Kasih Juju

December 19, 2016

Pengalaman pertama kali menyertai sukan MAKSWIP 2016

Hai korang,

Harini saya nak share pengalaman saya menyertai pertandingan sukan integrasi MAKSWIP 2016. Kalau nak diikutkan kategori sukan ni ada banyak. Tapi jabatan kami ni baru jer berjinak-jinak nak menyertai salah satu pertandingan yang ditandingkan

Okeh, selama ni kami selalujadi juara kalau lawan antara zon dalan jabatan je. tak pernah pula nak cuba lawan dengan orang luar. Jadi entah macamana terbuka pula hati sorang ni nak meluaskan jajahan juara dia lah kononnya.

Kami yang lain-lain ni pun teruja jugalah sebab tahun ni jabatan kami takde sukan. Kena tunggu tahun depan. Jabatan kami hantar wakil dalam pertandingan bola tampar pantai lelaki dan wanita. Dalam 1 pasukan cuma ada 4 orang pemain sahaja dan 2 orang pemain simpanan.

Mula-mula cuak jugalah sebab memang tak pernah training dengan pasir pantai pun. Macam gayat pun ye juga. Maklumlah, dalam 6 orang team tu hanya saya sorang je yang dari Johor. Hehe, ketinggalan sungguhlah kalau ade training pun.

Tapi dengan berkat keyakinan diri, ku gagahkan jua kaki ini untuk menyertai pertandingan tu. Dah memang saya ni suka giler dengan bola tampar. Rasa macam rugi jer kalau tak join kawan-kawan yang lain kan.

Okeh, membebel je bukan korang nak baca kalau saya taip panjang-panjang kan. Hehehe.. Jom layan gambar pulak.









Kami tak bawa balik apa-apa pingat. Tapi kami bawa balik 1001 kenangan. Korang rasa baru pertama kali join sukan ni boleh terus dapat pingat ke? Haha, memang silap besarlah. Diorang dah training habis-habisan tau. Walaupun nampak macam senang je nak kalahkan, tapi sekali diorang spike ha ternganga mulut memasing.

Walauapa pun kami nak cuba lagi untuk tahun depan. hehe, kena ada persiapan mental dan fizikal lebih lagi lepas ni. Tak boleh main tadah je. Nanti malu mana nak sorok muka?

Sampai berjumpa lagi.
Wassalam.

December 18, 2016

AsyaAmin - Fixed Bloglist Segment

Syarat-syarat untuk join bloglist ni mudah sangat,

1. Follow blog ni AsyaAmin , inshaaAllah  I'll follow back
2. Buat entri bertajuk 'AsyaAmin - Fixed Bloglist Segment'
3. Copy banner, letakkan di entry dan backlink kan

Tarikh mula : 17 Disember 2016
Tarikh tamat : 23 Disember 2016

New Year Giveaway by MF


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

MAHA 2016 Terima Kunjungan Tertinggi Dalam Sejarah MAHA

Assalamualaikum korang,

Harini saya nak bercerita pasal MAHA 2016.

MAHA 2016 - Malaysia Agriculture, Horiculture & Agrotourism Show ataupun dalam Bahasa Melayunya Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Perlancongan Malaysia telah berlangsung selama 11 hari bermula 1 Disember 2016 hingga 11 Disember 2016 yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).


Tema tahun ini ialah "Our Food Our Future".

Perbandingan jumlah pengunjung dan jualan tahun 2014 dan 2016

  • 2014
    • Jumlah pengunjung = 3.5 juta
    • Jumlah jualan = RM 152 juta
  • 2016
    • Jumlah pengunjung = 3.8 juta
    • Jumlah jualan = RM 380 juta

Hah, korang nampak tak peningkatan jualan yang berganda-ganda dekat situ. Itu maksudnya kualiti produk dari MAHA ni adalah yang terbaik.

Tapi saya tak sempat nak berkunjung ke MAHA 2016 ni. Banyak sangat aral melintang pukang. Jeles je tengok mak, sedara mara, kengkawan hantar gambar dekat Whatsapp.

Image may contain: one or more people, crowd and outdoor

Image may contain: one or more people, crowd and outdoor





Tengok gambar dekat atas tu je dah tau dah betapa meriahnya sambutan MAHA tahun ni. Banyak sangat produk tempatan yang dipamerkan. Bukan saja untuk pameran, tapi korang boleh cuba dan rasai sendiri.

Antara tempat menarik yang wajib singgah adalah Kampung Mok Cun dan jugak Kampung Durian Runtuh. Dekat sinilah korang boleh jumpa pelakon-pelakon drama Mok Cun dan jugak watak animasi kesukaan kanak-kanak, Upin Ipin.

Tahniah kepada penganjur, Kemeterian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dan doakan juga supaya tahun depan saya berkesempatan hadir ke MAHA 2017. InsyaAllah, aminnnn.

December 14, 2016

Giveaway by Pulsera MY

TARIKH: 12 DISEMBER 2016 - 16 JANUARI 2017
Ikuti syarat syarat yang mudah dibawah:

1. Save gambar banner dan link kan ke entry ini.
2. Mesti letak tajuk entry "Giveaway by Pulsera MY"
3. Copy link entry anda dan paste kan di ruangan komen blog ini.
4. Post gambar banner di IG personal anda dan tag @pulsera.my dan 3 orang rakan anda. Pastikan IG anda Public ya (Hanya sekali post sahaja, tak perlu banyak banyak) *YANG TAKDE IG TAKPE, BOLEH SKIP THIS SYARAT*

Eh, mudahnyaaaa. Tak banyak syarat. 4 syarat je :D Hadiah yang bakal pemenang dapat adalah seperti gambar dibawah.

December 11, 2016

365 days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria

Guys,
Jom join giveaway yang super duper simple ni.
Klik je dekat gambar atas ni yek.

Manalah tau boleh dapat salah satu planner yang bro Luqman ni nak bagi.
Haha.. Aminn..

Lirik Lagu Lebih Sempurna - Syamel

Syamel - Lebih Sempurna
Image result for syamel lebih sempurna
Ombak laut angin bayu
Menemaniku dikala terkenang dirimu
Manis indah dalam cinta
Tak pernah ku sangka kau pergi hanya kerana
Dia....

Bertahun sudah kita bersama
Hanya dusta sebalik setia
Kau biar ku derita
Menangis di dalam jiwa

Kau terluka akulah peneman
Kau bahagia aku ditinggalkan
Mudahnya kau berubah
Sepiku berteman airmata

Berlalulah kau masa
Aku tidak berdaya
Temukannya yang lebih sempurna

Bertahun sudah kita bersama
Hanya dusta sebalik setia
Kau biar ku derita
Menangis di dalam jiwa

Kau terluka akulah peneman
Kau bahagia aku ditinggalkan
Mudahnya kau berubah
Sepiku berteman airmata

Berlalulah kau masa
Aku tidak berdaya
Temukannya yang lebih sempurna
Temukannya yang lebih sempurna
Temukannya yang lebih sempurna

December 8, 2016

Kursus Tadbir Urus Dan Jati Diri Koperasi

Hai korang,

Hari ni saya nak share pasal kursus semalam. Kalau korang nak tau, semalam kami buat kursus untuk para korperator. Tercapai jugak KPI tahun ni. Walaupun persediaan agak kelam kabut, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Kursus telah dihadiri hampir 90 orang korperator di Kota Tinggi, Johor. Kursus ni lebih kepada refresher untuk koperasi yang dah lama dan juga koperasi baru. Masa ni lah kita nak bagi kesedaran pasal pentadbiran koperasi. Haha, kenapa pula nak bagi kesedaran? Sebabnya ramai yang dah syok sendiri. Dia ingat koperasi tu dia punya. Hehehe... Nama pun koperasi kan. Ataupun dalam bahasa Inggeris nya Co-operative. Kerjasama.

Korang kalau nak tau pasal penubuhan koperasi ke boleh tanya saya yek. InsyaAllah saya boleh bantu mana yang termampu. Jangan pulak korang tanya "ni koperasi yang bagi loan tu ke?" Sila kembangkan ilmu koperasi korang yek.
Penceramah pertama En Hafizal daripada Maktab Koperasi Malaysia Negeri Johor. Beliau bawak tajuk Mesyuarat Agung. Nampak macam biasa-biasa je kan tajuk ceramah tu. Tapi kalau korang tak de ilmu, mesyuarat agung tu boleh terbatal tau. Jangan main-main hokeh.
Penceramah kedua ni dari ANGKASA Negeri Johor, En Sazali namanya. Beliau banyak cerita pasal peluang perniagaan yang ANGKASA boleh bagi dan boleh tolong kepada Koperasi.
Penceramah terakhir ni dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor. Bawak topik perundangan. Topik yang sangat menarik. Sebabnya kalau koperasi tak nak ikut undang-undang yang telah ditetapkan, kami boleh kenakan kompaun. Hahaha.. Eh, eh tak lah. Kami ni tak lah kejam sangat.
Okeh, itu saja update untuk hari ini. Nantikan next update. Saya nak kongsi pengalaman menyertai pertanndingan bola tampar pantai.

Sampai berjumpa lagi. Wassalam.


December 6, 2016

Giveaway Hand & Body Lotion By Suriaamanda


Syarat penyertaan;

Hanya Like & Follow media Sosial Suriaamanda
          Blog : http://www.suriaamanda.com/
          Facebook : www.facebook.com/Parizan.mohdzain
          Instagram : www.instagram.com/Rizzdania78

          Twitter : www.twitter.com/Suriaamanda1
          Facebook page : https://www.facebook.com/Suriaamanda78/
          Google Plus : https://plus.google.com/112901880379308072455

Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina


*Sila klik banner diatas untuk join*

Hadiah :
1 x cash voucher dari Premier Clinic
1 x beauty box dari The Face Shop
1 x beauty box dari Missha
1 x beauty box dari Premier Clinic
2 x beauty box dari Skinfood

Tarikh Giveaway : 5 Disember - 15 Disember 2016

November 27, 2016

Penyelesaian Masalah Asma Abad Ini - Minyak Herba Asmak

Berikut fakta yang MESTI anda tahu tentang produk keluaran MHAMSB



Apakah KEISTIMEWAAN menggunakan Minyak Herba Asma yang dikenali kini dengan nama Minyak Herba Asmak (MHAM) ?Kami ambil masa yang lama untuk menjalankan R&D minyak ini agar ianya selamat dan berkesan lebih cepat.Kandungan Minyak Herba Asmak yang telah menjalani R&D lebih selamat,lebih suci,tidak "overdose" bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi.

Minyak Herba Asmak juga lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah.Minyak Herba Asmak lebih cepat menyerap di kulit,sebab itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh LEBIH CEPAT.


Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma, semput, lelah, batuk, kahak, selsema, gigitan serangga, luka, terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut, bengkak, lenguh, buasir, sembelit, senggugut, membantu melancarkan darah, sakit kepala, migrain, resdung, sakit gigi, strok dan ulser.


Mereka yang mendapatkan Minyak Herba Asmak akan diberikan rundingan cara pakai mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID. Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.


- Kami memberi jaminan kesucian  dan keselamatan produk kepada pengguna.- Pastikan anda mendapatkan minyak dari pengedar sah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) dan jika anda ragu-ragu,anda boleh meminta ID pengedar dari mereka.-Dapatkan minyak ini dari Pengedar  sah yang mempunyai ID  dari syarikat MHAMSB.Kami ada 1300 orang pengedar di seluruh Malaysia dan menerima ratusan testimoni setiap minggu.


Cubalah Minyak Herba Asmak yang original dari syarikat MHAMSB sekarang! 




