Hai korang,

Pernah dengar pasal PG Mall? Pada mulanya Juju sangkakan PG Mall ni sama je dengan dengan website membeli belah yang lain. Tapi rupa-rupanya sangkaan Juju ni salah belaka. Okeh pada dasarnya memang Nampak sama, tapi dia ada kelainan sikit. Meh sini Juju nak cerita sikit dengan korang.

PG Mall
PG Mall merupakan platform E-Commerce tempatan pertama di Malaysia yang telah mula beroperasi pada tahun 2017 .Ha yang korang selalu dok shopping online tu bukan berasal dari Malaysia yek. Yang ni confirm Malaysia.
 

Kalau korang nak tau lagi, PG Mall ni tersenarai dalam top 3 platform e-commerce terbaik macam yang Iprice paparkan di website diorang. Kalau korang tak percaya boleh terus ke -->  https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ . Hebat bukan? 

Dan part yang paling best adalah PG Mall terima semua jenis e-wallet dan pembayaran atas talian yang lain. Hah! Baru-baru ni Juju ada claim RM50.00 dari e-penjana. Sebelum dia tamat tempoh bolehlah Juju shopping dekat PG Mall. Weeehuuuu…

Tapi kalau korang taknak guna e-wallet, boleh juga gunakan c-wallet. Eh! Apa pulak c-wallet ni? Ha dia sama je macam e-wallet. Bezanya korang boleh guna c-wallet ni untuk buat pembayaran tanpa ada had minimum. Menarik bukan?


Cara-cara untuk tambah nilai c-wallet ni:
1. Log masuk ke akaun PG Mall : https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=410
2. Klik “My Profile” dan pilih “c-wallet”
3. Klik butang “Topup”
4. Pilih cara pembayaran dan klik pada “Pay Now”
5. Sahkan pembayaran anda, dan anda akan dibawa ke website pilihan pembayaran.
6. Dan anda akan tambah nilai jika transaksi pembayaran anda berjaya.

Berita baik bagi pengguna aplikasi Grabpay. Bermula 1 Ogos hingga 30 September 2020, korang boleh menikmati diskaun pembayaran sebanyak 30% had RM20.00 dengan perbelanjaan minimum RM60.00. Korang boleh tebus 2 kali je sepanjang 2 bulan ni. Penebusan pulak berdasarkan ‘first-come first-serve’ basis. Hah, cepat-cepatlah buka PG Mall sekarang. Harap-harapnya tak ramailah yang guna GrabPay yek. Yang paling penting sekali jangan lupa masukkan kod ONLINEDEALS masa nak check out nanti tau.


Barang-barang yang ada di PG Mall ni pun dijamin 100% authentic tau. Jenama yang memang dipercayai semua ada dekat sini. Contohnya Nestle, Philips, PG Jewel, PG Gold Museum dan macam-macam lagilah. Ada jugak storewide discount dan penghantaran percuma tanpa pembelian yang minimum. Wow, siapa yang tak suka dengan diskaun dan free shipping kan.



Jadi tak perlu ragu lagilah. Memang selayaknya PG Mall berada diantara e-commerce yang terbaik di Malaysia. Korang pun boleh bookmark atau muat turun aplikasi PG Mall ni dekat device masing-masing. Rugi nanti kalau korang tau dekat sini murah lagi. Hah jangan menyesal pulak nanti ya.

Maklumat lanjut boleh ke: