Latest

31 March 2020

Tuesday, March 31, 2020

Lirik Lagu Canggung - Wany Hasrita


Canggung - Wany Hasrita

Lirik Lagu Canggung - Wany Hasrita
Jari-jari jemari ang menghitung hari
Bila kau kembali
Janji-janji tepati jangan kau ingkari
Kata-kata hati

Mana bumi (Bumi yang dipijak)
Situ langit (Langit yang dijunjung)
Sama juga hati

Hati ketipak ketipung berlagu canggung
Bila hati berlagu rindu siapa nak tanggung
Hati ketipak ketipung berentak canggung
Kasihku padamu tiada penghujung
Kasihku padamu tiada penghujung
(Tiada penghujung)

Hari silih berganti hati disusuli
Rindu yang menanti
Hati-hati mencari cinta yang sejati
Hanya ku disini
Mana bumi (Bumi yang dipijak)
Situ langit (Langit yang dijunjung)
Sama juga hati

Hati ketipak ketipung berlagu canggung
Bila hati berlagu rindu siapa nak tanggung
Hati ketipak ketipung berentak canggung
Kasihku padamu tiada penghujung
(Tiada penghujung)

Di mana mana bumi yang ku pijak
Situ langit yang ku junjung
Sama juga hati

Di mana mana bumi yang ku pijak
Situ langit yang ku junjung
Sama juga hati

Hati ketipak ketipung berlagu canggung
Bila hati berlagu rindu siapa nak tanggung
Hati ketipak ketipung berentak canggung
Kasihku padamu tiada penghujung

Mana bumi (Berlagu canggung)
Situ langit (Bila hati berlagu rindu siapa nak tanggung)

Hati ketipak ketipung berentak canggung
Kasihku padamu tiada penghujung
(Kasihku padamu tiada penghujung)
(Tiada penghujung)

Lagu & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong
©2020 FMC Music Sdn Bhd

30 March 2020

Monday, March 30, 2020

Wash Your Hands to Get Paid

StarFish launches digital campaign to reward local community who wash their hands.


Washing hands is the most basic way for us to keep bacteria away. In order to encourage more people to wash their hands in the correct way more frequently, local frozen food manufacturer, StarFish has introduced a digital campaign named “#PayWithHandWash”.
Pay with hand wash campaign
In this campaign, people are encouraged to shoot a video of washing hands, and upload to their social media, Facebook or Instagram. Each second of hand washing can let them earn RM0.50. The longer the time they wash their hands, the highest they get paid. Maximum paid hand washing time is 60 seconds which is equal to RM30.

“We would like our fans to alert on the importance of washing hands frequently even though at home,” said Ms. Michelle Liew, Marketing Manager of StarFish.

We should wash our hands not less than 40 seconds as recommended by World Health Organization. However, there are lots of people simply wash their hands in very short time. Therefore, we launch this campaign to have them to wash their hands as longer time as they can but limited to 60 seconds, to keep bacteria away. Their hand washing time will be converted to E-Cash voucher to be used to purchase our products online, and get delivered to their doorsteps.” Commented by Ms. Michelle.
Shoot a video of hand washing ang upload it to media social
This campaign is carried out from 27 Mar to 27 Apr 2020. Only first 100 participants who uploaded videos to their own Facebook or Instagram are eligible to receive E-Voucher via social media messenger. Video which received highest LIKEs will be further rewarded with a Touch N’ Go card worth RM100.

“We began our delivery service to ensure our customers are able to continue enjoy sufficient nutrients
from our products,” Ms. Michelle added.

Due to the imposition of Movement Control Order, people are advised to always stay at home. Therefore, StarFish offers products delivery service to their customers. Customers are able to order StarFish products through their official Facebook, or online shopping application such as Hungry and Octopus Delivery, and enjoyed delivery to their doorsteps.

For more details on the digital campaign, “#PayWithHandWash” launched by StarFish, and their products, kindly log on to their official Facebook page.

