Karnival Sukan Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2013

Kasih Juju
Hai kengkawan blog..
Harap-harap semua sihat harini. SukaGelak tak sihat.. Demam.. Sakit tekak.. Menci!!

Lama SukaGelak tak update blog. Sibuk dengan aktiviti sukan dan program pemantapan dan pengukuhan warga Suruhanjaya Koperasi Malaysia dekat Universiti Sains Malaysia, Penang.

Majlis perasmian Program Pemantapan dan Pengukuhan dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif SKM Y.Bhg. Datuk Nik Ali bin Mat Yunus.
Penceramah pada hari itu ialah Y.Bhg Tan Sri Khalid bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan ade lagi sorang Y.Brs Dr. Mohd Arif b. Hj. Mat Noor, QSI Alpha Therapy & Training.

Yang ni gambar masa perasmian sukan..SukaGelak ade kat celah-celah group pom-pom tu..Tak mo tunjuk aih yang mane..Maluuuuu 

Ni je satu-satunya suka yang SukaGelak join. Bola tampar. Alhamdulillah, team SukaGelak johan lepas mengalahkan team Borneo.. Yeayyy...

Dan ini adalah sebahagian team pasukan sorak yang berjaya menaikkan semangat kitorang setelah down giler-giler sebab team Borneo tinggal lagi 1 mata je nak kalahkan kitorang. Mungkin juga kurang pengetahuan mengenai peraturan bola tampar yang menyebabkan team Borneo careless dan kemenangan berpihak pada team SukaGelak..Syukur Alhamdulillah...

Ok lah kengkawan..Sampai sini dulu.. Jumpa lagi.. :)