Klik gambar untuk lebih jelas.

Jumpa ayat ni kat facebook. Terus edit sikit, kasi cantik cket, letak trademark cket dan uplod kat blog.

Memang dari dulu lagi SukaGelak dah dengar, kalau nak murah rezeki, sentiasalah bersedekah. Tak kiralah sikit ke banyak. Yang penting niat sedekah tu ikhlas.

Apa yang selalu terjadi ialah bila kita tengah makan dekat shopping mall ke kedai mamak ke gerai tepi jalan ke, datang pulak 2 orang hamba Allah. Sorang buta, sorang lagi pimpin yang buta tu. Jalan meja ke meja mintak derma.

Mesti dalam kepala dah set tak nak derma sebab pikir mesti dorang ni sindiket. Ade orang drop kat tempat tu guna van, petang karang mesti van tu datang balik collect dorang. Kan? Kan? Kan?

Tapi tak kisah lah apa pun tujuan sebenar diorang tu, yang penting kita ikhlaskan pemberian kita. Jangan nak mengungkit pulak pemberian tu. Dah kira riak namanya. Tak apa lah derma yang sikit pun, besar ganjarannya yang akan kita dapat nanti. Wallahualam.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam :)