Latest

25 October 2013

Nak letak tajuk ape ni??

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar atas muka bumi Allah swt ini. Dan harini adalah hari terakhir untuk permohonan jawatan kosong di ofis SukaGelak ( Entri jawatan kosong kat SINI ). Pheww, tak larat dah rasenya nak jawab soalan-soalan yang kadang-kadang SukaGelak rasa tak patut tanya pun.

Untuk pengetahuan korang, Suruhanjaya Koperasi Malaysia ni agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Kami ni badan berkanun persekutuan. Dan mendapat gaji kerajaan serta berpencen.

Jadi, tak mustahillah kalau ramai yang telefon tanya soalan macam-macam supaya layak dapat interview. Teringat masa SukaGelak apply jawatan kosong dekat SKM ni. Tak tau pun apa SKM ni. Apply pun sebab nampak tangga gaji gomen. Masa tu memang 'pure'. Tak tau ape-ape pun. So, just isi borang dan hantar. Memang tak mengharap ape-ape pun sebab tau susah nak masuk gomen ni.

Masa tu tak pernah terfikir pun nak call SKM tanya soalan yang bukan-bukan. Bukan-bukan tu contohnya apa yang dah tulis kat iklan jawatan kosong tu pastu call dan nak pastikan betul ke syarat-syarat dia macam tu. Errr, korang paham tak?

Contohnya macam ni :
Soalan die : Macamana nak isi online? Bila nak panggil interview? Dapat tak emel saya? Ade berapa kekosongan? Dekat sini-sini ade kosong tak?
Arrrrghhhh... Memanglah nak tau tu tak salah, tapi biarlah soalan yang logik sikit.

Meh sini SukaGelak bagi jawapan : Die tak suruh isi online, die suruh print pastu uplod / scan / attach. Lepas 6 bulan kalau xde jawapan / surat / telefon maksudnya tak dapatlah tu. Emel banyak sangat yang masuk. Dekat iklan dah tulis da berapa kosong. Kalau dekat sini-sini ade kosong pun tak tentu lagi awak dapat dekat situ. Setiap kali interview mesti orang tu tanya sanggup tak posting ke Sabah atau Sarawak???

Eh, eh, macam entri geram pulakkan. SukaGelak bukan incharge pasal pengambilan. Tapi SukaGelak yang pick up call korang. Jangan risau, SukaGelak akan melayan panggilan korang dengan MESRAAAA :)

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

9 comments:

piqa da bajitos said...

hehe
saje je tu nak tambah kerja sukegelak
so call call call

julia jamaludin said...

@piqa da bajitos sila sila..harini last day :)

Farah Waheda Wahid said...

wah baguslah julia ni... membuka peluang kepada rakan2... salam jumaat dear...

julia jamaludin said...

@Farah Waheda Wahid salam jumaat farah :)

Zara Nurhaidah said...

haha.. ada juga tnya mcm tu eaa. Zara ada isi dan dah hntr borg tu 23hb. kalo rezeki, alhamdulillah.. kalo tak, cuba lagii next tym.. hehe.

julia jamaludin said...

@Zara Nurhaidah gud luck zara :)

Liza Licha said...

skrg ni suka lagi kerja kt swasta. :) cuma nnti kena apply jgk la kot

julia jamaludin said...

@Liza Licha dulu masa apply pun tgh keje swasta :)

Eraz Fadli said...

Eraz pun ada hati nak pindah tempat kerja.. Tapi bila dah sambung belajar ni, macam biar dulu la.. Hehe..