PERHATIAN : INI ADALAH ENTRI RE-PUBLISH :)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.Memandangkan besok (20/054/2015 ) merupakan 1 Rejab 1435H, SukaGelak nak kongsi sikit ilmu pasal bulan Rejab.
Maksud hadis Rasulallah mengenai kelebihan berpuasa pada bulan Rejab adalah seperti berikut :-
1/ Berpuasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
2/ Berpuasa 2 hari - Mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
3/ Berpuasa 3 hari - Dijauhkan dugaan dunia, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
4/ Berpuasa 4 hari - Diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
5/ Berpuasa 5 hari - Aman dari azab kubur.
6/ Berpuasa 6 hari - Dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang bercahaya.
7/ Berpuasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahanam baginya.
8/ Berpuasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
9/ Berpuasa 9 hari - Keluar dari kuburnya lalu menyeru kalimah "Laillahaillallah" dan tidak ditolak dia dari masuk syurga.
10/ Berpuasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
11/ Berpuasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 3 000 tahun.
12/ Berpuasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 10 000 tahun.
13/ Berpuasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu disamping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti berpuasa 100 000 tahun.
14/ Berpuasa 16 hari - Dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan menjadi orang pertama menziarahi Allah di syurga.
15/ Berpuasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
16/ Berpuasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
---------------------------------------------------------------------------------------
Sesiapa berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya, sama seperti dia berpuasa 3 000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya,, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika Al-Quran dinaikkan ke langit (suhuf), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Sedekah pada bulan Rejab seumpamabersedekah seribu dinar, dituliskan kepada setiap helai bulu roma 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapuskan 1000 kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
---------------------------------------------------------------------------------------
Subhanallah.. Inilah masanya kita nak menggandakan amalan kita di dunia.
Semoga Allah swt. menerima setiap amalan yang kita lakukan di dunia ini.
Insyallah.