Ini adalah proses terakhir yang melibatkan pejabat agama. Penat dah turun naik pejabat ni.
Setelah lebih 5 bulan sah bergelar suami isteri, baru harini nak pergi ambil kad nikah.
Tak payah dah nak bawak ke hulu hilir sijil nikah yang besar A3 tu. Tapi SukaGelak tak bawak pun, encik Suami yang bawak, maksudnya sijil SukaGelak masih lagi elok tersimpan dalam folder plastik kat rumah. Yeay..
Mengikut kata kerani yang bagi resit ni, kad nikah tu boleh ambil dalam masa 2 bulan. 
WHAT?? 2 bulan? Lama betul nak siap. Kenapa kena tunggu lama sangat? Huh, memandangkan SukaGelak ni balik kampung pun weekends je jadinya SukaGelak pun redha jelah.

Harini baru boleh ambil. Untunglah cuti sebab nak raya ni kena pula dengan tarikh nak ambil kad nikah. Tak perlulah apply cuti lebih. 
Lagipun cuti kite dah tinggal sikit. Huwarghhhh..

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.