Kasih Juju

May 16, 2017

Rahsia Pecah Lemak Secara Semulajadi dengan STEA

Siapa dekat sini suka dengan teh hijau? Dulu masa zaman sekolah lagi, KJ memang suka dengan bau teh hijau. Bau dia sangat-sangat menyamankan. Sampaikan sabun mandi, syampu rambut dengan pencuci muka pun KJ cari yang ada teh hijau. Nampak tak betapa obsesnya KJ dengan teh hijau.

Tapi sekarang ni, teh hijau bukan sahaja boleh membersihkan luaran kita, tapi dalaman pun dia boleh tolong bersihkan. Seronoknya.
Kelebihan teh hijau:
  1. Membantu dan mengawal paras gula dalam dalam darah. Sesuai untuk pesakit diabetis.
  2. Para saintis percaya teh hijau memberi manfaat kepada saluran dan injap darah. Saluran darah akan menjadi tenang dan stabil. Ianya sekaligus akan mengurangkan risiko serangan saki jantung.
  3. Teh hijau dipercayai mengurangkan risiko barah esofogus. Ia juga dipercayai mampu membunuh sel barah tanpa mengganggu sel-sel sihat yang lain.
  4. Mengurangkan tahap kolestrol jahat dalam badan
  5. Mengurangkan risiko penyakit Alzhaimer dan Parkinson.
  6. Satu kajian menunjukkan bahan kimia antioksida dalam teh hijau boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain.
  7. Asid amino yang terdapat dalam teh bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.
  8. Kajian terhadap teh hijau mendapati ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.
Dan untuk itu, KJ nak suggestkan korang cuba minum STEA, Teh Hijau Asli ni. KJ sendiri dah rasa perbezaan ketara yang KJ dapat lepas minum teh hijau ni.


Badan KJ rasa lebih bertenaga dan ringan. Dalam usia KJ sekarang ni, KJ perlukan makanan tambahan untuk memastikan supaya tenaga KJ sustain sampai malam. Siang KJ perlu bekerja, ditambah pula dengan perjalanan pergi dan balik yang agak jauh. Bila dah balik kerja pula KJ perlu menguruskan rumahtangga KJ. 

Mana nak layan anak dan suami, nak mengemas lagi, memasak lagi dan KJ memang sangat-sangat suka dengan bau teh hijau ni. Betul-betul menenangkan tau.


Kebaikan STEA:
  1. Mengawal berat badan
  2. Meningkatkan metabolisme
  3. Meningkatkan tahap pengoksidan dan pemprosesan lemak
  4. Membantu mengawal paras glukosa
  5. Menjaga saluran darah lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah
  6. Mengurangkan risiko penyakit kanser
  7. Mengawal kerosakan gigi dan bau nafas
  8. Agen anti kemurungan / Anti depression
  9. Agen anti virus dan anti bakteria
  10. Penjagaan kulit / anti aging
Testimoni pengguna:
Ini adalah testimoni daripada penjual STEA ini sendiri. Dia minum STEA ni secara konsisten dan hasilnya, ha korang tengoklah sendiri.

Amacam? Dah termotivasi ke belum? Korang jangan tak tau pula yang STEA ni juga merupakan agen detoks yang paling berkesan.

Harga:
RM60.00

Cara Penyediaan:
Rendam 1 uncang teh Stea bersama air panas dan biarkan selama 3 - 5 minit sebelum diminum.
Tips: Uncang teh ini boleh digunakan 2 atau 3 kali. Jadi jangan terus buang selepas digunakan.

Beli dekat :
Facebook : www.facebook.com/adlinadnan
Facebook page : www.facebook.com/adlinslimbeauty
Instagram : www.instagram.com/adlinslimon9

Ataupun kalau korang dekat area Negeri Sembilan, boleh whatsapp dekat nombor +6016-320 2444. InsyaAllah agen Negeri Sembilan boleh terus COD depan pintu rumah korang.

Terima kasih sudi singgah.
Wassalam.

Giveaway Time by Aishah Badrulhisham

Syarat Wajib Giveaway
  1. Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Time by Aishah Badrulhisham"
  2. Follow blog : Aishah Badrulhisham 
  3. Follow Instagram : @aishah.bdrlhshm & @qayra_signature_hq 
  4. Like Facebook page : Qayra Signature HQ
  5. Add friends Facebook : Aishah Badrulhisham
Hadiah produk kecantikan organik ini ditaja oleh Qayra Signature . Di mana, produk-produk Qayra ni semuanya diperbuat daripada bahan-bahan organik yang semestinya halal dan selamat. Manakala, hadiah wide shawl pula ditaja oleh aku sendiri, sebagai tuan punya blog.

Set produk kecantikan : 1 Turmeric Cream, 1 Turmeric Soap & 1 Organic foundation.

May 15, 2017

Kedai Emas Online Yang Dipercayai

Hai semua,

Saya percaya ramai antara kita yang suka sangat shopping online. Sebab saya sendiri pun sangat suka membeli-belah dalam talian. Sampai satu tahap tu rasa macam ada yang tak kena je kalau tak shopping online ni. Hehe.. bahaya betul.