Minyak Herba Asmak sesuai untuk semua peringkat umur dari yang baru lahir sehinggalah kepada orang tua kerana testimoni yang kami terima menunjukkan keberkesanan pada semua peringkat umur.Malah ada banyak testimoni bayi pramatang juga serasi menggunakannya.

Jom kita tebgok pula testimoni yang dah gunakan minyak ni:



Kami akan menggunakan hologram meditag yang sah dari KKM sahaja nanti.Buat masa ini,Minyak Herba Asmak tiada hologram. Hati-hati kerana di luar sana ramai yang mengaku menjual Minyak Herba Asmak, tetapi menipu. Ada perbezaan pada label sama ada yang lama mahupun baru.

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus :

November 23, 2016

Lirik Lagu Sedalam-dalam Rindu - Tajul

Sedalam-dalam Rindu - Tajul
Image result for tajul sedalam dalam rindu
Picture source by google
Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang di hatiku

Biarpun kau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam-dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertakhta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi 
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertakhta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi 
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati

Dashboard blog bertukar wajah

Assalamualaikum korang,

Siapa yang perasan interface dashboard blogger dah berubah? Ha, saya pun baru perasan ni ha. Memang keseluruhannya nampak perubahan. Tapi bila tengok betul-betul dia sebenarnya compact kan side bar.

Maksudnya kalau nak tengok stat blog ke, nak tengok komen ke tak perlu dah klik banyak kali. Satu klik je dah boleh tengok apa yang kita nak.

Korang punya dah bertukar ke? Hehe.. Cepat-cepat buka dashboard hokeh.

Ha, memang lain kan. Lagi satu dia ada tambah ikon dekat new post. Sesambil menaip ni ha baru ternampak ikon tu. 

See, cuba kita try test letak ikon tu dekat post.
〰〰☺✌✌❤☝
Haha, macam budak-budak dapat mainan pulakkan.

Okeh la korang. Jumpa lagi di lain entri.
Wassalam.

November 22, 2016

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !



GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends


SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.



KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.

Semoga berjaya ! 




November 13, 2016

GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAHMAMAT

Jom join giveaway ni yek korang. 
Tarikh last 15 November 2016.
Klik banner kalau nak join.

November 7, 2016

GIVEAWAY PENGHARGAAN SA-VIORS

Nama blog : www.kasihjuju.com
Email : emilea1701@gmail.com

October 31, 2016

Calit-calit Merecik 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS

Assalamualaikum korang,

Rentetan daripada menang segmen giveaway dari sis Mialiana haritu, harini saya nak review pula produk yang saya dah menang. 

Seperti yang korang semua maklum, kami yang berjaya dalam segmen tersebut dapat 1 set 3D Gold Stemcell Serum dan jugak treatment cream. Setelah menggunakan produk tersebut selama hampir 3 minggu, saya nak share dengan korang hasil yang jadi dekat muka saya ni. Ini testimoni diri sendiri tau.

Kalau korang nak tau, tekstur serum ni jenis cecair. Nampak macam melekit. Tapi bila dah sapu dekat muka, die punye lembap tu boleh kalah kek coklat moist tau. Haha, boleh pulak samakan dengan kek yek.

Serum ni sangat-sangat sesuai untuk korang yang nak hilangkan parut hitam, nak kecutkan jerawat dan jugak boleh mengawal minyak dekat muka. Okeh, meh tengok pulak testimoni dekat muka saya sendiri.

Gambar kat atas ni gambar sebelum guna 3D Gold Stemcell Serum. Rasanya korang boleh nampak sendiri kot masalah dekat muka saya tu. Ye betul.. Banyak giler bekas jerawat atas muka tu ha. Sampaikan ade orang kate " awak ni baru baik demam campak ke? " Huh, sedih betul perasaan mase tu. Sambil dalam hati berkata " ko tunggulah nanti satu hari aku hilangkan semua parut dekat muka ni. "

Ha ni gambar sekarang. Nampak tak muka yang bersinar-sinar tu? Siap selfie tak mengadap tingkap tau. Alhamdulillah, 3D Gold Stemcell Serum ni dah membantu saya hilangkan parut jerawat yang degil giler tu. Walaupun masih ada lagi parut yang tinggal, tapi saya percaya dengan penggunaan berterusan saya akan berjaya hilangkan semua. Yeayyy...

Opsss, nak bagitau lagi ni. Bukan je dapat hilangkan parut jerawat, muka pun rasa lembap jek. Minyak yang banyak dekat muka pun dah kurang tau. Seronoknya tu rasa macam nak melompat-lompat ha. Hehe..

Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.


3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Waktu siang : Cuci muka -> Toner -> 3D Gold Stemcell Serum -> Make up
  2. Waktu malam : Cuci muka -> Toner -> 3D Gold Stemcell Serum -> Treatment Cream


Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


October 24, 2016

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Ha...suka tak?

Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak.

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.
2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin
3. Follow facebook Hasbro dan blog ini.
4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa.
5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen.


Keputusan Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin adalah  kolabrasi Azlinda Alin bersama pihak Hasbro Malaysia

Segala keputusan pemenang akan di pilih secara rawak. 

-------------------------------------------------------------------------------------------
Okeh, saya patut menang giveaway ni sebabnya:
1/ Saya ada anak umur 2tahun ++
2/ Anak saya suka sangat main play doh ni. Tapi saya beli yang jenama ntah apa-apa yang kalau dia main tu habis melekit satu rumah.
3/ Saya dah tak larat dah nak mop rumah lepas anak main mende tu.


October 23, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2016, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Name Card Percuma dari Pixajoy

Hai korang,

Mesti lately ni korang nampak ramai blogger yang post pasal name card dari pixajoy ni kan. Ha, nak bagitau korang jugak ni. Saya pun sempat jugak grab peluang ni. Bukan selalu tau dapat peluang buat name card percuma ni.

Tapi saya rasa sekarang dah habis kot promosi name card percuma ni. Kalau korang nak buat jugak dengan pizajoy, korang kena bayar RM 29.00 untuk 300 keping. Kira murah lagilah tu hoi. Meh cepat-cepat grab hokeh.

Nak tengok ke name card saya? Alah, segan pula rasanya. Sebab saya punya simple giler. memang giler-giler punya simple. Haha, nampak tak nak bagitau yang memang betul-betul simple tu cemane. Meh lah tengok gambar ni ha.


See, dah cakap dah. Simple giler kan. Masa buat ni cuma bayar RM 8.48 je untuk kos pos. Murah yang amat lah sangat kan. Rugilah korang yang terlepas tu.

Tapi, saya bukan buat name card je dengan pixajoy ni. Saya print gambar sekali. Guna yang promosi punya pekej juga. 96 keping RM 25.00 je korang. Tapi yang tak bestnya promosi tu habis harini. Baik korang grab cepat-cepat. Mana nak dapat harga murah macam tu wey. Sekeping gambar tu cuma 26 sen je. Ha, masa nilah korang boleh print gambor selfie korang yang memang dah beribu-ribu dalam memory phone tu. Buat apa nak simpan banyak-banyak dala phone. Di buatnya tetiba memory card korang jahanam... Ha, tak menggelabah ke korang. Ngeh ngeh ngeh..

Saya print semua gambar si domok. Sape lagi kalu bukan Si Firash. Sejak lahir memang tak pernah nak cuci gambar dia. Sebelum gambar dia hilang semua lebih baik saya cuci siap-siap. Bila dah siap sume lega rasanya.
Okeh, dah boleh clearkan memory handphone. Boleh selfie banyak-banyak lagi lepas ni. Sebenarnya gambar anak yang penuh dekat phone. Gambar mak ayah die seciput je. Haha..

Okehlah korang. Jangan lupa ke website pixajoy.com.my .Sampai bertemu lagi.
Wassalam.

babab.net

Lilypie Second Birthday tickers Blogged.my

Kasih Juju Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign