November is My Month!

Kasih Juju
Hai semuanya,

Sajalah Juju nak share dengan korang, bulan November ni merupakan bulan kelahiran Juju. Hujung tahun baru lahir. Tapi tetap jadi yang pertama dalam keluarga. Hehe, maklumlah Juju ni anak yang sulung. Cemana-cemana pun tetap akan jadi yang pertama.
Teringat lagi sebelum zaman smartphone. Bila tiba bulan kelahiran ni macam-macam privillages yang boleh Juju dapat. Antaranya Maxis bagi free call selama seminggu, kalau tak silap Celcom pun bagi jugak. Eh, Juju memang ada dua nombor telefon bimbit. Sebabnya kalau Juju ke tempat yang cuma ada satu talian saja maka mudahlah Juju nak menghubungi keluarga nanti.

Okeh, berbalik pada privillages tadi. Selain daripada talian telefon bimbit, TGV pun bagi tiket wayang percuma. Tapi Juju tak pernah sempat nak pergi tebus pun. Almaklumlah, Juju ni bukan setiap bulan nak tengok wayang. Tambah pula masa tu masih menetap di Kuala Lumpur.
Lepas tu tiket water park pun boleh dapat less banyak. Masa tu yang popular ni cuma wet world dan water world je. Jadi memang Juju tak pernah tebus pun.

Zaman sekarang ni pulak makin banyak privillages yang boleh Juju dapat. Antaranya diskaun makan dekat restoran-restoran besar, tiket wayang pelbagai syarikat dan macam-macam lagilah. Tak ingat pula Juju. Tapi yang pastinya bila kita sign up jadi member sesebuah tempat tu lagi banyak diskaun yang akan kita dapat.

Okeh, jom kita baca sedikit perwatakan bagi bulan November.

Rahsia bulan kelahiran hasil kajian Dr Fadhilah Kamsah selama 25 tahun


NOVEMBER
- Banyak idea dalam perkara ( kadang-kadang pun blurr jugak haha )
- Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya ( kena tanya korang sebab korang yang nilai )
- Berfikiran kehadapan ( err, kekadang kebelakang jugak )
- Berfikiran unik dan bijak ( tak nak komen yang ni )
- Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa ( yang ni pun taknak komen )
- Pemikiran yang tajam
- Daya firasat yang sangat halus dan tinggi ( jaga-jaga, kakak boleh rasa kalau ada orang ngumpat kakak )
- Bagus untuk jadi doktor ( err, jadi cikgu akaun koperasi pun boleh )
- Cermat dan teliti ( memang tak clumsy pun. muehehehe )
- Personality dinamik
- Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia ( pandai simpan rahsia tu betul, tapi bab korek rahsia tu failed )
- Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra ( tak reti mulakan perbualan pun ye jugak )
- Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran ( sabar iolss memang tinggi dik )
- Terlalu degil dan keras hati. Apabila hendak diusahakan sehingga berjaya
- Tak suka marah kecuali digugat ( suka gelak jurrr )
- Mudah ambil berat terhadap orang lain ( tak mau ambil berat lagi dah.. salah paham pulek )
- Pandai muhasabah diri ( betul! )
- Cara berfikir lain dari orang lain ( tapi kalau tak sependapat selalu diam je, kalau cakap kang mesti gaduh. huh )
- Otak yang sangat tajam ( sebab tu suka main crossword n sudoku )
- Pandai mendorong diri sendiri ( agreedddd!! )
- Tidak hargai pujian ( pujian tu kadang tak nampak macam pujian )
- Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
- Badan yang tough ( gemuk is the exact words! )
- Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam ( I heart you more )
- Romantik (errrrrr )
- Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
- Suka duduk dirumah ( tengok keadaan jugak )
- Sangat rajin dan berkemampuan tinggi ( ni macam salah je. haha )
- Amanah, jujur setia dan pandai berahsia ( ehem )
- Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi ( takat ni level average je )
- Bercita-cita tinggi 

- Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah ( mood swing jugaklah kekadang )

Okeh, yang dalam kurungan tu Juju ulas sikit pasal perangai Juju ni ha. Hehe. Officemate Juju dah buat kesimpulan, November Baby ni badan dia gemuk dan kitorang terpaksa mengaku benda tu lepas kitorang scan sorang-sorang officemate yang lahir bulan November. Haha, selingan masa tengah fokus buat kerja.

Korang pun November baby ke? Cuba komen sikit korang lahir bulan berapa.