff Girls ni, tapi cute juga kan kalau dapat hadiah kartun ni. Dan dah tentu jugalah saya akan berebut dengan si Firash. Walaupun kartun ni sesuai untuk kanak-kanak perempuan, tapi ada si Firash kisah? Yang penting kartun." (tidak melebihi 50 patah perkataan)


klik BANNER untuk SERTAI



SYARAT-SYARAT GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR


1. Warganegara Malaysia

2. Jawab semua soalan diatas.

3. Buat satu entri blog yang bertajuk GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR dan jangan lupa sertakan jawapan di entri blog masing-masing ye.

4. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.

5. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube

6. Penyertaan GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR akan di tutup pada 28 April 2017 jam 11.59 malam (Jumaat)


HADIAH UNTUK GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR






2 pemenang dari FACEBOOK dan 2 pemenang dari BLOG ini di cari. Nak tahu ke apakah hadiah untuk KEMPEN POWFACTOR ini? Ha...hadiahnya agak ekslusif juga tau.

*4 set of Powerpuff Girls plush toys (Blossom, Bubbles, Buttercup)
*4 sets of UBS (Blossom, Bubbles, Buttercup)
*4 Powerpuff Girls notebook
*4 Powerpuff Girls stickers

Jom sertai ! Semoga Berjaya !

Selanjutnya untuk informasi, keterangan lanjut dan lain-lain pertandingan. Boleh lawati ke : Astro Circle website., www.PowerpuffYourself.com , CartoonNetworkAsia.com atau facebook.com/Asia.CartoonNetwork.








April 13, 2017

Tips Untuk Lulus Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S29

Assalamaualaikum semua

Nak tanya ni, ada tak yang dapat tawaran menjawab soalan secara atas talian jawatan Penolong Pegawai Penerangan S29? Kalau yang dah dapat tu, korang dah buat persediaan ke belum? Kalau belum saya ada satu barang nak war-warkan dekat korang nih. InsyaAllah barang ni akan tolong korang masa menjawab soalan tu nanti

Tapi barang saya nih ada syarat. Alamak! Lain macam je bunyinya. Haha.. Bukan syarat apa pun, syaratnya korang kena beli awallah. Kalau beli lambat nanti bila masanya korang nak menelaah pula. 

Image may contain: one or more people and text

Sebelum menjawab soalan-soalan tu korang kena tahu beberapa perkara. Bukan boleh semberono je pilih jawapan. Kalau korang nak semberono je silalah abaikan persediaan diri. Dah confirm tak terpilih punyakan. 

Tapi, untuk korang yang betul-betul serius nak buat persediaan, korang boleh klik dekat;

No automatic alt text available.

Untuk yang dah download, tahniah saya ucapkan. Korang memang pantas. Tak perlu teragak-agak. Masa depan anda akan cerah jika anda membuat persediaan dari sekarang.

Image may contain: 1 person, sitting and text

Yess, korang layak untuk lulus kali ini. Jangan biarkan kegagalan yang lalu terus menghantui hidup korang. Berubah sekarang. Buat persediaan awal. Biarkan je mereka yang tercicir tu. Okeh.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

April 12, 2017

GJoy Parfum - If You Can't Be Rich At Least You Smell Expensive

Hai korang,

Harini saya bau wangi sangat. Wangi yang tak menusuk hidung tau. Lembut je bau dia. Eh, eh! Kenapa bercerita pasal bau-bau wangi ni? Ha sebabnya saya dah spray Gjoy Parfum lah.

Kalau korang nak tau, founder dia dah bagi saya tester. Saya suruh dia yang pilihkan sebab saya ni tak familiar sangat dengan jenama perfume antarabangsa ni. Hehe..

Terima kasih dekat founder Gjoy Parfum sebab bagi saya merasa guna perfume bau mahal ni. Kalau korang nak tau lagi, tagline dia 'If you can't be rich, atleast you can smell expensive'. Hah nampak? Tak terasa ke nak cuba?

Kalau korang tak nak beli yang besar pun boleh beli yang saiz kecil dulu. Tak de masalah pun. Dia ada macam-macam jenis bau. Koranh tinggal pilih je. Kalau tak tau nak pilih yang mana boleh minta pihak Gjoy Parfum pilihkan. Confirm korang puas hati punyalah.

