Latest

24 February 2014

Petua Mudah Bersalin

Perbualan dengan mak sebelum gerak balik KL petang semalam.

Mak : Kaklong, pegi amik Majalah Wanita mak kat bilik. Ade benda mak nak tunjuk ko.
SukaGelak : Nape mak? Ade set bersalin murah ke? 
Mak : Amik jela.
(Haha.. Sekarang sibuk nak cari set bersalin pulak, baru 14minggu kot.)

Rupenya mak nak tunjuk petua mudah bersalin dalam buku tu. Alahai, terharunya. Sebelum ni macam-macam petuah dah SukaGelak dengar. Tapi yang ni disebabkan mak yang bagitau, so SukaGelak nak share dengan korang pulak. Ade snap gambar, tapi disebabkan hp ni terlebih canggih, macam-macam effect ade kat dalam tu. SukaGelak taip jela yeh 1,1.

1. Amalkan baca surah Yasin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
2. Ketika hampir bersalin, amalkan zikrullah tasbih nabi Yunus.
3. Amalkan minum air lebihan suami.
4. Amalkan minum air basuhan rambut ketika mandi.
5. Amalkan makan buah kurma sepanjang kehamilan, ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium, melembutkan otot rahim dan memudahkan laluan bayi.
6. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
7. Kerap makan bendi untuk memudahkan laluan bayi.
8. Amalkan makan epal dan minum susu selain minum air soya. Ini bagi mendapatkan kulit bayi bersih dan putih.
(Source : Majalah Wanita)
Doa Nabi Yunus (Pic source : google.com)
Ade yang macam tak logik je kan. Terpulanglah nak ikut ke tak. Dah nama pun petua kan.
Terima kasih sudi baca :)
Wassalam.

6 comments:

Wana Owen said...

ada baca jugak artikel ni dlm majalah wanita tu.=)

Normi Nieza said...

good sharing..:)

Farah Waheda Wahid said...

great piece of sharing julia...

julia jamaludin said...

@Wana Owen hai wana :)

julia jamaludin said...

@Normi Nieza terima kasih :)

julia jamaludin said...

@Farah Waheda Wahid terima kasih :)