Bilakah Gigi Susu Mula Tumbuh?
Gigi susu yang pertama (gigi kacip rahang bawah) akan tumbuh ketika anak berusia antara 6-10 bulan. Gigi susu yang terakhir (gigi geraham kedua rahang atas) akan tumbuh sekitar usia anak 25-33 bulan.
Set gigi susu lengkap apabila anak berusia lebih kurang dua tahun enam bulan.
Apabila gigi susu tanggal pada waktu yang betul, ia akan digantikan dengan gigi kekal.
Jadual Pertumbuhan Gigi Susu |
Ilustrasi Kronologi Pertumbuhan Gigi Susu (kebiasaannya gigi di rahang bawah akan tumbuh lebih awal daripada gigi rahang atas) |
Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :
- menangis kerana tidak selesa
- suka menggigit
- melelehkan air liur
- demam
Sekiranya anak anda mengalami masalah di atas, anda boleh :
- mengurut gusi yang membengkak dengan jari atau tuala bersih
- memberi anak sesuatu yang selamat dan bersih untuk digigit seperti 'teething ring'
- menyapu sedikit ubat gel penahan sakit (teething gel)
- membawa anak ke klinik jika anak demam
Contoh 'teething ring' |
Teething Gel |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum semua, selamat hari Isnin.
Asal hari Isnin je baru nak update blog, asal update blog je mesti hari Isnin. Hehe
Dah moodnya datang hari Isnin, update jela yek. Karang berhabuk bersawang pula blog SukaGelak ni.
Okeh, berbalik kepada artikel yang SukaGelak share dekat atas tu.
Kalau anda ni macam SukaGelak, anak baru satu, nak masuk umur 6 bulan pulak tu. Perangai pun dah macam-macam. Mesti terfikir bila agaknya gigi anak aku nak tumbuh. Bila waktu yang sepatutnya gigi tu tumbuh?
So, SukaGelak pun apa lagi, terus merayau dekat alam maya dan terjumpa dengan artikel ni.
Tapi berdasarkan pengalaman orang keliling SukaGelak, depends on bayi tu sendiri. Ada yang 5 bulan dah keluar gigi. Ade jugak yang umur dah setahun baru nak keluar.
Okey lah kengkawan, sampai sini dulu. Nanti SukaGelak sambung membebel lagi yek.
Terima kasih sudi baca.
Wassalam.