StarFish is the home brand of Khong Kee Food Industry Sdn Bhd. As a Johor home grown company, StarFish is well-recognized in the community with more than 80 fresh and frozen food products comprises of fish, seafood, chicken and local value added product. Certified by HALAL by JAKIM Malaysia and MESTI by Ministry of Health Malaysia, StarFish aims to provide high quality food products which contain high nutrients. Throughout the years, StarFish continuously invents new creation to keep customer’s excitement in StarFish product. The wide array of StarFish products including frozen fish ball, fresh fish ball, dim sum series, fun bites such as fish pop corn, tofu series and more.

Official website www.khongkee.com.my
Official Facebook www.facebook.com/starfishkk

29 March 2020

Sunday, March 29, 2020

Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles untuk Hadiah Tunai RM20,000!

Cabar cita rasa anda dengan perisa misteri serba baharu edisi terhad
Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas.tiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut.
Pringles Malaysia
Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!

Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020. Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!
Juju bersama tin peris misteri Pringles
"Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sepanjang dekad yang lalu, kami kekal sejati dengan jenama kami, Sekali anda makan, keseronokannya tidak akan berhenti! Inilah sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek sungguh menyeronokkan bagi seisi keluarga" kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara.

Kini terdapat lapan perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti Keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa hanya untuk masa terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa memakannya, kerana itulah Pringles yang sebenar!

"Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga, serta mendapat ganjaran untuk meneka perisa dengan betul. Walaupun jika anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!" kata Sanjib.
Cara mudah menyertai Peraduan Teka Perisa Misteri Pringles
Sungguh mudah untuk menyertai peraduan Meneka Perisa Misteri!
• BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
• Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri  maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
Jenuh aih cari klu dekat tin!
Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000! Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya. Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda menyelesaikan perisa dengan betul!

Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran Guess the Flavour untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau ikuti Pringles Malaysia di Facebook: @Pringles Malaysia.

27 March 2020

Friday, March 27, 2020

Desa Keroma Eco Resort, Muar Johor

Bersempena dengan hari jadi Juju yang ke 35 tahun lepas, Juju dengan bermurah hatinya belanja Yash dengan ayah dia bercuti-cuti makan angin ke Muar. Haha. Dekat je. Masih dalam Johor. Memang Juju sengaja pilih dalam Johor. Dekat dan tak jauh sangat. Walaupun seberang jambatan je boleh sampai Melaka. 


Untuk kali ni, Juju pilih Desa Keroma Eco Resort. Bercuti kalau ada dak Yash memang kena cari yang ada swimming pool. Nak beli jiwa dia kan. Dah lama janji nak bawak dia mandi kolam. Asyik kerja je.

Desa Keroma Eco Resort
Jumpa resort ni sebab ternampak blogger Hernee Nazir post dekat blog dia. Nampak tenang aman damai je kawasan ni. Maka Juju pun mulalah berwhatsapp dengan pengurusan resort ni. Resort ni belum masuk lagi dalam Trivago atau Agoda. Jadi kenalah contact resort terus.

Booking pun mudah je. Transferkan deposit dan pilih nak bilik yang mana satu. Juju amik bilik untuk 2 orang je. So untuk Firash kita stand by toto sesiap. Muehehehehe..

Untuk urusan check in pula, masa sampai je dekat sini menjajar jugalah Juju mencari tempat untuk check in. Masa sampai, Juju terus tuju dekat pintu gerbang resort ni, rupanya kena ke deretan kedai yang ada sebelum sampai di pintu gerbang. Ada satu pejabat dekat lot kedai yang pertama sekali. Jadi urusan check in dan check out kena buat di pejabat ni lah.

Rumah Bangau ni memang besar. Kalau korang datang dalam jumlah yang ramai, bolehlah ambik rumah ni
Bilik Kesidang
Bilik Seroja
Bilik Kenanga
Bilik Cempaka
Juju ambil bilik Cempaka je. Ada 1 katil queen. Sesuailah untuk kami 3 beranak. Berkenan sangat dengan bilik Kenangan tu. Tapi katil dia tak da yang queen. Semua single. Haha. Kita naklah tidur sebelah suami kita.
Katil queen
Kemudahan dalam bilik
Bilik-bilik dekat sini memang takda televisyen ya. Jadi pabila malam menerjah memang sunyi yang teramat. Tu pun lepas pukul 12 tengahmalam sebab ada orang karaoke dekat gerai yang berdekatan dengan pejabat untuk check in tu.

Yang bestnya bilik-bilik dekat sini, semua ada kolam keliling bilik. Ha kalau korang perasan dekat tangga tu ada macam longkang tinggi tu kan. Ha tu sebenarnya kolam ikan. Ada ikan koi dekat dalam dia. Masa Juju datang ni ikannya masih kecil lagi.

Si Firashlah yang paling teruja. Boleh bagi ikan makan dekat depan pintu bilik je. Memang depan pintu ajelah kerja dia.

Okeh jom kita jalan-jalan sekitar resort ni. Sebenarnya masa sampai dekat sini dia ada satu pintu gerbang. Tapi Juju tak terfikir pula nak ambil gamber dekat pintu gerbang tu. Ralit tengok replika sampan yang ada dekat dalam resort ni.
Simpan sini. Berkenan betul tengok cara dia susun pokok tu.
Ruang santai di rumah bangau
Sampan
Tapak perkhemahan
Masa kami sampai, penuh dengan budak-budak sekolah tengah berkemas-kemas nak balik. Memula rasa macam "Oh my god! bisinglah kita tido malam ni!!" Haha.. Rupanya diorang dah last day masa Juju check in sini. Tapak yang dah kosong dekat atas ni lah tempat diorang berkhemah. Tandas dan bilik mandi ada berdepan dengan tapak ni.
Ruang rehat di kolam renang
Ruang rehat di kolam renang

View dari kolam renang
Seronok eh tak de orang dekat sini
Luaslah untuk si Firash
Kolam renang dia tak dalam pun. Kalau Juju masuk takat pinggang Juju je. Sebab tu si Firash dengan berani dan eksyennya berkata "tak payahlah pelampung". Hehe, tapi still kena bagi full concentration sebab malang tu kan tak berbau.

Untuk info lanjut mengenai tempat ni, korang boleh terjah:
Alamat: Jalan Junid, Parit Keroma Laut, Muar

17 March 2020

Tuesday, March 17, 2020

Paradigm Mall, Johor Bahru to provide security escorts for women ensuring their safety and security.

Women shoppers and women with young children can now shop in comfort and convenience at Paradigm Mall, Johor Bahru (PMJB). The mall has recently launched its security escort services for women so that they can enjoy a safe shopping experience.
Ms. Selena Chua, CEO, Retail of WCT Malls said, “We at WCT malls are constantly upgrading our security measures as the safety of our shoppers, tenants and employees is our highest priority. We urge our women shoppers to use the services of our security personnel if they desired so after their post dinner, movie or shopping in the mall, especially at night as they are professionally trained to handle tough situations.”
The availability of the security escorts for women is one the many initiatives undertaken by Paradigm Mall Johor Bahru to ensure safer environment for women to shop. PMJB has put in place several precautionary measures such as top of round-the-clock CCTV surveillance, help buttons and security personnel patrolling the mall to prevent any untoward incidents.
Contact Mall security can be reached at +607-2313999. All shoppers are requested to contact the security escorts for any help or concerns while visiting the mall.

For more information about the activities and promotions, kindly visit the mall’s:
Website
Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb
Facebook:
Instagram:
*Terms & Conditions applied

10 March 2020

Tuesday, March 10, 2020

Asmak Grand Award 2020

Hai semua,

Pada 29 Februari 2020 yang lalu, Juju telah diberi peluang untuk merasai sendiri kemeriahan Asmak Grand Award 2020 yang telah berlangsung di Awana Genting Highland. Dapat jugalah Juju bawa sekali suami dan anak untuk teman Juju sepanjang event berlangsung.

Tahun ni merupakan tahun yang ketiga Asmak mengadakan acara ini khas untuk meraikan semua stokis dan ejen yang telah bekerja keras bagi mencapai target jualan masing-masing.


Misi syarikat ini adalah membantu masyarakat dan sejagat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dengan mengeluarkan produk yang berasaskan herba dan bahan semulajadi. Menjadi sumber membekalkan produk penjagaan bayi, kesihatan, pemakanan dan penjagaan diri yang selamat dan berkualiti kepada masyarakat. Mewujudkan komuniti yang lebih cerdas dan efisien serta memberi peluang serta memberi peluang kepada usahawan supaya bebas kewangan demi kesejahteraan hidup yang lebih bermakna.

Kalau korang nak tau, Juju pun pengguna setia Minyak Herba Asmak Mujarab ni tau. Memang bagu sangat untuk si Firash. Serasi pulak dia dengan minyak ni. Kalau korang pernah baca sebelum ni Juju ada cerita pasal dak Yash kena warded sebab asthma.

Alhamdulillah, sekarang ni dak Yash dah bebas daripada asthma. Petua dia kena rajin sapu minyak ni dekat dada, belakang badan dan tapak kaki. Sekarang ni pun kalau dak Yash selsema memang Juju sapukan minyak ni je. Lega terus selsema dia. Cuma ambil masa sikitlah.

(Klik gambar untuk lebih jelas)
Terdapat 10 kategori yang telah dipersembahkan antaranya Top Super Stokis, Top Stokis Premium, Top Stokis Daerah, Top Super Agen, Top Agen, Bintang Harapan Agen, Top Personal Salaes, Team Paling Sporting, Tokoh Inspirasi Asmak dan Blogger Terbaik Asmak.

Senarai penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Senarai penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Senarai penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Penerima anugerah (Klik gambar untuk lebih jelas)
Apa yang paling ditunggu-tunggu adalah anugerah Top 10 Asmak of he Year di mana tahun ini pihak Asmak dengan berbesar hatinya menghadiahkan percutian ke Bali. Fuh, bertuah sungguh mereka-mereka yang terpilih tu.

Top 10 Asmak of The Year (Klik gambar untuk lebih jelas)


Ha nampak tak wajah gembira dan teruja para pemenang percutian ke Bali. Hehe, siapa je yang tak teruja kan. Juju yang ambil gambar momen ni pun rasa teruja. Seronoknya dapat percutian yang ditaja. Ke luar negara pula tuh. 

Suasana di kaunter pendaftaran (Klik gambar untuk lebih jelas)
Antara yang menarik perhatian Juju semasa acara ini berlangsung adalah terdapat juga slot untuk anak-anak. Antaranya ialah pertandingan pakaian beragam, pertandingan mewarna dan juga tontonan filem yang sesuai untuk kanak-kanak.

Juju suka suasana macam ni sebabnya dia tidak hanya tertumpu pada penerima anugerah sahaja, malah seluruh ahli keluarga boleh turut serta. Maklumlah, kita yang mak-mak ni mana boleh tinggalkan anak-anak dekat rumah. Kemana-mana pun nak bawa juga mereka ni. Atas sebab itu, Asmak selitkan juga aktiviti untuk mereka.


Pertandingan pakaian beragam. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Pertandingan mewarna. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Pertandingan mewarna. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Pertandingan mewarna. (Klik gambar untuk lebih jelas)
Firash pun sempat jugalah jumpa kawan baru masa dekat event ni. Seronok dia bermain. Masa ni lah nak suruh dia bersosial. Tak main handphone je. Hehe.

Jadi untuk kesemua Asmak Warrior Juju doakan semoga korang semua terus sukses dan lebih berjaya lagi di masa hadapan. Tahniah juga buat team Asmak yang telah berjaya menganjurkan program seumpama ini. Program penghargaan ini sebenarnya sangat-sangat bagus kerana di sinilah founder dan ejen dapat lebih mengenali antara satu sama lain.

9 March 2020

Monday, March 09, 2020

Langkah Melindungi Diri daripada Virus Covid19


Klik gambar untuk lebih jelas
Langkah Melindungi Diri daripada Virus Covid19
- Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi - seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)

- Semasa dalam tempoh lawatan ke tempat-tempat yang berlaku wabak ini (jika perjalanan tidak dapat dielakkan)

  • Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
  • Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala
  • Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan
  • Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak sempurna
- Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranyan jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.

5 March 2020

Thursday, March 05, 2020

UNIQLO and JW ANDERSON 2020 Spring/Summer Collection to Launch on March 27 Includes Long Awaited Kids Line

Global apparel retailer UNIQLO today announces that it will launch its 2020 Spring/Summer UNIQLO and JW ANDERSON collection on Friday, March 27. Developed once again with leading London-based fashion brand JW ANDERSON, the latest collaboration is themed “British Country Style” and includes a long-awaited line for kids.

The collection combines the functionality and details of LifeWear with Jonathan Anderson’s playful take on such traditional British patterns as gingham checks and patchworks to add fun to spring and summer. This marks the very first time for the designer to create a kids’ line.


The traditionally inspired collection includes numerous new items in JW ANDERSON’s signature bold hues. Men’s pocketable parkas are updated with in- trend anorak styling, for a genderless look. For women, the line features patchwork dresses and skirts, tote bags with large gingham patterns.

Designs and details for the kids’ line are essentially the same as for adults, only in commensurately smaller sizes. There are also linen blend blouses inspired by vintage sailing apparel. Regular fit shirts incorporate stitched panels for an additional styling touch. All items for kids coordinate easily with adult outfits to make family outings more fun.

The range will be available globally and all UNIQLO stores will stock some items from the collection, while the full lineup will be accessible through Fahrenheit 88 and at https://www.uniqlo.com/my/

UNIQLO and JW ANDERSON collection

(Click picture to enlarge)
Price (Click picture to enlarge)
UNIQLO and JW ANDERSON website

4 March 2020

Wednesday, March 04, 2020

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI


Hai korang, jom support giveaway rakan blogger kita ni. Untuk maklumat lanjut macam mana nak join giveaway ni korang boleh klik je dekat banner giveaway tu ya. Hadiah pun comel-comel belaka.

Ada satu soalan yang tuan giveaway ni tanya;
"Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?"

Dan jawapan Juju, dalam bulan Januari, Juju ada ramai birthday boy yang perlu Juju raikan. Hari jadi orang yang penting-penting semuanya ada dalam bulan Januari. Antaranya ialah encik suami, abah Juju, abah suami, adik bongsu Juju, adik bongsu belah suami. Eh, suratan atau kebetulan ni? Hehe, semuanya Juju raikan dengan sederhana. Dapat belanja makan pun dah boleh buat mereka happy.

Okeh, jom pakat ramai-ramai join giveaway ni ya. The more the merrier :)


3 March 2020

Tuesday, March 03, 2020

Apakah Punca Ulser Mulut


Tabiat tergigit dinding mulut disusuli dengan pengambilan makanan pedas dan masam boleh memberi kesan kepada bahagian tercedera mendapat komplikasi ulser di mulut.

Ia diburukkan lagi dengan tabiat kurang minum air serta bahagian dalam mulut kering menyebabkan ulser lambat sembuh. Namun, ulser mulut yang tidak sembuh melebihi 2 minggu perlu pemeriksaan lanjut oleh pakar. Ia mungkin kanser.

Klik gambar untuk lebih jelas

Ulser adalah luka dalam mulut yang selalunya sakit dan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk sembuh.

Rawatan
  • Berkumur dengan air garam atau kumuran antiseptik
  • Gunakan gel ulser untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan penyembuhan
  • Elakkan makanan yang berasid, pedas dan keras untuk sementara waktu
Faktor Risiko
  • Trauma seperti tergigit, penggunaan gigi palsu yang tidak padan, pendakap gigi
  • Kekurangan nutrisi seperti Vitamin B12, folate dan zat besi
  • Penyakit sistematik seperti anemia, penyakit berkaitan usus, penyakit berkaitan sistem imun
  • Jangkitan seperti virus, bakteria, kulat dan parasit