Latest

9 April 2020

Thursday, April 09, 2020

Menginap di Geo38 Residence Genting Highland

Kalau korang baca entri Juju pasal event Asmak haritu di Genting Highland, mesti korang nak tau Juju menginap di manakan? Haha, kalau korang tak nak tau pun Juju nak kongsi jugak. Jadi silalah baca ya. Mana tau boleh jadi panduan untuk korang yang nak ke Genting Highland.


GEO38 Residence, Genting Highland
Geo38 Residence, Genting Highland
Sebenarnya agak susah juga untuk Juju buat keputusan. Memandangkan event Asmak tu di Hotel Awana, jadi Juju pun macam tak tau nak buat keputusan. Samada nak menginap di puncak ataupun di area Gohtong saja. Hotel Awana tu kan belum sampai ke puncak lagi, jadi nak tidur dekat mana neh?

Setelah membuat kiraan tambah tolak darab bahagi makanya Juju sekeluarga ambil keputusan untuk menginap di Geo38 Residence. Juju tempah menggunakan Air BNB. Hehe, suka betul Juju dengan aplikasi Air BNB ni yek.
Eh sibuk kita nak enterframe jugak
Kalau korang nak tau, Geo38 ni ada resort and hotel dan ada juga residence. Juju pilih yang residence. Dia kebelakang sikit je daripada resort and hotel tu. Ada jambatan untuk menghubungkan dua bangunan ni. 

Kalau dah namanya residence ni mestilah dalam kepala dah membayangkan sebiji rumah yang ada dapur, living hall dan juga bilik. Yess, betul tanggapan Juju. Geo38 Residence ni ada 2 bilik. Apartment yang Juju dapat ni ada disediakan sekali kelengkapan untuk memasak, microwave pun ada, mesin basuh siap dryer. Senang nak keringkan baju lepas mandi dekat swimming pool.
Pemandangan dari bilik. Nampak sayup je kan. Tapi masa malam terang sungguh dekat atas tu. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Dan Juju rasa bertuah sebab dapat view puncak genting. Dari bilik boleh nampak kereta kabel bergerak. Boleh nampak Genting Highlang Premium Outlet. Waktu malam memang terang bukit tuh. Memang ini adalah pengalaman yang tak boleh dibeli.

Bercakap mengenai swimming pool pulak, nampak macam sejuk je nak mandi dekat swimming pool ni kan. Ha sebenarnya tak sejuk pun. Air dia suam-suam je. Tak sejuk pun. Walaupun mandi dalam cuaca yang berkabus, air dia maintain suam. Tapi kalau dah mandi jangan sesekali naik. Mau beku jadinya. Swimming pool di dibuka dari jam 7 pagi hingga 10 malam. 
Pemandangan di kolam renang waktu malam.
Pemandangan di kolam renang waktu siang
Pukul 9 pagi. Kabus belum hilang lagi. Orang lain pun takde masa ni.
Kids swimming pool. Tak dalam pun. Paras lutut Juju je.
Pemandangan dari walkway sekitar kolam renang
Tengah berkira-kira, nak terjun ke tak. Yang belakang kitorang tu kolam renang untuk dewasa.
Gym pun ada dekat sini
Berkabus jam 9.00 pagi.
Pukul 10.30 pagi baru nampak matahari.
Dah alang-alang sampai di Genting Highland ni maka wajiblah kita masuk ke First World. Hehe, tak ke Gentinglah kalau tak jejakkan kaki dekat indoor game dia ni. Lepas da tawaf si Firash cuma nak main keretapi yang pusing dekat Eiffel Tower tu je. Haha, selamat duit mak. Kalau datang ramai-ramai baru dia ada mood nak main yang lain-lain tu kot.

Juju mampu tengok ajelah. Suami jenis yang tak suka aktiviti macam ni. Lagilah kalau kena naik tempat tinggi. Memang dia reject terus. Muehehehe..
Buat perangai si Firash
Sebab tempat ni penuh cahaya, maka kami pun wefie
Tak mencabar betul ketapi ni. Tapi Yash kata nak main ketapi ni satu je. Hehe

Jadi, kalau korang nak tengok apartment yang Juju tempah korang boleh klik dekat link bawah ni.
https://www.airbnb.com/rooms/38337477?source_impression_id=p3_1585629860_YtlhIoPOOYCAjgbZ

Kalau nak daftar dengan Air BNB boleh klik --> https://www.airbnb.com/c/juliaj5563?s=67&unique_share_id=9a007a69-8db2-432b-870a-c4ddcdc18ccc

Apa yang Juju suka dengan Air BNB ni adalah konsep what you see is what you get. Ha, jadi apa yang korang nampak dalam gambar tulah yang akan korang dapat. Cuma ada beza sikit-sikit tu biasalah.

Okay terima kasih sudi singgah.

7 April 2020

Tuesday, April 07, 2020

Hari yang Sunat, Harus dan Makruh untuk Berpuasa

Hai semua,

Sebenarnya Juju ni memang ada masalah hilang ingatan bila tiap kali nak puasa sunat. Huhu, hilang ingatan sebab teringat ada hari yang boleh puasa ada hari yang tak boleh puasa. 

Jadi untuk mengatasai masalah hilang ingatan dan rasa was-was maka Juju pun ambil keputusan untuk google dan simpan dekat blog Juju ni. Semoga bermanfaat untuk korang juga.

Puasa Isnin dan Khamis
Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

Puasa tiga hari setiap bulan
Ini mungkin senang sikit nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)

Puasa hari ini, esok tak puasa
Lusa puasa semula, tulat tak puasa. Ini maknanya puasa sehari, tak puasa sehari. Selang seli antara keduanya. Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal.

Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya “Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari” (Riwayat Bukhari)

Puasa pada hari Arafah
Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut  besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

Hari kelapan Zulhijjah
Amat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah  iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.

Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.

Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)

Puasa bulan Syaaban
Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

Puasa ‘Asyura
Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan.

‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.

Hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
  • Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  • Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
  • Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
  • Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)


Hari haram berpuasa sunat
  • Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
  • Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
  • Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  • Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
  • Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
  • Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban
Bagi nak memudahkan korang faham, maka Juju attachkan sekali kalendar yang boleh korang print dekat bawah ni ya. Selamat berpuasa.
Klik untuk lebih jelas.

3 April 2020

Friday, April 03, 2020

Tazkirah Jumaat : Lemah Lembut

Ya Latif

Lemah Lembut

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah adalah Zat Yang Maha Lembut, yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang dijauhkan dari sifat lemah lembut, maka dia dijauhkan dari kebaikan.” (HR.Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan ia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan ia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut, nescaya dia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” (HR. Muslim)

Rasulullah memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya, “Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai Allah iaitu lemah lembut dan tenang”. (HR. Muslim)

Allah berfirman, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali Imran: 159)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar-kamar atau gedung-gedung yang bahagian luarnya dapat dilihat dari bahagian dalam, dan bahagian dalam dapat dilihat dari bahagian luarnya, Allah SWT menyediakannya untuk orang yang suka memberi makan orang miskin, orang yang lembut dalam berbicara, orang yang suka berpuasa dan orang yang mengerjakan solat di malam hari waktu manusia lain sedang tidur”. (HR. Tirmidzi)

Iyadh Bin Himar al-Mujasyi menceritakan, suatu hari Rasulullah SAW berkata dalam khutbahnya, "Penghuni syurga itu ada tiga jenis; pertama, orang yang memiliki kekuasaan, berbuat adil dan bertindak mengikut hukum. Keduanya, orang yang pengasih dan lembut hatinya terhadap setiap ahli keluarga dan orang Muslim. Ketiganya, orang yang menjaga kehormatan diri, menghindari perkara keji, tidak mengeluh kerana kekurangan dan tidak meminta- minta". (HR. Muslim)

Wallahu 'alam.

2 April 2020

Thursday, April 02, 2020

Itinerari Kundasang dan Kota Kinabalu 4 hari 3 malam


Hai korang,

So harini Juju nak share dengan korang travel itinerary ke Sabah haritu. Saca ringkas je tau. Detail satu-satu tempat tu nanti Juju akan cerita dekat entri yang lain ya.

Sesampainya kami di lapangan terbang Kota Kinabalu terus Juju call syarikat kereta sewa untuk maklumkan yang Juju dah sampai. Tunggu dalam 10 minit jugalah. Dapat je kereta kami terus cari kedai runcit untuk cari makanan buat alas perut sementara dalam kereta nanti.

Perjalanan naik ni Juju yang memandu. Masa tu Juju ingat jalan dia macam dekat Cameron Highland tulah, ada tempat landai sebelum mendaki. Rupanya tak. Haha, takde tempat nak berhenti tukar pemandu. Jadi kami teruskan je perjalanan. Makcik Juju yang berdua dan adik Juju belum apa-apa dah berdengkur dekat belakang. Tinggal mak je yang teman Juju berbual.

Huhu, dah kenapa tidur pulak. Kata nak tengok tempat orang. Jadinya kami tak singgah pun di Rumah Terbalik dan tempat yang lukisan 3D tu. Baca review diorang kata tak singgah pun takpa. Lagipun di Semenanjung pun ada juga kan. Jadi kami terus shoot menuju ke pekan Kundasang.

Sepanjang perjalanan yang berbukit-bukau. Ada juga gerai yang jual daging salai. Tapi kitorang tak berhenti singgah pun sebab dia tulis 'Sinalau Bakas'. Mana yang celik tu dia akan google dulu apa maksud sinalau bakas ni. Maksud dia babi hutan salai. Hah, tak payah berhenti lah yek. Teruskan je perjalanan. Sikit lagi nak sampai dah tu.

Day 1
Air port - Kundasang
Pusing-pusing pekan Kundasang, makan tengahari, tapau chicken wings
Check in Kiram Village
Ronda-ronda sekitar Kiram Village
Rehat

Day 2
Sarapan di Kiram Village
Desa Dairy Farm
Fish Spa Bombon Kg Marakau
Pekan Kundasang - Beli sayur dan makanan sikit
Kaki Gunung Kinabalu
Jambatan Tamparuli
Check in Kota Kinabalu
Makan malam di Pasar Filipina
Foot massage
Rehat

Day 3
Sarapan
Island Hoping (Pulau Manukan dan Pulau Sapi)
Pasar ikan bilis (sebelah pasar kraftangan)
Makan malam di Todak Waterfront
Rehat

Day 4
Sarapan
Check out
Pasar kraftangan (Beli souvenir)
Signal Hill Observatory Tower
Pantai Tanjung Rhu
Airport

Ni antara aktiviti yang Juju buat. Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang kitorang tak terjah. Buat mana yang sempat je. Tak nak terkejar-kejar dan terikat sangat dengan jadual.

Okey sampai sini dulu, nanti Juju sambung detail apa yang Juju buat setiap hari tu ya.




1 April 2020

Wednesday, April 01, 2020

Selamat Datang April 2020


Hi guys,

Jadi kita semua dah masuk ke bulan April tahun 2020. Dalam keadaan sekarang ni tak banyak yang Juju minta. Cuma berharap agar virus-virus jahat ni segera berlalu. Semoga rakyat di seluruh dunia bertambah sihat dan bebas dari virus jahat ini.

Tak sabar rasanya nak balik kampung jumpa mak abah. Serabut kepala. Juju ni tetiap minggu balik kampung. Kalau tak pun 2 minggu sekali wajib balik kampung. Maklumlah, rumah dengan kampung cuma jarak 1 jam masa perjalanan. Bila kena Perintah Kawalan Pergerakan ni mati akal rasanya. 

Rindu nak cium mak abah, rindu nak bertekak dengan adik beradik, rindu nak bebel dekat anak-anak buah. Hehe. Paling rindu sambal tumis mak. Perghhh... Mana dapatnya sekarang ni. Jadi, sama-samalah kita mengurung diri sendiri supaya dapat beraya dikemudian hari.

#stayathome #pkp #rmo #mco #covid19

31 March 2020

Tuesday, March 31, 2020

Lirik Lagu Canggung - Wany Hasrita


Canggung - Wany Hasrita

Lirik Lagu Canggung - Wany Hasrita
Jari-jari jemari ang menghitung hari
Bila kau kembali
Janji-janji tepati jangan kau ingkari
Kata-kata hati

Mana bumi (Bumi yang dipijak)
Situ langit (Langit yang dijunjung)
Sama juga hati

Hati ketipak ketipung berlagu canggung
Bila hati berlagu rindu siapa nak tanggung
Hati ketipak ketipung berentak canggung
Kasihku padamu tiada penghujung
Kasihku padamu tiada penghujung
(Tiada penghujung)

Hari silih berganti hati disusuli
Rindu yang menanti
Hati-hati mencari cinta yang sejati
Hanya ku disini
Mana bumi (Bumi yang dipijak)
Situ langit (Langit yang dijunjung)
Sama juga hati

Hati ketipak ketipung berlagu canggung
Bila hati berlagu rindu siapa nak tanggung
Hati ketipak ketipung berentak canggung
Kasihku padamu tiada penghujung
(Tiada penghujung)

Di mana mana bumi yang ku pijak
Situ langit yang ku junjung
Sama juga hati

Di mana mana bumi yang ku pijak
Situ langit yang ku junjung
Sama juga hati

Hati ketipak ketipung berlagu canggung
Bila hati berlagu rindu siapa nak tanggung
Hati ketipak ketipung berentak canggung
Kasihku padamu tiada penghujung

Mana bumi (Berlagu canggung)
Situ langit (Bila hati berlagu rindu siapa nak tanggung)

Hati ketipak ketipung berentak canggung
Kasihku padamu tiada penghujung
(Kasihku padamu tiada penghujung)
(Tiada penghujung)

Lagu & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong
©2020 FMC Music Sdn Bhd

30 March 2020

Monday, March 30, 2020

Wash Your Hands to Get Paid

StarFish launches digital campaign to reward local community who wash their hands.


Washing hands is the most basic way for us to keep bacteria away. In order to encourage more people to wash their hands in the correct way more frequently, local frozen food manufacturer, StarFish has introduced a digital campaign named “#PayWithHandWash”.
Pay with hand wash campaign
In this campaign, people are encouraged to shoot a video of washing hands, and upload to their social media, Facebook or Instagram. Each second of hand washing can let them earn RM0.50. The longer the time they wash their hands, the highest they get paid. Maximum paid hand washing time is 60 seconds which is equal to RM30.

“We would like our fans to alert on the importance of washing hands frequently even though at home,” said Ms. Michelle Liew, Marketing Manager of StarFish.

We should wash our hands not less than 40 seconds as recommended by World Health Organization. However, there are lots of people simply wash their hands in very short time. Therefore, we launch this campaign to have them to wash their hands as longer time as they can but limited to 60 seconds, to keep bacteria away. Their hand washing time will be converted to E-Cash voucher to be used to purchase our products online, and get delivered to their doorsteps.” Commented by Ms. Michelle.
Shoot a video of hand washing ang upload it to media social
This campaign is carried out from 27 Mar to 27 Apr 2020. Only first 100 participants who uploaded videos to their own Facebook or Instagram are eligible to receive E-Voucher via social media messenger. Video which received highest LIKEs will be further rewarded with a Touch N’ Go card worth RM100.

“We began our delivery service to ensure our customers are able to continue enjoy sufficient nutrients
from our products,” Ms. Michelle added.

Due to the imposition of Movement Control Order, people are advised to always stay at home. Therefore, StarFish offers products delivery service to their customers. Customers are able to order StarFish products through their official Facebook, or online shopping application such as Hungry and Octopus Delivery, and enjoyed delivery to their doorsteps.

For more details on the digital campaign, “#PayWithHandWash” launched by StarFish, and their products, kindly log on to their official Facebook page.

StarFish is the home brand of Khong Kee Food Industry Sdn Bhd. As a Johor home grown company, StarFish is well-recognized in the community with more than 80 fresh and frozen food products comprises of fish, seafood, chicken and local value added product. Certified by HALAL by JAKIM Malaysia and MESTI by Ministry of Health Malaysia, StarFish aims to provide high quality food products which contain high nutrients. Throughout the years, StarFish continuously invents new creation to keep customer’s excitement in StarFish product. The wide array of StarFish products including frozen fish ball, fresh fish ball, dim sum series, fun bites such as fish pop corn, tofu series and more.

Official website www.khongkee.com.my
Official Facebook www.facebook.com/starfishkk

29 March 2020

Sunday, March 29, 2020

Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles untuk Hadiah Tunai RM20,000!

Cabar cita rasa anda dengan perisa misteri serba baharu edisi terhad
Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas.tiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut.
Pringles Malaysia
Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!

Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020. Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!
Juju bersama tin peris misteri Pringles
"Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sepanjang dekad yang lalu, kami kekal sejati dengan jenama kami, Sekali anda makan, keseronokannya tidak akan berhenti! Inilah sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek sungguh menyeronokkan bagi seisi keluarga" kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara.

Kini terdapat lapan perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti Keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa hanya untuk masa terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa memakannya, kerana itulah Pringles yang sebenar!

"Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga, serta mendapat ganjaran untuk meneka perisa dengan betul. Walaupun jika anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!" kata Sanjib.
Cara mudah menyertai Peraduan Teka Perisa Misteri Pringles
Sungguh mudah untuk menyertai peraduan Meneka Perisa Misteri!
• BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
• Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri  maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
Jenuh aih cari klu dekat tin!
Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000! Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya. Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda menyelesaikan perisa dengan betul!

Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran Guess the Flavour untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau ikuti Pringles Malaysia di Facebook: @Pringles Malaysia.

27 March 2020

Friday, March 27, 2020

Desa Keroma Eco Resort, Muar Johor

Bersempena dengan hari jadi Juju yang ke 35 tahun lepas, Juju dengan bermurah hatinya belanja Yash dengan ayah dia bercuti-cuti makan angin ke Muar. Haha. Dekat je. Masih dalam Johor. Memang Juju sengaja pilih dalam Johor. Dekat dan tak jauh sangat. Walaupun seberang jambatan je boleh sampai Melaka. 


Untuk kali ni, Juju pilih Desa Keroma Eco Resort. Bercuti kalau ada dak Yash memang kena cari yang ada swimming pool. Nak beli jiwa dia kan. Dah lama janji nak bawak dia mandi kolam. Asyik kerja je.

Desa Keroma Eco Resort
Jumpa resort ni sebab ternampak blogger Hernee Nazir post dekat blog dia. Nampak tenang aman damai je kawasan ni. Maka Juju pun mulalah berwhatsapp dengan pengurusan resort ni. Resort ni belum masuk lagi dalam Trivago atau Agoda. Jadi kenalah contact resort terus.

Booking pun mudah je. Transferkan deposit dan pilih nak bilik yang mana satu. Juju amik bilik untuk 2 orang je. So untuk Firash kita stand by toto sesiap. Muehehehehe..

Untuk urusan check in pula, masa sampai je dekat sini menjajar jugalah Juju mencari tempat untuk check in. Masa sampai, Juju terus tuju dekat pintu gerbang resort ni, rupanya kena ke deretan kedai yang ada sebelum sampai di pintu gerbang. Ada satu pejabat dekat lot kedai yang pertama sekali. Jadi urusan check in dan check out kena buat di pejabat ni lah.

Rumah Bangau ni memang besar. Kalau korang datang dalam jumlah yang ramai, bolehlah ambik rumah ni
Bilik Kesidang
Bilik Seroja
Bilik Kenanga
Bilik Cempaka
Juju ambil bilik Cempaka je. Ada 1 katil queen. Sesuailah untuk kami 3 beranak. Berkenan sangat dengan bilik Kenangan tu. Tapi katil dia tak da yang queen. Semua single. Haha. Kita naklah tidur sebelah suami kita.
Katil queen
Kemudahan dalam bilik
Bilik-bilik dekat sini memang takda televisyen ya. Jadi pabila malam menerjah memang sunyi yang teramat. Tu pun lepas pukul 12 tengahmalam sebab ada orang karaoke dekat gerai yang berdekatan dengan pejabat untuk check in tu.

Yang bestnya bilik-bilik dekat sini, semua ada kolam keliling bilik. Ha kalau korang perasan dekat tangga tu ada macam longkang tinggi tu kan. Ha tu sebenarnya kolam ikan. Ada ikan koi dekat dalam dia. Masa Juju datang ni ikannya masih kecil lagi.

Si Firashlah yang paling teruja. Boleh bagi ikan makan dekat depan pintu bilik je. Memang depan pintu ajelah kerja dia.

Okeh jom kita jalan-jalan sekitar resort ni. Sebenarnya masa sampai dekat sini dia ada satu pintu gerbang. Tapi Juju tak terfikir pula nak ambil gamber dekat pintu gerbang tu. Ralit tengok replika sampan yang ada dekat dalam resort ni.
Simpan sini. Berkenan betul tengok cara dia susun pokok tu.
Ruang santai di rumah bangau
Sampan
Tapak perkhemahan
Masa kami sampai, penuh dengan budak-budak sekolah tengah berkemas-kemas nak balik. Memula rasa macam "Oh my god! bisinglah kita tido malam ni!!" Haha.. Rupanya diorang dah last day masa Juju check in sini. Tapak yang dah kosong dekat atas ni lah tempat diorang berkhemah. Tandas dan bilik mandi ada berdepan dengan tapak ni.
Ruang rehat di kolam renang
Ruang rehat di kolam renang

View dari kolam renang
Seronok eh tak de orang dekat sini
Luaslah untuk si Firash
Kolam renang dia tak dalam pun. Kalau Juju masuk takat pinggang Juju je. Sebab tu si Firash dengan berani dan eksyennya berkata "tak payahlah pelampung". Hehe, tapi still kena bagi full concentration sebab malang tu kan tak berbau.

Untuk info lanjut mengenai tempat ni, korang boleh terjah:
Alamat: Jalan Junid, Parit Keroma Laut, Muar

17 March 2020

Tuesday, March 17, 2020

Paradigm Mall, Johor Bahru to provide security escorts for women ensuring their safety and security.

Women shoppers and women with young children can now shop in comfort and convenience at Paradigm Mall, Johor Bahru (PMJB). The mall has recently launched its security escort services for women so that they can enjoy a safe shopping experience.
Ms. Selena Chua, CEO, Retail of WCT Malls said, “We at WCT malls are constantly upgrading our security measures as the safety of our shoppers, tenants and employees is our highest priority. We urge our women shoppers to use the services of our security personnel if they desired so after their post dinner, movie or shopping in the mall, especially at night as they are professionally trained to handle tough situations.”
The availability of the security escorts for women is one the many initiatives undertaken by Paradigm Mall Johor Bahru to ensure safer environment for women to shop. PMJB has put in place several precautionary measures such as top of round-the-clock CCTV surveillance, help buttons and security personnel patrolling the mall to prevent any untoward incidents.
Contact Mall security can be reached at +607-2313999. All shoppers are requested to contact the security escorts for any help or concerns while visiting the mall.

For more information about the activities and promotions, kindly visit the mall’s:
Website
Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb
Facebook:
Instagram:
*Terms & Conditions applied

10 March 2020

Tuesday, March 10, 2020

Asmak Grand Award 2020

Hai semua,

Pada 29 Februari 2020 yang lalu, Juju telah diberi peluang untuk merasai sendiri kemeriahan Asmak Grand Award 2020 yang telah berlangsung di Awana Genting Highland. Dapat jugalah Juju bawa sekali suami dan anak untuk teman Juju sepanjang event berlangsung.

Tahun ni merupakan tahun yang ketiga Asmak mengadakan acara ini khas untuk meraikan semua stokis dan ejen yang telah bekerja keras bagi mencapai target jualan masing-masing.


Misi syarikat ini adalah membantu masyarakat dan sejagat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dengan mengeluarkan produk yang berasaskan herba dan bahan semulajadi. Menjadi sumber membekalkan produk penjagaan bayi, kesihatan, pemakanan dan penjagaan diri yang selamat dan berkualiti kepada masyarakat. Mewujudkan komuniti yang lebih cerdas dan efisien serta memberi peluang serta memberi peluang kepada usahawan supaya bebas kewangan demi kesejahteraan hidup yang lebih bermakna.

Kalau korang nak tau, Juju pun pengguna setia Minyak Herba Asmak Mujarab ni tau. Memang bagu sangat untuk si Firash. Serasi pulak dia dengan minyak ni. Kalau korang pernah baca sebelum ni Juju ada cerita pasal dak Yash kena warded sebab asthma.

Alhamdulillah, sekarang ni dak Yash dah bebas daripada asthma. Petua dia kena rajin sapu minyak ni dekat dada, belakang badan dan tapak kaki. Sekarang ni pun kalau dak Yash selsema memang Juju sapukan minyak ni je. Lega terus selsema dia. Cuma ambil masa sikitlah.

(Klik gambar untuk lebih jelas)
Terdapat 10 kategori yang telah dipersembahkan antaranya Top Super Stokis, Top Stokis Premium, Top Stokis Daerah, Top Super Agen, Top Agen, Bintang Harapan Agen, Top Personal Salaes, Team Paling Sporting, Tokoh Inspirasi Asmak dan Blogger Terbaik Asmak.

Senarai penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Senarai penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Senarai penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Apa yang paling ditunggu-tunggu adalah anugerah Top 10 Asmak of he Year di mana tahun ini pihak Asmak dengan berbesar hatinya menghadiahkan percutian ke Bali. Fuh, bertuah sungguh mereka-mereka yang terpilih tu.

Top 10 Asmak of The Year (Klik gambar untuk lebih jelas)


Ha nampak tak wajah gembira dan teruja para pemenang percutian ke Bali. Hehe, siapa je yang tak teruja kan. Juju yang ambil gambar momen ni pun rasa teruja. Seronoknya dapat percutian yang ditaja. Ke luar negara pula tuh. 

Suasana di kaunter pendaftaran (Klik gambar untuk lebih jelas)
Antara yang menarik perhatian Juju semasa acara ini berlangsung adalah terdapat juga slot untuk anak-anak. Antaranya ialah pertandingan pakaian beragam, pertandingan mewarna dan juga tontonan filem yang sesuai untuk kanak-kanak.

Juju suka suasana macam ni sebabnya dia tidak hanya tertumpu pada penerima anugerah sahaja, malah seluruh ahli keluarga boleh turut serta. Maklumlah, kita yang mak-mak ni mana boleh tinggalkan anak-anak dekat rumah. Kemana-mana pun nak bawa juga mereka ni. Atas sebab itu, Asmak selitkan juga aktiviti untuk mereka.


Pertandingan pakaian beragam. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Pertandingan mewarna. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Pertandingan mewarna. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Pertandingan mewarna. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Firash pun sempat jugalah jumpa kawan baru masa dekat event ni. Seronok dia bermain. Masa ni lah nak suruh dia bersosial. Tak main handphone je. Hehe.

Jadi untuk kesemua Asmak Warrior Juju doakan semoga korang semua terus sukses dan lebih berjaya lagi di masa hadapan. Tahniah juga buat team Asmak yang telah berjaya menganjurkan program seumpama ini. Program penghargaan ini sebenarnya sangat-sangat bagus kerana di sinilah founder dan ejen dapat lebih mengenali antara satu sama lain.