Err, ade ke yang pernah keluarkan ayat macam ni kat ofis?
Kalau ade, silalah buang perangai buruk tersebut.

SukaGelak terdengar perbualan rakan-rakan seperjuangan kat ofis ni. Bila dengar dia cakap macam tu terus SukaGelak cakap 'Ko ni keje sebab bos ke?'. Sesedap rasa je ayat dia kan. Hempuk dengan kerusi baru tau. Anda tu dikira antara yang bertuah sebab dapat bekerja makan gaji. Anda tahu tak berapa ramai kat luar sana yang nak kan jawatan anda itu. Dah senang nak lagi senang pula.
Sumber gambar : google.com
Haa.. Tak memasal membebel pula harini. Geram dengan perangai manusia yang macam ni. Cuba betulkan balik niat kerja tu. Biar berkat gaji yang anda dapat nanti. Ni kalau asik nak mengelat je gaji tak berkat tahu?? Wallahualam.

Marilah bekerja dengan ikhlas. Bekerja itukan satu ibadah. Semoga kalian mendapat keberkatan dari apa yang kalian kerjakan. InsyaAllah.
Wassalam.