Tapi, pernah tak korang beli emas online? Hah! Saya sendiri takut nak beli emas online ni. Takut kena tipu. Takut emasnya kurang gram. Huish.. Yang paling takut sekali boleh ke kita percaya dengan peniaga yang jual emas secara online ni?

Harini, saya nak kenalkan dengan anda-anda semua pasal satu kedai emas lelong. kalau dah namanya lelong tu mestilah murahkan. Hah! Macam tak percaya je kan. Iya, percayalah. Kedai tu memang wujud. Cuba korang search dekat sini --> kedai emas murah ataupun sini --> kedai emas lelong.

Ha.. Nampak tak. Dunia dah canggih dah sekarang. Kalau korang nak tau lagi, kedai emas ni bertempat di Kuala Terengganu. Beruntungnya jadi orang Terengganu dapat beli emas murah-murah.



Eh! Kita pun tumpang untung juga tau. Sebab syarikat ni menyediakan perkhidmatan menjual emas secara atas talian. Kedai emas ni pun dah memang viral di Facebook.

Ada bermacam-macam design terkini yang kedai ni tawarkan. Korang pun boleh pilih-pilih dulu sebelum buat keputusan nak design yang macamana. Tapi kita ni orang perempuan kalau dah pilih mesti kena beli. Kalau tak nanti tidur malam tak lena. Asyik termimpi-mimpi je. Hehe







Amacam? Dah tergoda ke belum. Untuk maklumat lanjut mengenai kedai emas MAYA ni, korang boleh terjah Facebook dia dekat link bawah ni.
Facebook page: https://www.facebook.com/KedaiEmasLELONGMaya

5 fakta mengenai Kedai Emas Lelong MAYA.
  1. Emas dari KEDAI EMAS LELONG MAYA ini bukan emas pajak yang tidak ditebus atau tidak diambil oleh pemilik asal.
  2. Pemilik KEDAI EMAS LELONG MAYA menamakan nama ini dengan nama EMAS LELONG dengan harapan untuk memberi persepsi  atau tanggapan kepada orang ramai bahawa dengan perkataan LELONG itu menunjukkan harga emas itu murah.
  3. Sememangnya harga emas yang KEDAI EMAS LELONG MAYA jual adalah sangat-sangat murah berbanding harga pasaran emas semasa hari ini RM190/gr. Tetapi kedai emas lelong jual RM169.80/gm.
  4. Semua barang-barang kemas yang ada di kedai EMAS LELONG MAYA adalah emas baru. Fresh dari ladang kilang.
  5. Paling menarikdi kedai EMAS LELONG MAYA adalah kesemua design emas adalah yang paling terkini dan jarang ditemui di kedai emas yang lain.

Kalau warga Terengganu nak terjah terus kedai emas MAYA ni, boleh terus ke alamat di bawah:
No.105A, Jalan Hiliran, Chabang Tiga - LOKASI BERHADAPAN PEJABAT POS
CHABANG TIGA
Kuala Terengganu 21000
No Telefon: 012-910 9215

Website rasmi;
www.kedaiemaslelong.com
Waktu operasi kedai: 10am-6pm

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Makan Angin di Tanjung Bidara Beach Resort

Assalamualaikum korang dan salam sejahtera.

Okeh, siapa dekat sini yang dah pergi bercuti ke Melaka? Ha, mesti ramaikan. Saya sendiri sangat seronok bila bercuti ke Melaka. Walaupun dah berkali-kali ke Melaka, tapi bila ada yang mengajak, laju je saya setuju. Hehe.. Sampaikan masa baru kahwin dulu suami tanya nak berbulan madu dekat mana? Saya kata, jom pergi Melaka. And lepas tu my husband was like... Melaka lagi? Okeylah.. Jom.. Melompat bintanglah saya.

Nak tahu apa yang menarik kat Melaka? Jawapannya banyaaak sangat! Ok now, let’s see apa yang best kat sini. First and foremost, Melaka ini merupakan pilihan yang tepat bagi korang yang kaki shopping kerana kat bandar Melaka ni saja terdapat banyak mall dan tempat membeli belah yang korang boleh kunjungi..

Antara tempat shopping yang famous ialah Dataraan Pahlawan Megamall Melaka, Jonker Walk Street, Mahkota Parade, A’Famosa Outlet dan banyak lagi. Ada satu kedai ice shave dekat dataran pahlawan ni yang saya singgah. Masa tu saya cuba ice shave perisa durian. Perghhh... Macam rasa durian sebiji dia letak. Heaven betul.



Selain itu, bagi yang meminati sejarah, tarikan yang boleh anda kunjungi tidak kurang hebatnya. Di sini, terdapat Kota A’Famosa, Muzium Kapal Selam, Muzium Samudera dan lain-lain lagi. Namun, bila datang ke tempat seperti ini, penginapan pasti membimbangkan anda bukan. Mana taknya, selalunya hotel-hotel di sini hampir semuanya full house apabila musim cuti bermula. Jadi, kalau korang nak datang sini, jangan lupa visit traveloka website to find the best deals on Bidara Beach Resort!

Kepada yang masih pening nak pilih tempat penginapan sepanjang bercuti di Melaka, saya nak cadangkan korang menginap di Tanjung Bidara Beach Resort yang terletak di pesisir Pantai Tanjung Bidara. Iye, korang jangan tak tau pula dekat Melaka pun ada pantai tau.
Image result for tanjung bidara beach resort
Resort ini sangat sesuai bagi korang yang ingin merasa sendiri kedamaian deruan angin dan bunyian ombak yang menenangkan. Well, siapa yang tak suka dengan laut kan. Rasa tenang je bila dengar ombak laut yang menhempas pantai. Bayu laut yang kuat menampar pipi. Wah! Berpuisi pulak.

Untuk bilik, resort ini menyedikan beberapa jenis bilik yang korang boleh pilih samada Deluxe Room Garden View ataupun Deluxe Room Sea View dengan harga bermula serendah RM 140 sehingga RM 190. Bagi yang datang dengan keluarga mahupun kawan-kawan yang ramai, korang jangan risau sebab resort ni ada menyediakan chalet yang bersaiz lebih besar.
Image result for tanjung bidara beach resort traveloka
Chalet ini juga dibahagikan kepada dua pilihan sama ada garden view ataupun sea view yang menawarkan pemandangan yang berbeza pada harga yang sama. Jadi kalau korang nak pemandangan laut, korang kena tempah awal-awal tau. Kalau lambat nanti korang tak dapat view laut.

Selain kemudahan asas yang disediakan didalam bilik seperti LCD TV dilengkapi Astro, penghawa dingin, kemudahan bilik mandi serta mini bar, resort ini juga ada menyediakan sarapan pagi sebelum memulakan hari percutian korang.
Image result for tanjung bidara beach resort traveloka
Bagi yang datang untuk merasai makanan traditional Melaka pula, korang jangan risau sebab korang boleh menjamu selera di Sri Fatimah Restaurant yang terletak di dalam kawasan resort ini. Pelbagai jenis masakan yang disediakan untuk menepati cita rasa para pengunjung. Jadi tunggu apa lagi? Bila lagi korang nak menjamu selera sambil menikmati permandangan indah terutamanya pada waktu malam.

Selain itu, kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan pantai membolehkan pihak hotel menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi seperti Jungle Trekking, berbasikal, kayak dan banyak lagi. Bagi korang yang tidak gayat dengan ketinggian, saya cabar korang untuk merasa aktiviti Flying Fox. Pernah try? Kalau belum, korang kena try Flying Fox yang menawarkan pengalaman yang pasti mengujakan bagi sesiapa yang mencubanya.

Then, dah nama resort tepi pantai mestilah ada permainan pantai kan. So, kat resort ni, turut disediakan beberapa gelanggang bola sepak pantai dan bola tampar pantai untuk korang gunakan. Wey, saya sangat-sangat suka dengan bola tampar. Tapi so sad sebab saya tak da geng nak main bola tampar masa tu. Huhu.. Next time kena bawa keluarga sekampung datang sini. Barulah syok.
Image result for tanjung bidara beach resort
Bagi yang nak merehatkan diri daripada segala aktiviti, korang boleh merehatkan diri korang sambil berenang di kolam renang yang disediakan oleh pihak resort. Tanjung Bidara Beach Resort menyediakan 2 buah kolam renang iaitu satu untuk dewasa dan juga satu untuk kanak-kanak yang terletak bersebelahan.
Image result for tanjung bidara beach resort traveloka
Selain dari itu, bagi ahli koporat yang nak membentuk semangat kerjasama dan jati diri dalam kalangan pekerja, korang jangan risau sebab pihak resort ada menyediakan Pakej Team Building yang boleh membina perwatakan berdaya saing melalui beberapa aktiviti yang diterapkan seperti aktiviti jalan berhalangan, merentas hutan, berakit, Monkey Bar dan aktiviti lain yang membina semangat berpasukan dan berkumpulan. Pihak resort juga ada menyediakan kemudahan bilik mesyuarat bagi memudahkan urusan ahli perniagaan. Pendek kata, semuanya ada di Tanjung Bidara Beach Resort ni!

Jadi kalau korang nak datang Melaka, jangan lupa untuk stay di Tanjung Bidara Beach Resort dan buat tempahan awal di traveloka.com hari ini juga!


May 13, 2017

Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani

Syarat-syaratnya:-
  • Follow Blog Sha - KasihkuAmani
  • Buat entry dengan tajuk "Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani" dan letakkan gambar dibawah dalam entry anda.
  • Linkkan entry tu ke sini.
  • Jawab soalan ini "Anda suka tak kalau Sha buat Giveaway dan bagi hadiah buku? Kenapa?"
 Hadiahnya Lugagge Tag untuk dua pemenang

Giveaway tamat pada : 27 Mei 2017
Pengumuman Pemenang : 28 Mei 2017
Pos Hadiah : 29 Mei 2017

Jawapan: Dah tentulah saya suka. Sebab dah lama tak baca buku. Lagi syok kalau hadiah tu novel. Hehe

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign