Bukan plastik tapi realistik!

Kasih Juju
Assalamualaikum korang, Salam Jumaat.

Harini nak share sikit pasal quote dekat atas ni. ini pesanan untuk diri sendiri jugak. sebabnya saya selalu jadi mangsa umpatan. tapi saya tak kisah pun. bila fikir balik diorang yang ngumpat kita tu tak berada di situasi kita. toksah simpan dalam hati lah kan.

mula-mula memang sakit hati. sampai menggigil tangan menahan marah. lepas berjaya mengawal kemarahan barulah dapat berfikir dengan rasional.

saya pulak jenis yang malas nak bermasam-masam muka. lagipun kerja di bawah satu bumbung yang sama. pergi mana-mana pun terserempak juga. kalau baik dengan semua orang kan senang nak buat kerja.

kalau orang tu tak mo baik dengan kita pulak cemane? well, senang je. kita biarkan dia bermonolog dengan penyakit hati dia. lagi bagus kalau kita doakan dia. semoga tuhan dapat memberikan petunjuk dan sinar hidayah untuk mereka. InsyaAllah. Amin

terima kasih sudi baca.
wassalam :)