Pengalaman Buat Buku Merah di Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong

Kasih Juju
Assalamualaikum wbt dan selamat hari Isnin semua.

Harini SukaGelak nak share pengalaman SukaGelak buat buku merah (merah ke pink?) dekat Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong. Maklumlah kan, ini pengalaman pertama SukaGelak. Nasib baiklah ade rumate / opismate yang boleh temankan SukaGelak. Maunya meraung kalau kene pegi sensorang. Encik suami jauh. Huhuhuhu.... (T.T)

Sebelum pegi klinik tu SukaGelak dah call dulu, takut karang dah sampai sana diorang cakap tak cover pulak kawasan yang SukaGelak tinggal. Lepas dah confirm, besoknya 06/02/2014 SukaGelak pun pergilah dekat klinik tu. Ingatkan dah boleh buat lah buku tu, tapi diorang bagi tarikh lain pulak. Ohoii.. Nasib baiklah datang petang. Boleh terus balik rumah je. Hewhewhew..
13/02/2014 SukaGelak sekali lagi pergi klinik tu. Okeh, kali ni betul-betul punya. Baru duduk nurse dah panggil suruh kencing buang air kecil dalam bekas yang dah disediakan. Lepas tu ukur tinggi dengan berat sendiri. Ukur sendiri okeh. Kalau datang berdua boleh suruh partner tengokkan. Kalau datang sorang, agak-agak sendiri je la yeh.

Lepas tu kena tunggu pulak. Tepat jam 2 petang, nurse keluarkan patung baby pulak. Dalam hati berkata-kata " Eh, nak buat ape pulak ni? " Rupenya ade taklimat breastfeeding. Okeh-okeh, taklimat sampai pukul 2.45 petang je. Banyak jugak input untuk yang baru nak jadi mummy macam SukaGelak ni.

Lepas tu tunggu nak amik tekanan darah pulak. Masa nurse jerit nama tu siap tanya member, "Weh, nurse mana yang panggil?" Diorang panggil tapi tak pandang pun. Tu yang tertanya-tanya. Kaunter ade dua, dua-dua nurse pandang buku. Mane lah tak kompius. Hahaha.. Yang bestnya kat sini, buku merah tu nurse yang tuliskan detail. So, duduk tunggu sambil goyang kaki je la yek.

Lepas tu tunggu turn jumpa doktor pulak. Kalau korang jenis yang penyabar macam SukaGelak ni tak de lah rasa lama sangat menunggu pun. Adelah dalam 5 minit nama kena panggil lagi. Okeh, serious tak tau sapa yang panggil, panggil kali ke-3 baru nampak orang eh, depan pintu bilik doktor rupenya. Hahahaha.. Bagi nombor giliran, tapi tak nak guna. Cisssss....

Masa ni dok sembang-sembang dulu. Doktor tanya macam-macam. Ade sakit tu tak? Ade sakit ni tak? Husband keje ape? Merokok tak? Blablabla... Then, pegi scan baby plak. Doktor ni takde nak cite pape pun. So, SukaGelak just tengok jelah ape yang die buat. Tak tau nak tanya apa weh. Sadis betul.

Dah siap, pergi amik darah pulak. Hemmhemmhemmm. Takut, tapi kena gagahkan diri jugak. Bagi lengan kiri, cucuk, tak keluar pulak. Sakit hoi. Bagi lengan kanan, nurse cakap urat halus. Cucuk, huh nasib baik keluar. Dah siap, hantar kat makmal, bawak sekali air kencing urine yang dah buat awal-awal tadi. Kat sini proses die sekejap je. Guna mesin je kan. Siap. Bagi darah dekat nurse yang cucuk tadi. Result pegang dulu sampai nurse dalam bilik panggil.
Pic source : google picture
Okeh, ni step yang last. Tak jerit nama dah, tau plak nak picit nombor. Masuk bilik, sembang-sembang lagi. Bagi ubat, bagi tarikh next appoinment, bagi kertas MGTT (air glukos), terang sikit-sikit, balik. Yeay.. 4.45 petang keluar dari klinik. Patutlah orang cakap nak 1st time buat buku ni amik masa lama sikit. Opss, bukan lama sikit, lama banyak. Banyak sangat prosedur die. Sabar dengan tak sabar je kan.
Ini buku saya :)
Okey lah, harap-harap entri kali ni dapat bantu bakal-bakal ibu yang baru nak buat buku merah.
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.