MATTA Fair 2020 Bakal Berlangsung di PWTC

Kasih Juju
MATTA Fair 2020 Bakal Berlangsung di PWTC
“Pameran MATTA terus mendapat sambutan ramai”. Salah satu tajuk daripada petikan akhbar tempatan mengenai MATTA Fair yang berlangsung pada tahun lepas. Gila tak ramai, rekod MATTA Fair 2019 mencatatkan lebih dari 100,000 orang kot yang datang berkunjung ke MATTA Fair tu. Mananya tak penuh, dah segala macam pakej percutian murah-murah yang korang boleh jumpa.


Dorang ni taktau ke melancong dengan rakyat Malaysia berpisah tiada. Usahkan luar negara, dalam negara pun jadi. Mana taknya, korang boleh bagitau tak negara mana yang banyak cuti umum macam Malaysia? Dalam setahun, boleh kira dengan jari bulan berapa je yang langsung tak ada cuti. Tak payah tunggu cuti umum, hari Sabtu Ahad pun Cameron Highland jem. Hahahha. So korang boleh bayangkan la kalau dah MATTA buat pameran pelancongan, apa yang bakal jadi. 

Oleh itu, kepada kaki-kaki travel, bersedialah korang bahawa MATTA Fair 2020 bakal menyerang dengan bala-bala tentera yang membawa senjata mereka iaitu pakej-pakej percutian yang sukar untuk korang tolak.

Pada yang bertanya-tanya, apa benda MATTA Fair tu, meh sini Juju bagi penerangan sikit. MATTA ni adalah nama pendek bagi Malaysia Association of Tour & Travel Agent di mana agensi-agensi pelancongan Malaysia bergabung dan menjalankan pameran pelancongan. Persatuan ini telah di sah dan diluluskan oleh Ministry of Tourism, Art & Culture Malaysia. Dari situ, korang dah boleh bayangkan jugak berapa banyak agensi yang bakal menyertai pameran pelancongan ni kan.

Untuk tahun lepas je, sebanyak 293 pempamer yang menyertai pameran ni. Antara booth-booth yang ada di pameran ini adalah dari Travel Agencies, Hotel & Resorts, Travel Related Services, Foreign NTO, Local STO, Theme Parks, CSR, Cruise dan Airline. 293 tu baru pempamer tau. Jumlah booth pulak ada 1396 pada tahun lepas. Dan kalau ikut statistic, jumlah booth bertambah pada setiap tahun. Jadi apa yang Juju boleh jangkakan, tahun ni mesti akan ada penambahan beberapa booth lagi.


Bagi korang yang menacari promo & deals untuk percutian luar negara, apa yang Juju boleh suggestkan adalah, korang cari booth untuk negara Japan Tourism Organization dengan Korea Tourism Organization. Kedua-dua booth ni dapat the largest National Offices. So banyak la tawaran-tawaran yang korang boleh dapatkan kat booth dorang ni. Kalau korang nak bercuti ke benua Eroapah, negara yang menjadi tumpuan ialah Turki, Italy, dan France.


Untuk korang yang nak bercuti dalam negara pulak, boleh la try jejakkan kaki korang kat Tourism Sabah dengan Johor Tourism. Tahun lepas booth diaorang paling besar. So no wonder ada pakej-pakej murah untuk bercuti ke Sabah nanti. Untuk percutian dalam negara ni jugak, korang boleh dapatkan harga pakej untuk pelbagai taman-taman tema yang ada kat dalam Malaysia ni. Desaru Theme Park ke, Legoland ke. Haa. Ikut la memana yang korang rasa nak pergi.

Selain daripada itu, kita sebagai umat Islam ni mesti teringin nak jejakkan kaki ke tanah suci kan? Ataupun ada yang dah pernah pergi dan rindu bertandang nak pergi lagi. Haa, dapatkan la pakej umrah dekat pameran ni. Dorang memang ada sediakan hall khas untuk agensi yang menawarkan pakej-pakej murah untuk mengerjakan umrah. Kot la memang korang dapat yang murah, rezeki la dapat buat umrah hujung tahun ni ke, awal tahun depan ke. Sebab apa Juju cakap rezeki? Sebabnya hujung tahun dan awal tahun cuaca di sana agak sejuk. Jadi selesa siktlah kita nak mengerjakan umrah tu. Juju doakan korang jumpa pakej yang terbaik untuk korang ke sana okay.


In case korang memang malas laa nak pergi PWTC ni, ramai orang laa, sesak betul la kat pameran ni, pastu dengan tak ada masa nak pergi lagi, sebab 3 hari je kan. Kena pulak korang jenis kerja yang hujung minggu tak cuti, apa kan daya. Jangan la korang bersedih, ada option lain untuk korang.

Beralih la kepada Traveloka Apps. Jangan biarkan korang terlepas untuk dapatkan cheap Malaysia Airlines flight booking pada harga yang lain daripada yang lain. Haa. Jangan ingat MATTA Fair je ada harga promo okay. Traveloka pun ada. Tak perlu tunggu yang 3 hari, hari-hari pun boleh. Korang cakap je nak apa. Promo harga hotel and resort? Ada. Entrance tiket untuk tempat-tempat yang menarik? Ada. Flight ticket? Ada. Airport transfer? Pun ada. Korang pilih je korang nak promo apa. Tapi apa-apa pun terpulang kepada korang. Kalau yang lebih suka berinteraksi face to face, lebih yakin bual depan-depan, boleh la terjah MATTA Fair.

Okay la gais. Juju rasa setakat ni je dulu perkongsian mengenai MATTA Fair 2020 kali ni. Nanti kalau ada good news lagi, Juju share dengan korang lagi ye. Selamat menerjah MATTA Fair nanti. Jangan lupa mark calendar korang tau.

Matta Fair 2020
Tarikh: 1-3 Mei 2020
Masa: 10 pagi – 9 malam
Tempat: World Trade Center, Kuala Lumpur