Latest

12 December 2013

Menarik di sekitar majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin

PELAKON Zain Saidin gemuruh sebelum majlis pernikahannya dengan pelakon Rozita Che Wan?

Menurut pengurus Rozita, Afeeq Iqnarcio, Zain sering 'menghilangkan diri' sebelum majlis bermula.

"Puas kami mencarinya. Rupa-rupanya, dia keluar mengambil angin untuk menenangkan diri dengan berjalan mengelilingi pusat konvensyen itu," kata Afeeq.

Taktik itu ternyata efektif.

Zain tenang ketika akad nikah itu. Hanya dengan sekali lafaz, Zain sah menjadi suami kepada kekasih hatinya, Rozita, 40 tahun di Gazebo Pusat Konvensyen Setia Alam di Shah Alam pada Rabu malam.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta menerima mas kahwin sebanyak RM9,300, wang hantaran RM23,000 berserta sembilan dulang yang dibalas sembilan dulang oleh pihak Zain.












Tahniah buat Che Ta dan Zain Saidin. Semoga ikatan perkahwinan kekal sampai bila-bila. (Agaknya Che Ta dengan Zain Saidin nak tak bace entri ni? Muehehehe)

Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wah dah keluar dah gambar depa, semoga berbahagia sehingga ke jannah lah hendaknya buat mereka...

msredcheesecake said...

semuga menjadi pasangan yang dirahmati Allah...

julia jamaludin said...

@Farah Waheda Wahid hehe :)

julia jamaludin said...

@msredcheesecake amin :)