Latest

25 February 2020

Tuesday, February 25, 2020

MATTA Fair 2020 Bakal Berlangsung di PWTC

MATTA Fair 2020 Bakal Berlangsung di PWTC
“Pameran MATTA terus mendapat sambutan ramai”. Salah satu tajuk daripada petikan akhbar tempatan mengenai MATTA Fair yang berlangsung pada tahun lepas. Gila tak ramai, rekod MATTA Fair 2019 mencatatkan lebih dari 100,000 orang kot yang datang berkunjung ke MATTA Fair tu. Mananya tak penuh, dah segala macam pakej percutian murah-murah yang korang boleh jumpa.


Dorang ni taktau ke melancong dengan rakyat Malaysia berpisah tiada. Usahkan luar negara, dalam negara pun jadi. Mana taknya, korang boleh bagitau tak negara mana yang banyak cuti umum macam Malaysia? Dalam setahun, boleh kira dengan jari bulan berapa je yang langsung tak ada cuti. Tak payah tunggu cuti umum, hari Sabtu Ahad pun Cameron Highland jem. Hahahha. So korang boleh bayangkan la kalau dah MATTA buat pameran pelancongan, apa yang bakal jadi. 

Oleh itu, kepada kaki-kaki travel, bersedialah korang bahawa MATTA Fair 2020 bakal menyerang dengan bala-bala tentera yang membawa senjata mereka iaitu pakej-pakej percutian yang sukar untuk korang tolak.

Pada yang bertanya-tanya, apa benda MATTA Fair tu, meh sini Juju bagi penerangan sikit. MATTA ni adalah nama pendek bagi Malaysia Association of Tour & Travel Agent di mana agensi-agensi pelancongan Malaysia bergabung dan menjalankan pameran pelancongan. Persatuan ini telah di sah dan diluluskan oleh Ministry of Tourism, Art & Culture Malaysia. Dari situ, korang dah boleh bayangkan jugak berapa banyak agensi yang bakal menyertai pameran pelancongan ni kan.

Untuk tahun lepas je, sebanyak 293 pempamer yang menyertai pameran ni. Antara booth-booth yang ada di pameran ini adalah dari Travel Agencies, Hotel & Resorts, Travel Related Services, Foreign NTO, Local STO, Theme Parks, CSR, Cruise dan Airline. 293 tu baru pempamer tau. Jumlah booth pulak ada 1396 pada tahun lepas. Dan kalau ikut statistic, jumlah booth bertambah pada setiap tahun. Jadi apa yang Juju boleh jangkakan, tahun ni mesti akan ada penambahan beberapa booth lagi.


Bagi korang yang menacari promo & deals untuk percutian luar negara, apa yang Juju boleh suggestkan adalah, korang cari booth untuk negara Japan Tourism Organization dengan Korea Tourism Organization. Kedua-dua booth ni dapat the largest National Offices. So banyak la tawaran-tawaran yang korang boleh dapatkan kat booth dorang ni. Kalau korang nak bercuti ke benua Eroapah, negara yang menjadi tumpuan ialah Turki, Italy, dan France.


Untuk korang yang nak bercuti dalam negara pulak, boleh la try jejakkan kaki korang kat Tourism Sabah dengan Johor Tourism. Tahun lepas booth diaorang paling besar. So no wonder ada pakej-pakej murah untuk bercuti ke Sabah nanti. Untuk percutian dalam negara ni jugak, korang boleh dapatkan harga pakej untuk pelbagai taman-taman tema yang ada kat dalam Malaysia ni. Desaru Theme Park ke, Legoland ke. Haa. Ikut la memana yang korang rasa nak pergi.

Selain daripada itu, kita sebagai umat Islam ni mesti teringin nak jejakkan kaki ke tanah suci kan? Ataupun ada yang dah pernah pergi dan rindu bertandang nak pergi lagi. Haa, dapatkan la pakej umrah dekat pameran ni. Dorang memang ada sediakan hall khas untuk agensi yang menawarkan pakej-pakej murah untuk mengerjakan umrah. Kot la memang korang dapat yang murah, rezeki la dapat buat umrah hujung tahun ni ke, awal tahun depan ke. Sebab apa Juju cakap rezeki? Sebabnya hujung tahun dan awal tahun cuaca di sana agak sejuk. Jadi selesa siktlah kita nak mengerjakan umrah tu. Juju doakan korang jumpa pakej yang terbaik untuk korang ke sana okay.


In case korang memang malas laa nak pergi PWTC ni, ramai orang laa, sesak betul la kat pameran ni, pastu dengan tak ada masa nak pergi lagi, sebab 3 hari je kan. Kena pulak korang jenis kerja yang hujung minggu tak cuti, apa kan daya. Jangan la korang bersedih, ada option lain untuk korang.

Beralih la kepada Traveloka Apps. Jangan biarkan korang terlepas untuk dapatkan cheap Malaysia Airlines flight booking pada harga yang lain daripada yang lain. Haa. Jangan ingat MATTA Fair je ada harga promo okay. Traveloka pun ada. Tak perlu tunggu yang 3 hari, hari-hari pun boleh. Korang cakap je nak apa. Promo harga hotel and resort? Ada. Entrance tiket untuk tempat-tempat yang menarik? Ada. Flight ticket? Ada. Airport transfer? Pun ada. Korang pilih je korang nak promo apa. Tapi apa-apa pun terpulang kepada korang. Kalau yang lebih suka berinteraksi face to face, lebih yakin bual depan-depan, boleh la terjah MATTA Fair.

Okay la gais. Juju rasa setakat ni je dulu perkongsian mengenai MATTA Fair 2020 kali ni. Nanti kalau ada good news lagi, Juju share dengan korang lagi ye. Selamat menerjah MATTA Fair nanti. Jangan lupa mark calendar korang tau.

Matta Fair 2020
Tarikh: 1-3 Mei 2020
Masa: 10 pagi – 9 malam
Tempat: World Trade Center, Kuala Lumpur


24 February 2020

Monday, February 24, 2020

Lirik Lagu 7 Nasihat Dato Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta

7 Nasihat
Lirik Lagu 7 Nasihat Dato Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta 
Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Dulu tunggu diturut balik
(Dulu tunggu diturut balik)
Dulu diam sekarang celik
(Dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(Dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(Dulu diam sekarang cerdik)

Nak dilenturnya buluh biar dari rebungnya
Kelak pasti mereka kan terjaga akhlaknya
Nak dibentukkan tubuh bukan dari bengkungnya
Susun atur mereka sebelum kenal dunia

Habis main ditanah sebelum senja ke rumah
Takut nanti tersalah bawa pulang masalah
Tak endah yang sekarang cakap jangan sebarang
Elok awal dilarang untuk kau jadi orang

Dulu tunggu diturut balik
(Dulu tunggu diturut balik)
Dulu diam sekarang celik
(Dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(Dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(Dulu diam sekarang cerdik)

Satu
Hendak berjaya mendada jangan
Pastikan jika malu bertanya sesat jalan
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun 
Biar berkerut dahi asalkan minda beralun

Kedua
Semua nasihat cam petua
Ketua perlu jua nak sihat sampai tua
Masuk semua benua pelusuk dalam luar
Hormat tanpa bersua walau darjah sempoa

Tiga
Lain liga lain cara
Elak geliga dalam rasa media masa
Dahulu kerna lidah badankan binasa
Sekarang kerna mata jemari berbicara

Cara bicara yang keempat semua telinga harus peka
Nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka
Terlena dibuai mimpi dek dunia cereka 
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka

Lima
Usah dikira kanan kiri
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri 
Kerna hidup tiada sisi
Bila hati mula hitam lupakan kisah silam
Nilam usah disiram 

Kusiram yang keenam
Biar mekar dalam hati
Ingati putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya bukan calang tak hilang dimakan hari
Bajakan jasa-jasa mereka dengan budi-budi

Anak pipit jangan tak dihirau
Gusar esok ke sarang si rimau
Anak didik harusnya dirisau
Gusar esok engkau yang dipisau

Dulu tunggu diturut balik
(Dulu tunggu diturut balik)
Dulu diam sekarang celik
(Dulu diam sekarang celik)
Oooooooo
(Dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(Dulu diam sekarang cerdik)

Dulu tunggu diturut balik
(Dulu tunggu diturut balik)
Dulu diam sekarang celik
(Dulu diam sekarang celik)
Dulu tahu waktu balik
(Dulu tahu waktu balik)
Dulu diam sekarang cerdik
(Dulu diam sekarang cerdik)



18 February 2020

Tuesday, February 18, 2020

12 Petua Berhenti Merokok


12 Petua Berhenti Merokok
  1. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok,
  2. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok,
  3. Madi dengan kerap,
  4. Meditasi atau bersukan,
  5. Membasuh tangan selalu,
  6. Melengah-lengah - tunggu 5 minit atau katakan sebentar,
  7. Minum air masak, elakkan minuman berkafein,
  8. Mnearik nafas panjang. Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan,
  9. Menyibukkan diri - buat sesuatu bagi mengalih fikiran,
  10. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah atau buah-buahan,
  11. Meregangkan otot - lakukan senaman ringkas apabila rasa mengantuk, dan
  12. Memohon doa.

Azam yang saban tahun untuk perokok berhenti merokok mungkin tidak terlaksana pada tahun lepas. Jadi pada tahun ini jom laksanakan azam berhenti merokok buat anda yang ingin berhenti merokok. Anda juga boleh mendapatkan bantuan untuk berhenti merokok di klinik yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Maklumat lanjut boleh layari jomquit.moh.gov.my

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10156635844086237/?type=3&theater

17 February 2020

Monday, February 17, 2020

Episod Penuh Drama Camelia (TV3)


Drama ini mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan  Mariam memiliki 'split identiti'.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.

Barisan Pelakon
Saharul Ridzwan sebagai Malik
Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam
Ain Edruce sebagai Marina
Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su
Qistina Raisah sebagai Marina
Puteri Balqis sebagai Mariam
Redzwan Adha sebagai Malik

9 February 2020

Sunday, February 09, 2020

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.

Giveaway Wang Tunai Mamapipie

Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan 
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akan disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..

  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020


Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


4 February 2020

Tuesday, February 04, 2020

Eh! Dah Bulan Febuari


Hai semua

Fuh, sekejap je kita dah melangkah ke bulan dua di tahun kereta terbang ni. Kenapa cepat sangat masa berlalu ni? Entri bulan satu pun ade berapa kerat je yang sempat Juju share dengan korang. Aduh! Kalut sangat buat kerja di bulan Januari. Sampai tak sedar dah masuk bulan Febuari.

Kalau korang nak tau, di musim demam virus tengah mengamuk nilah Juju pun demam jugak. Siap dengan pakej batuk-batuk. Haduh, tu yang tak best tu. Batuk ni dia punya lama tak boleh nak agak bila boleh sembuh. Risau je orang sekeliling cakap kita bawa virus.

Eh! Kita tak da kena mengena eh dengan penyakit yang senang berjangkit tuh. Kita tak berurusan pun dengan orang-orang yang berkenaan. InsyaAllah, semoga kita semua terhindar dari penyakit yang mudah berjangkit ni. Aaminnn..

Oleh itu, Juju nak share juga doa supaya kita terhindar dari penyakit berbahaya untuk kita amalkan bersama-sama ya.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ
ALLAHUMMA INNII A’UUDZU BIKA
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu

مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُوْنِ
MINAL BARASHI WAL JUNUUNI
Dari penyakit belang dan gila

وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
WAL JUDZAAMI  WA MIN SAYYI-IL ASQOOMI
Dan kusta, dan dari segala penyakit yang buruk/mengerikan lainnya

Ertinya:
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit belang, gila, kusta, dan dari segala penyakit yang buruk/mengerikan lainnya.”
(HR. Abu Dawud 1554)