Beg Tangan Tak Cepat Rosak

Kasih Juju
*Entri ini di petik dari suratkhabar Harian Metro bertarikh 09/06/2014

Kebanyakan kita hanya tahu membeli, tetapi malas ambil tahu tips penjagaan sama ada baju atau apa sahaja barangan sendiri. Untuk si gadis dan jejaka yang suka kumpul beg tangan, tips ini sesuai untuk anda.

Agar beg atau tas tangan kesayangan tidak mudah rosak, ikuti aturan berikut :
*Pinjam gambar henbeg dekat zalora.com.my
  • Simpan beg dalam kain jenis 'flannel' atau plastik dan masukkan dalam ruangan yang kering dan tidak lembap.
  • Jangan lupa isi bahagian dalamnya dengan kertas pengisi agar bentuk beg tangan tidak berubah. Anda boleh menggunakan kertas suratkhabar terpakai atau plastik bungkusan yang terpakai.
  • Masukkan satu pek kecil silica gel ke dalam beg untuk menjaga kelembapannya.
  • Keluarkan beg secara berkala, misalnya seminggu sekali dan anginkannya supaya tidak berkulat atau berhabuk.
  • Jauhkan dari sinaran langsung cahaya matahari ataupun cahaya lampu agar warnanya tidak cepat pudar.