Putrajaya Night Marathon 2011 - Race kit collection

Kasih Juju


Woohooo... Mood excited sangat-sangat nak tunggu 15/10/2011.. Tak sabar nak lari kat Putrajaya.. Walaupun aku amik 5km fun run jek.. Kire oke what aku nak menjebakkan diri dengan aktiviti sihat ni.. Kalo tak asik nak bela lemak je kat umah kan.. Sesekali kene la aktif kan jantung.. Barulah aku tergolong dalam orang-orang yang tak berisiko tinggi kene penyakit jantung.. Hehehe..

Jumaat ari tu pegi amik race kit kat Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Pegi dengan Cik Molly.. Dapat t-shirt dengan running bib..


Nilah baju yang akan kitorang pakai malam tu nanti.. Mestilah pakai dua lapis.. Aje giler kalo pakai baju ni pastu lari sambil pakai tudung.. Cube bayangkan.. Kahkahkah.. Mesti ramai giler yang kutuk aku nanti..

Mase tengah tengok video kat laman web rasmi Putrajaya Night Marathon ni, tibe-tibe aku teruja kat 01:38.. Hakhakhak.. Kalau nak tau boleh tengok video kat bawah ni..

Ngehngehngeh.. Tak sia-sia aku amik race kit ni ari Jumaat..

Lepas tu kitorang register pulak untuk World Walking Day 2011 dengan World Hunger Relief 2011.. Gian nak join aktiviti-aktiviti yang menyihatkan badan.. Korang pun patut sokong aktiviti-aktiviti yang macam ni.. Boleh beramal sambil menyihatkan badan.. Yeahhh..

              Blog Penonton,
              World Hunger Relief 2011.