Antara ciri-ciri lain dekat Gjoy Parfum ni adalah:
Tahan lama
Edp perfume
35ml
60% daripada pati sebenar
Murah
Boleh digunakan untuk solat

Pengkongsian Ilmu Tentang Jenis Perfume
Istilah Parfum / Minyak Wangi
Pada botol pewangi wangian sering tertulis label 'parfum', 'eau de parfum', 'eau de toillette' atau 'body splash'. Mungkin banyak dari Anda masih bingung, kandungan apakah itu dan berpengaruhkah pada ketahanan aromanya?

Label-label tersebut ternyata berkait rapat dengan kadar kandungan pati parfum. Semakin tinggi tingkat patinya, maka semakin lama pula wangian tersebut bertahan dan tentunya, semakin mahal harganya.

Parfum (Pure Perfume) - Kadar Ketumpatan  patinya mencapai 16%-30%, dan asli tanpa campuran alkohol. PARFUM adalah pati minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. Tahan lebih lama sehingga 6-8 jam bergantung kepada jenis kulit.  Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama.

Jangan menyemburkan semburan parfum ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan noda. Cukup dengan oleskannya sedikit di nadi tangan dan belakang telinga.

Eau de Perfume -Kadar Ketumpatan patinya mencapai  8%-16%. EDP atau Eau De Parfum mengandungi pati yang kurang pekat daripada Parfum. Tahan sehingga 3-5 jam. Ia mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.

Eau de Toilette - Kadar Ketumpatan  patinya mencapai 5%-8%. EDT atau Eau De Toilette merupakan minyak wangi yang lazim didapati di pasaran. Tahan sehingga 2-4 jam. Wangian ini berada setingkat diatas cologne. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk banyak acara mahu pun saat bersantai bersama teman.

Eau de Cologne - -Kadar Ketumpatan patinya mencapai 3%-5%. EDC atau Eau De Cologne adalah minyak wangi yang paling lemah dan kebiasaannya dipasarkan kepada lelaki. Tahan sehingga 2 jam. Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain. Amat sesuai digunakan di bagian tubuh, untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum setelah mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.

Eau Fraiche / Body Splash
Eau Fraiche biasanya disebut dengan istilah Perfume BodyMist atau Body Splash. Ia memiliki kadar pati terendah di antara semua jenis parfum , dengan campuran kurang dari 3% dan bertahan hanya sekitar 1 jam saja.  Wanginya tidak bertahan lama dan cepat menguap, karena kadar alkoholnya yang tinggi. Sama seperti eau de cologne, body splash lebih sesuai dipakai untuk mengharumkan tubuh.
Image result for perfume edt

Kita sering menjumpai jenis EDP dan EDT. Perlu kita pahami bahwa tidak semua parfum tersedia dalam 2 jenis ini. Untuk parfum wanita sebagian besar berjenis EDP, sebaliknya untuk lelaki sebagian besar berjenis EDT.

Umumnya, parfum jenis EDP lebih tahan lama daripada EDT. Namun ketahanan aroma sebuah parfum dipengaruhi oleh banyak hal. Salah satunya jenis aroma dari parfum tersebut. Ada yang kuat, sedang, dan halus. Ada parfum berjenis EDP yang jenisnya halus, tentunya ia tidak akan bertahan lama. Banyak juga jenis EDT yang aromanya kuat sehingga aromanya bertahan lama.
Kebanyakkan  produk wangian mengandung alkohol. Jadi, semakin tinggi kadar kepekatan pati parfum semakin sedikit kadar alkoholnya. Karena sifat alkohol yang menguap, fungsi alkohol disini untuk membantu menyebarkan aroma parfum agar tercium oleh orang-orang di sekitar Anda.

Selain itu, walaupun kadar kepekatan pati parfum mempengaruhi berapa lama wangian dapat bertahan pada tubuh Anda,  Selain itu kondisi kulit kita juga mempengaruhi ketahanan parfum tersebut.  Misalnya, mereka yang memiliki kulit kering, wangian parfum akan lebih cepat berkurang berbanding mereka yang memiliki kondisi kulit berminyak. Kadar PH seseorang, juga akan mempengaruhi interaksi antara kulit dan parfum.

Itu sahaja lah yang dapat kami kongsikan berkenaan dengan istilah minyak wangi ini. Marilah kita sama-sama memahaminya agar dapat memudahkan kita dalam memilih wangian disamping mengetahui maksud istilahnya.

