Quick Update on February 2021

Kasih Juju
Gambar tiada kena mengena dengan cerita di bawah ini ya

Assalamualaikum and hi everybody,

Macam dah lama Juju tak update cerita-cerita semasa pasal Juju dan keluarga kecil Juju ni. Eh! macamlah ada yang baca. Hehe, tak pe. Juju nak simpan sini kenangan tahun Februari 2021 ni. Fuh, macam banyak je yang Juju nak share kan dekat sini.

Pertamanya pasal Perintah Kawalan Pergerakan. Macam yang kita semua dah alami, sejak 13 Januari 2021 lagi kerajaan kita dah umumkan PKP 2.0. Dan bermulalah episod mak-mak menyinga dan membesarkan diri. Hehe. Tapi walaupun PKP dah bermula, banyak juga sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi. Jadi tidaklah kita rasa terkurung sepanjang di rumah. Dapat juga berjogging dan berbasikal.

Juju sendiri pun bekerja. Cuma kehadiran ke pejabat tu tidaklah 100%. Bergilir-gilir dan perlulah Bekerja dari Rumah ataupun work from home. Nampak macam bahagia je WFH tu kan. Tapi episod sebenar dia belum bermula lagi masa tu memandangkan anak-anak masih belum mula bersekolah.

Ha, mula je sesi persekolah pada 20 Januari 2021, Juju dah mula rasa serabut. Pembelajaran dari rumah dah mula dah. Pada awalnya masih boleh hadap lagi. Tapi lama kelamaan Juju jadi stress. Huh. Mau taknya. Tugasan yang diberikan perlu diselesaikan. Belum masuk lagi buat video-video pengenalan dirilah, video itulah, video inilah. 

Yang si anak pulak bila dia tau mak di je yang jadi cikgu mulalah drama air mata dia. Kalau alasan tu jangan katalah. Penatlah, nak makan lah, malulah. Hadoi.. Tepuk dahi mak. Si Firash ni pemalu rupanya. Haha. Cemane nak jadi blogger ni Yash. Takpelah, nanti mama ajar ya.

Dan, harini Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia dah umumkan yang sekolah akan dibuka pada 1 Mac 2021. Fuh, boleh tarik nafas lega ya mak-mak singa sekalian. Haha. Lega betul Juju dengar pengumuman tadi. Rasa ringan sikit beban dekat bahu ni ha.

Doa Juju semoga rakyat Malaysia makin sihat dan dihindarkan dari segala penyakit yang berjangkit ya. InsyaAllah. Aaminnn.

Tags