Entry Bergambar - Berbasikal di Taman Botani, Shah Alam

Kasih Juju


Apa khabar kawan-kawan SukaGelak hari ni?
Harap semuanya sihat sejahtera la hendaknya.

Hari ni SukaGelak nak kongsi gambar masa main beskal dekat Taman Botani, Shah Alam.
Seronok sangat pusing-pusing kawasan tu.
Aman jek. Tak de bunyi enjin kereta atau lori.
Bebas dari sebarang asap yang tak sihat.
Kecuali bas. Sebab ade perkhidmatan bas untuk ke Rumah 4 Musim.


Bayaran masuk yang amat berpatutan.
Dewasa (12-54 tahun) = RM3.00
Kanak-kanak (6-11 tahun) dan Warga emas (55 tahun ke atas) = RM1.00

Murah je kan. Sangat affordable.
SukaGelak dan kawan-kawan memang nak main basikal je pusing-pusing dalam taman ni.
Tapi bila sampai basikal dah habis.
Tinggal basikal yang RM10.00 je. Mahal. Next 1 hour dan seterusnye kene tambah lagi RM10.00 dan RM10 dan lagi dan lagi.
Jadi, kami tunggu jela basikal yang RM5. Yang ni murah sikit sebab jam yang seterusnya cuma RM1 dan RM1 dan lagi dan lagi. Main 6 jam pun kene bayar RM10 jek..
Okeh, yang ni sangat mampu :)
Tak lama pun tunggu turn. Tak sampai 5 minit, dah dapat beskal..
Yeay... Dah lama tak cycling...




Muka-muka happy sebab dah lama tak main beskal.
Masuk kat Kampung Idaman ni boleh tengok rumah pelbagai negeri dekat Malaysia ni.
(Ceh, bunyi macam duduk dekat London je kan..) Hehe..
Kalau korang nak tidur sini pun boleh.
Nak camping pun boleh.

Lepas tu kami cycling ke Rumah 4 Musim pulak.
Masa SukaGelak pegi ni tengah musim salji.
Yeayyyyy...Main ais pulak.

Bayaran masuk pun murah.
Dewasa (12 tahun ke atas) = RM5.00
Kanak-kanak (6-11 tahun) = RM3.00






Perkhidmatan bas yang taman ni sediakan cuma untuk pergi dan balik dari hentian bas lepas kaunter tiket ke Rumah 4 Musim.
Ade jugak beberapa hentian. Cuma tak pasti dekat mana sebabnya kami tak naik bas.
Main beskal lagi best...........

Klik dekat website dorang untuk maklumat lebih detail lagi ye.

Wassalam.