Kasih Juju

June 13, 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

June 12, 2017

Cantik dan Bergaya di Hari Raya

Alhamdulillah, dah masuk minggu ketiga kita berpuasa. Cemana? Dah siap ke persiapan raya korang? Baju dah beli? Handbag? Kasut? Mana yang belum beli tu kita geng.

KJ sebenarnya dah beli dah baju raya. Tapi tak sedondon dengan suami dan Firash. Hati ni melonjak-lonjak rasanya nak tambah baju raya lagi sepasang. Tak syoklah KJ sorang je yang warna lain. Mentang-mentanglah KJ belum ada geng lagi nak pakai baju sedondon.

Kalau nak ikutkan, baju kat atas ni lah warna baju raya dua beranak tu. Lari jauh betul dengan warna baju yang KJ dah buat. Warna merah. Nak pakai tudung warna kuning pun macam tak kena je kan. Eh, tolonglah sokong kata-kata KJ ni. Hehe.. Alasan nak tambah baju lagi sebenarnya.

Dan disebabkan itulah KJ dengan lajunya buka website Lazada Malaysia. Tengah sale kan sekarang ni. Wajib tau buka website tu. Sekarang ni KJ nak cari baju raya warna kuning ataupun coklat gelap. Jom tengok apa yang KJ jumpa ni.


Kalau dah namanya perempuan, mana boleh tengok 1 gambar baju je. Mesti nak kena survey yang lain pulakan. Barulah puas hati dan tak putih mata kalau tak survey dulu.

Gambar yang pertama tu memang betul-betul menawan hati kan. Hehe.. Rambang mata KJ nak pilih baju dekat Lazada ni. Menggugat iman sungguh.

Next step, jom kita match kan baju-baju ni dengan tudung pula.

Untuk baju yang pertama, disebabkan baju tu dah bercorak, jadi tak sesuailah kalau nak pakai tudung yang bercorak juga. Jadinya kita kenalah cari tudung yang plain je. Ada bling-bling sikit tu kira okey lah kan. Yang penting tak nampak pelik masa pakai nanti.

Dah dapat baju dengan tudung, mestilah nak beli kasut raya pula. Hehehehe.
Disebabkan si Firash dah berumur 3 tahun, jadi KJ terasa nak pakai balik heels ataupun wedges. Dah lama tak beli heels dengan wedges. Masa Firash masih lagi kena dukung tak berani nak pakai sebab takut terpeleot. Haha..Typical mother. Padahal jalan kat shopping mall je pun. Jalan rata.


Cantik sangat kasut Carlo Rino ni. Hadoi. Kena beli cepat-cepat ni. Sebelum saiz KJ habis disambar orang.

Okeh, habis cerita pasal attire. Sekarang nak cerita pasal beauty pulak. Hari Raya ni mestilah kita nak nampak cantik kan. Takkan nak nampak muka tu pucat je. Mesti nak letak bedak sikit, lipstick sikit, eyeshadow, blusher. Eh, semua-semua tu lah.
Hah, nah. Satu set KJ sajikan dekat korang. Ni kalau dapat betul-betul ni mau senyum tak berhenti 7 hari 7 malam. Senang kalau dah beli satu set ni. Semua ada. Bedak, gincu, eyeliner, maskara. Senang kata complete set lah. Tak payah pening-pening nak cari benda tu satu-satu.

Korang pun mana yang tak tahan ank bersesak dekat bazar ramadhan ke, shopping mall ke apa kata korang shopping je dekat Lazada ni. Murah pun murah. Tak payah nak bersesak dengan orang ramai. Jimat masa lagi tau.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam

June 11, 2017

Alexa Rank 11062017

Assalamualaikum,

Dah masuk hari ke 16 kita berpuasa. Dah siap ke persiapan raya korang semua? KJ punya baju raya belum ada lagi ni. Sedih betul. Last minute encik suami tukar warna baju raya. Jadi terpaksalah KJ tukar warna baju sekali kan. Eh, bukan tukar sebenarnya. Tapi lebih kepada beli baru. Hehe.

Okeylah, bercerita pasal ranking alexa. Minggu ni nombor global dah semakin mengecil. Walaupun lambat tapi setiap hari ada penurunan. Kena bersabarlah sikit kan. Mana boleh nak menjunam terus. Hehe.
Terima kaih sudi baca.
Wassalam

June 10, 2017

MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat



Korang yang nak join klik je dekat banner tu ye :)

June 9, 2017

Lirik Lagu Terus Mencintai - Siti Nordiana

Image result for siti nordiana terus mencintaimu

Terus Mencintai - Siti Nordiana
Oh kasih ku takkan hilang
Bila kau ingat kepada ku
Oh cinta ku tak akan pudar
Bila kau selalu disampingku

Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cinta mu pada ku
Tak bisa seluas lautan

Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cinta mu pada ku
Tak bisa seluas lautan

Sungguh sungguhku tak bisa
Menahan besarnya rinduku pada mu
Sungguh sungguh ku tak bisa
Memaksa dirimu mencintaiku

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cinta mu pada ku
Tak bisa seluas lautan
Tak bisa seluas lautan

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign