Simpan Sini Kenangan Pergi Vaksin         Simpan Sini Kenangan Pergi Vaksin - Kasih Juju             Simpan Sini Kenangan Pergi Vaksin

Simpan Sini Kenangan Pergi Vaksin

Hai semua,

Macam dah lama je Juju tak membebel dekat blog kesayangan Juju ni. Asyik post press releised je kan. Juju pulak yang rasa tak puas nak simpan kenangan manis-manis dekat sini.

Okeh, ceritanya Juju dapat tarikh vaksin pada cuti Awal Muharam haritu, 10 Ogos 2020. Juju dan suami dapat tarikh dan tempat yang sama iaitu di Pusat Pemberian Vaksin Felda Lenga, Muar. Uish, macam jauh je kene cucuk vaksin?

Hai orang Muo, lamanya tak datang sini 

Ha sebenarnya memang jauh pun. Juju dekat Kluang, dapat cucuk dekat Muar. Memang kami terjah jelah kan. Dah dapat dekat situ. Kami ramai sebenarnya. Lebih kurang dalam 11 ke 12 orang macam tu. Seronok juga konvoi 4 kereta ke Muar. Rasa lama betul tak masuk lebuhraya yang menghala ke utara tu.

Kami bertolak dalam jam 7.30 pagi sebab masing-masing dapat temujanji jam 8.00 pagi. Jujulah yang risau sebenarnya. Kalau ikut diorang nak gerak pukul 10.00 pagi. Yelah, jenuh dekat radio tu bagitau, hadir ke PPV ikut masa yang dah ditetapkan. Tapi bila sampai sana rasa menyesal gerak awal pun ye jugak.

Masa kami sampai tu beratur dah panjang dan nampak tak bergerak pulak tuh. Jadi kami pun sambunglah barisan beratur yang panjang tuh. Juju dengan suami dah stand by payung dan air masak. Maklumlah, Juju ni bukan tahan kena panas direct ni. Cepat je migrain tu datang.

Masih mampu lagi senyum ditengah panas

Korang rasa berapa lama Juju dan suami dok beratur tengah-tengah panas tu? Boleh bayang tak? Beratur dari pukul 9.30 pagi, dari panas terik membawak ke hujan dan panas balik masih belum sampai dekat tempat nak masuk. Ha masa panas lepas hujan tu kepala Juju dah mula berdenyut-denyut. Aduh, janganlah migrain sekarang. Migrainlah kejap lagi. Tapi kalau dah namanya sakit, bukan boleh tau pun bila dia nak datang singgah.

Yang ni panas lepas hujan. Migrain dah datang dah.

Azan Zohor baru sampai depan PPV. Tu pun belum dapat scan My Sejahtera lagi. Dalam pukul 2 macam tu baru dapat masuk PPV. Huhu, 4 jam weh beratur. Tapi yang syoknya petugas-petugas dan sukarela dekat situ sangat prihatin. Siap bagi roti dan air. Jadi sejuk sikitlah hati ni kan. 

Lega rasanya bila dapat duduk. Dah sampai dekat dalam PPV tu proses dia dah laju dah. Tunggu sekejap-sekejap je. Dan siap semuanya pukul 3.30 petang. Kami dapat Astra Zeneca. Tak kisahlah kan. Yang penting dah vaksin. Fuh, tak taulah nak kategorikan pengalaman manis ke pahit sebab sekali ni je kan cucuk vaksin Covid-19.

Perjalanan balik tu kami singgah di kedai makan di Pancor yang terkenal dengan baung salai. Kedai wajib singgah kalau lalu sini. Tapau dan plan nak makan di hentian lebuhraya. Juju kan dah migrain kan, jadi Juju bitau husband nak tidur dulu. Dah sampai hentian nanti kejutlah. Yang encik suami ni punyalah tak sampai hati nak kacau bini dia lelap tau-tau dah sampai tol Simpang Renggam.

Dekat Maghrib jugaklah baru sampai rumah. Malam tu suami Juju dah mula dedor. Lenguh dekat tangan jangan katalah. Memang tak boleh diusik. Juju pulak malam besoknya baru demam. Kuat betul yek penangan AZ ni. Tapi Alhamdulillah, demam cuma sehari je.

Semoga dengan vaksin ni dapat melindungi Juju sekeluarga dan kita semua dari penyakit-penyakit yang berbahaya ini. Amiiinnn InsyaAllah.

Catat Ulasan

0 Ulasan