Sejarah blog Kasih Juju
Untuk pengetahuan pembaca blog kasihjuju.com, pada asalnya blog ini bermula dengan juliajamaludin.blogspot.com. Jadi kenapa Juju tukar domain daripada dot blogspot ke dot com? Ha sebabnya Juju menang kontes SEO dan hadiah yang ditawarkan adalah domain dot com percuma selama setahun. Yeayyyy..
Kenapa Juju memilih nama Kasih Juju? Sebabnya Juju memang seorang yang pengasih orangnya. Haha, sila muntah. Juju tu pula gelaran yang diberikan oleh teman-teman rapat. Untuk mengabdikan nama Juju tu, makanya Juju pun mengambil kesempatan ini untuk terus menggunakan nama Juju untuk blog. Semoga terus diingati.
Pada awal penubuhan blog ini, Juju tak berapa serius sebenarnya. Buat pun atas dorongan adik yang pada ketika itu belajar dalam jurusan teknologi maklumat. Dia menyarankan supaya Juju buat satu blog kerana kerja hakiki yang Juju buat masa tu membolehkan Juju untuk membuat kerja sambilan. Kiranya sambil menyelam minum airlah.
Kebetulan pula memang komitmen kerja Juju tak tertumpu pada komputer. Jadinya sambil buat kerja hakiki Juju boleh menumpukan perhatian pada entri blog. Memang bahagia sangat masa tu.
Tapi sekarang komitmen kerja dah lain. Kena jumpa pelanggan. Kena buat macam-macam. Harap-harapnya Juju dapat mengekalkan blog tersayang ni sampai bila-bila. Sekarang pun tak sempat sebenarnya nak update entri. Tapi Juju cari juga masa dan ruang untuk menaip. Alhamdulillah, siap juga satu entri. Yahoooo.
Kalau korang nak tau. Juju ni sejak dari zaman sekolah memang suka kumpul lirik lagu. Sampaikan buku untuk lirik tu je ade 2 ke 3 buah. Ha sape yang ade hobi macam Juju sila angkat tangan. Hehe, kita geng.
Bila dah buat blog pun masih juga suka kumpul lirik lagu. Siap buat tab khas lagu tuh. kalau korang nak tau lagu apa yang menjadi kegemaran Juju boleh klik tab Lirik dekat bawah header tu ye. Lirik-lirik ni hanyalah lirik-lirik lagu yang Juju suka je tau. Yang tak berapa nak suka Juju tak masukkan.
Untuk pengetahuan korang juga, Juju memulakan blog ni pada bulan Ogos tahun 2011. Korang boleh cari dekat blog archive ya. Rasa macam nak delete je post yang lama-lama tuh. Ayat pun tunggang langgang. Haha. Tapi Juju biarkan saja sebab nanti boleh bagi anak cucu baca.. InsyaAllah.