(Perkongsian diatas diambil daripada --> https://www.facebook.com/GJoy-Perfume-Albadz-290739344674036/?fref=nf

Dekat bawah ni antara senarai nama parfum yang GJoy Parfum dah keluarkan.
Image may contain: text

Ha korang tu apa tunggu lagi. Harga dia murah tau. Kalau na tau berapa murah korang kenalah terjah official Facebook dia dekat --> GJoy Parfum

Psst.. Sekarang ni ada kontes like dan share dekat FB GJoy Parfum. Kalau korang bertuah, korang akan dapat sebotol perfume 15ml.. Hah! Tak nak ke? Tak nak ke? Free je tu. Jom join cepat-cepat sebelum kehabisan stok.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

April 11, 2017

Cara Mengatasi Masalah Jeragat

Assalamualaikum semua,

Nak tanya ni. Berapa ramai antara kita yang ada masalah dengan jeragat? Cuba angkat tangan sikit. Saya nak tengok. Hmm 1  2  3   4.. Eh! Eh! Macam ramai je yang ada masalah jeragat. Hah meh sini rapat-rapat saya nak share sesuatu dengan korang.

Apa itu jeragat?
Pada yang tak tahu, jeragat tu bintik-bintik hitam dekat muka. Dia bukan bekas jerawat tau. Jerawat pun bukan. dia nampak macam ade lekuk kecil dekat muka. Biasanya jeragat ni terjadi disebabkan pembentukan minyak, sel-sel kulit mati dan juga bakteria di kawasan liang-liang muka terutamanya di sekitar hidung, dagu, pipi dan dahi.
Image result for jeragat
Hah, gambar dekat atas nilah contohnya rupa jeragat tu. Sangat tak cantik kan? Muka dah putih. Tapi tiba-tiba ada pula tompok-tompok hitam dekat muka. Nampak pelik pula.

Cara mengatasinya

Nampak macam eeuuuuu... Macam mana nak hilangkan hitam-hitam dekat muka nih? Ha meh sini saya nak tunjukkan satu produk terbaik yang boleh selesaikan masalah korang.

Mylea Freckles Serum
mylea freckles serum

Mylea Freckles Serum khas untuk masalah jeragat, hanya dengan sapu je dah boleh hilangkan jeragat dekat muka korang. Tak kiralah jeragat yang lama atau pun yang baru nak menempel dekat muka.

Mylea Freckles Serum ni bersifat water based. Bahan asas dari sumber mineral dan sangat kaya dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan juga buah-buahan.

Serum ni boleh dipakai atau dicampur dengan mana-mana produk, tiada bahan kimia dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT160300607K)

Kebaikan Serum Mylea
  • Penawar nombor 1 masalah jeragat;
  • mencegah jeragat daripada merebak dan menebal;
  • membantu menghilangkan bintik hitam di wajah;
  • mencerahkan warna kulit;
  • membantu menghilangkan parut dan bekas jerawat;
  • membantu mendapatkan tona kulit yang sekata
  • merawat kulit kusam
  • mengawal masalah kulit berminyak;
  • mengecilkan liang pori; dan
  • membantu anda mendapatkan kulit idaman dalam jangka masa yang cepat, berkesan dan tiada kesan sampingan.
Cara penggunaan
Picitkan sedikt Mylea Freckles Serum pada tapak tangan dan sapu pada bahagian kulit wajah yang bermasalah.
(Setitik sahaja sudah mampu untuk seluruh wajah kerana serum ini pekat dan tidak berminyak, malah terus meresap ke dalam kulit wajah.)

Disyorkan guna pada;
  - Waktu pagi 10 - 15 minit sebelum menggunakan make up

  - Waktu malam sebelum tidur, antara 10 - 15 minti sebelum menggunakan krim malam.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat, anda digalakkan untuk menggunakannya 2 kali sehari.

mylea freckles serum

Harga

RM90.00

Kandungan

Aqua, propylene glycol, unsaponifiable olive oil, cetyl, ceg beeswax, dimethicone, cucumis sativus ekstrak, citrus medica limonium peel extract, symphytum root cell extract (phyto-celltec), sodium cocoamphoacetate, L-Gluthathione, asscorbyl tetraisopalmitate P, polycrylamide and C13-14, tocopherol acetate, arbutin, isoparaffin and laureth-7, phenoxyethanol, ethyloxyglycerin, caprylyl glycol and ethyloxyglycerin.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Instagram: https://www.instagram.com/mylea.official/
Facebook: https://www.facebook.com/Mylea-Skincare-Malaysia-556641851088801/
Website: http://myleaskin.com/
mylea freckles serum

Untuk order, boleh whatsapp dekat nombor --> 017-777 8191 atau 013-984 5104
AGENT WANTED!

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign