Assalamualaikum gais.. 

sebenarnya nak meluahkan yang terbeban dekat dada ni. tapi rasa macam tak sesuai pula nak cerita kat sini. cukuplah encik suami yang jadi pendengar setia dan tukang bagi nasihat. rase kurang sikit tekanan dalam diri.

saya selalu positif dalam kehidupan seharian. bila kita positif, InsyaAllah kita akan tenang. bila kita tenang, hati pun senang.
malangnya, ramai pulak yang sakit hati bila dia tengok kita happy je kan. dalam 2 bulan ni dah 2 kali saya rasa nak ketuk kepala orang yang dok seronok mengata dan menghakimi apa yang saya lalui. tapi akal yang rasional suruh bersabar.

korang nak tau ke apa yang saya buat bila dah terlalu marah? okeh, meh sini nak share dengan korang:

1/ Sit down - Duduk. yesss, kalau korang berdiri korang akan lagi marah. (kalau saya, tangan dah menggigil nak menampor)
2/ Mark a deep breath - Tarik nafas dalam-dalam. sampai rasa marah tu kurang. kalau rasa masih banyak tarik lagi nafas dalam-dalam.
4/ Istighfar banyak-banyak. masa tengah marah ni lah 'shytonn' suka curah petrol.
3/ Thinkfikir balik mana silap kita. yang ni penting. korang kena ingat, bukan semua benda yang kita buat tu, betul. mesti ade jugak kekurangannya.
4/ Face to face - and lastly, bersemuka dengan orang yang buat onar tu. bukan nak ajak gaduh ye. ajak bincang elok-elok. emosi dah stabilkan. so bolehlah bawak berbincang part mana yang tak puas hati tu.

Alhamdulillah, saya dapat mengawal emosi marah saya. lagipun buat apa kita nak cerita masalah kita dekat semua orang kan. diorang tak patut tau pun. tapi bagus jugak ade orang macam gini. at least kite tau yang die care sangat-sangat dekat kita.. auchh.. so sweet..

dan kita jugak kena beringat yang manusia ni ada macam-macam perangai. bukan semuanya bercakap jenis yang berlapik. paling sakit hati kalau berkawan dengan manusia yang outspoken. bila die mengata kita bukan main lagi. tapi bila kita terlazer die sikit tau pula nak sentap. adoi, macam-macam hal lah manusia ni.


okeh, itu saja nak kongsi harini. harap-harap tips yang saya bagi tu dapat membantu korang juga.
terima kasih sudi baca.
wassalam :)